Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, September 16, 2016

Kelahiran Yang Telah Difirasatkan.

16 September 1974
Kelahiran Yang Telah Difirasatkan.

Firasat Syeikh Muhammad Harith, seorang tokoh pendakwah terkenal yang berasal dari Rembau Negeri Sembilan dan Siak Indonesia bahawa akan lahirnya seorang ulama' besar dari keturunannya dimakbulkan oleh Allah.

Tarikh 16 September 1974 telah membuktikan firasat ulama' ini dengan kelahiran yang penuh makna Dato Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin bagi Negeri Sembilan dan negara ini.

Sungguh iras kedua wajah ulama' ini. Berwajah tampan dan segak. Dahi yang luas dan lebar menunjukkan penyimpanan ilmu dan pengetahuan.

Serban yang kemas tanda menjunjung sunnah Nabi Muhammad ﷺ. Mata yang tajam untuk mengawasi agama dan umat ini. Meredah lautan demi menghidupkan cahaya umat.

Ustaz Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab Al-Linggi
Jumaat 3.57 petang
Kota Damansara

No comments: