Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, September 7, 2016

BUKTI ALIM ULAMA SALAF MENTAKWIL ‘ISTAWA’ DGN MAKNA ‘ISTAUL’

��BUKTI ALIM ULAMA SALAF MENTAKWIL  ‘ISTAWA’ DGN MAKNA ‘ISTAUL’.

Terdpt di kalangan ulamak  islam zaman salaf muktabar (hidup sebelum 300H) yang mentakwil firman Allah dalam surah Toha ayat 5 dengan maksud ‘Istaula’ iaitu: Menguasai. Antaranya:

��1- As-salafi Abdullah Bin Yahya Bin Al-Mubarak yang meninggal pada tahun 237H menyatakan dalam tafsir beliau berjudul Ghoribu Al-Quran Wa Tafsiruhu m/s 113 cetakan Muassasah Ar-Risalah Beirut katanya: “ Firman Allah: ‘Arrahman ‘ala arasyi istawa’ istawa bererti istaula(menguasai)”. 
                 
��2- Imam Abu Ishaq Ibrahim As-Sarri Az-Zajjaj yang meninggal tahun 311H dalam kitab tafsir beliau berjudul Ma’ani Al-Quran Wa I’robuhu jilid 3 m/s 350 cetakan Alam Al-Kutub Beirut katanya : “ Makna Istawa adalah Istaula (menguasai)”.     
              
��3- Imam Abu Mansur Al-Maturidi yang hebat terkenal dengan Imam Ahli Sunnah Wal Jamaah meninggal tahun 333H dalam kitab beliau berjudul Ta’wilaat Ahlu Sunnah jilid 1 m/s 85 cetakan Al-Kaherah menyatakan: “ Firman Allah dalam surah Toha ayat 5 antaranya Istawa bererti Istiila’ (menguasai)”.

���Inilah diantara ulama salaf sebenar yg  mentakwil istiwa Allah dgn maksud istaula iaitu menguasai. SEBARKAN!!!.       
(ustaz-faidzurrahim.blogspot.com)

No comments: