Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, September 27, 2016

Hakikat Ahmad Ibn Taymiyyah Al-Harrani (Rujukan wahhabi) Bersumberkan Kitab-kitab Jawi

Hakikat Ahmad Ibn Taymiyyah Al-Harrani (Rujukan wahhabi) Bersumberkan Kitab-kitab Jawi

Tuan Guru Syeikh 'Uthman Jalaluddin Penanti al-Kelantani  (salah seorang daripada ulama Kelantan yang belajar di Mekah. Beliau adalah anak murid Tok kenali. Beliau meninggal dunia pada tahun 1371 H di Mekah) telah berkata dalam kitabnya "Matoli'ul-Anwar wa Majami'ul- Azhar" (hlm. 177 - 178):

"Benih yang kedua yang menfasad akan agama dan iaitulah Ibn Taimiyyah dan tiada kami memanjangkan pada menyatakan sifatnya dan kelakuannya .... maka sungguhnya telah tahqiq oleh bid’ah Ibn Taimiyyah yang sesat dan telah keluarnya daripada segala kaedah-kaedah bagi hukum syariat yang mulia yang telah menghantar akan dia oleh segala imam yang besar-besar yang telah mengaku dan menetap oleh beberapa puluh ribu ulama yang besar-besar daripada salaf dan khalaf di atas betul bagi sekalian kaedah-kaedah bagi agama itu dan iaitu yang diambil daripada al-Quran dan Hadith.

Berkata Syeikh Ibn Hajar [al-Haitami] maka tahqiqlah bahawa Ibn Taimiyyah itu bid’ah yang sesat dengan saksi daripada segala ulama yang bersuatu kurunnya dan daripada ahli yang bersuatu masanya yang mendapat tahqiq oleh sekalian mereka itu akan bahawa Ibn Taimiyyah itu telah keluar daripada segala kaedah-kaedah yang undang-undang syariat yang telah ijmak oleh sekalian mereka itu atas yang demikian itu daripada beberapa banyak bilangan-bilangan daripada ahli ilmu yang takut akan Allah lagi yang kepercayaan.

Dan setengah daripada mereka itu yang semasa dengan Ibn Taimiyyah itu orang-orang yang mendengar ia sendiri daripada Ibn Taimiyyah itu akan beberapa perkataannya yang cenderung ia lagi yang keluar ia dengannya daripada segala kaedah-kaedah dan undang-undang syariat yang mulia".

Intaha.

No comments: