Sedikit Tazkirah untuk hari ini
*Kebergantungan Sesama Manusia*
Syurga *lelaki* pada perempuan iaitu ibu.
Syurga *perempuan* pada lelaki iaitu *suami.*
Sehebat-hebat *suami* kena patuh pada *ibu.*
Sehebat-hebat *ibu* kena patuh pada *suami.*
Masa *hidup* anak perlukan *doa ibubapa.*
Masa *mati* ibubapa perlukan *doa anak.*
Di *dunia* nasab itu pada *lelaki.*
Di *akhirat* nasab itu pada *perempuan.*
*Sehebat-hebat manusia*, bila mati dia tetap *perlukan orang lain* untuk *kebumi jenazahnya.*
*Setinggi-tinggi ilmu* yang manusia ada. Dia tetap perlu *belajar* daripada seorang *guru.*
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindui adalah *keluarga.*
Walau *sekaya* manapun seorang manusia. Dia tetap perlu *berurusan* dengan *orang lain...*
Seorang *General Manager* tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa *general worker.*
Seorang *raja* tidak berkuasa tanpa ada *rakyat jelata.*
Inilah manusia... *Lemah.* Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*
Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang *terbaik* dan *terhebat*???
Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf *ujub, riak, takbur, sombong dan hina.*
Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu *sombong dan merasa dia lebih baik.*
Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.
*INGATLAH*...
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti ALLAH beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.
Sesungguhnya ALLAH *tidak pernah salah* merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.
Sama-sama kita renungkan.. Sekadar perkongsian....
No comments:
Post a Comment