Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Monday, September 12, 2016

Orang tanya saya berapa yuran belajar di pondok ?

Ibnu Siraj and Yamtuan Murshid shared ‎أبو محمد أرشاد‎'s post.
أبو محمد أرشاد‎ added 13 new photos.
17 hrs
PERIHAL PONDOK
Orang tanya saya berapa yuran belajar di pondok?
Saya jawab kebanyakkan pondok tidak di kenakan yuran. Belajar free saja. cuma yang kena bayar ialah bil elektrik, air dan sebagainya. Anggaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 10 sebulan.
Berapa gaji Tuan Guru pondok yang mengajar?
Tuan Guru kata gaji ambil di akhirat. Tuan Guru pondok mengajar tidak bergaji. Mereka benar-benar mengajar untuk tolong ugama Allah. Kalau baba pondok saya, beliau niaga kecil-kecilan.
Berapa Madah yang Tuan Guru mengajar?
Semua Madah dalam cabang ugama Tuan Guru ajar. Nahwu Soraf, Usul, Feqah, Tafsir, Usul Fiqh, Tasawwuf, Mantiq, Balaghah, Bayan, Ma'ani, Hadith, Usul tafsir dan pelbagai lagi. Hampir 15-20 ilmu yang di ajar. Dari kitab kecil hingga Kitab yang besar-besar.
Bila saya katakan begini mereka terkejut. Mereka sangka guru pondok ni pandai buat tahlil semayang mayat je.
Mereka kata Tuan Guru pondok mengajar semua madah Ilmu, dari pagi hingga malam tidak bergaji. Pensyarah di universiti mengajar satu, dua madah, itupun hanya sejam dua jam sehari. Gaji beribu-ribu. Allahu.
Saya kata tidak mengapalah, jangan bandingkan Pensyarah di universiti dengan Tuan Guru Pondok. Masing-masing ada sumbangan. Tapi keikhlasan Tuan Guru pondok mendidik anak bangsa ini sangat hebat. Tiada tandingannya.
Sumber FB : Hafiz Adnan
---------------------------------------------------------------------------
PA kongsikan atas tujuan nk hentikan penghinaan terhadap pelajar dan guru2 pondok..

No comments: