Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, July 1, 2016

JASAD PARA NABI TIDAK DIMAMAH BUMI

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
JASAD PARA NABI TIDAK DIMAMAH BUMI

Antara kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada para anbiya adalah jasad mereka tidak hancur di makan oleh bumi setelah mereka di tanam di dalam kubur. Ini disebutkan dalam beberapa hadis. Antaranya sabda Rasulullah SAW:
إن الله حرم على اﻷرض أن تأكل أجساد اﻷنبياء
(Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi dari memakan jasad para Nabi)
[HR Abu Dawud, Nasaie, Ibnu Majah dll]

Perkara ini dibuktikan oleh Allah. Ketika Saidina Umar berjaya masuk ke kota Parsi, pada suatu hari terbongkar sebuah kubur dan muncul satu jasad yang elok tidak ada sebarang kerosakan. Setelah disiasat melalui orang yang mewarisi ilmu turun temurun, maka tahulah ia sebenarnya adalah jasad milik Nabi Danial.

Danial adalah seorang Nabi yang tidak tergolong dalam 25 orang Nabi dan Rasul yang wajib diketahui. Tetapi namanya terkenal dalam kitab-kitab. Saidina Umar memerintahkan agar jasad baginda ditanam semula setelah itu. Sehingga ke hari ini kuburnya masih terdapat di Iran.

Berlaku juga satu peristiwa setelah tentera salib berjaya merampas Palestin dari umat Islam. Pada waktu itu Sultan Mahmud Zanki, pemerintah Syria berketurunan Kurdi bermimpi berjumpa Nabi SAW beberapa kali. Dalam mimpi tersebut baginda memberitahu ada orang mahu mengganggu jasadnya. Baginda turut menunjukkan wajah orang yang mahu mengganggu tersebut.

Setelah berbincang, beliau mengambil keputusan untuk ke Madinah bersama menterinya secara senyap bagi menyiasat perkara berkait dengan mimpi itu. Hasil siasatan yang dilakukan, akhirnya mereka berjaya menangkap dua orang Kristian yang menyamar masuk ke Kota Madinah, sedang menggali terowong bawah tanah menuju ke kubur Rasulullah SAW bertujuan untuk mencuri jasad baginda.

Perkara ini turut menunjukkan bahawa orang Kristian tahu bahawa Muhammad SAW adalah rasul yang benar. Tahu bahawa jasadnya tidak dimamah bumi. Tetapi mereka tetap tidak mahu mengikutnya.

Masjid Rusila
26 Ramadhan 1437
1 Julai 2016

No comments: