Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, September 30, 2016

Sedikit perkongsian ilmu dari Ulamak Ulamak Solihin di Himpunan Ulamak Kedah

3 mins
SHARE.
Sedikit perkongsian ilmu dari Ulamak Ulamak Solihin di Himpunan Ulamak Kedah ..
:: Orang yang alim mesti kena isi waktu dia dengan 3 pekara ::
1. Mesti ada waktu untuk baca Al Quran dan kitab2 yang menjadi rujukan untuk faham al Quran dalam semua jenis ilmu Akidah , Feqah & Tasawwuf
2. Mesti ada waktu untuk duduk atas sejadah dan solat . Banyakkan solat2 sunat serta zikrullah ..
3. Mesti ada adab . Adab yang mengikut sirah Nabawiyah . Semua rutin harian kita sehari hari mestilah penuh dengan adab . Adab yang boleh diambil dari sunnah Rasulullah s.a.w
- Syeikh Aminuddin -
__________________________________________
:: Kata Ulamak .. Sesiapa yang berkehendak untuk mendapat keselamatan daripada azab kubur hendaklah dia lazim kan dirinya dengan 4 pekara dan jauhkan dirinya dari 4 perkara ::
4 pekara yang perlu dilazimi ..
1. Menjaga solat2 fardhu
2. Banyak bersedekah
3. Banyak baca Quran
4. Banyak bertasbih
4 pekara yang perlu dijauhi ..
1. Tinggalkan sifat berbohong
2. Tinggalkan sifat khianat
3. Tinggalkan sifat mengadu domba
4. Kencing yang tidak lawas tetapi tidak beriktihar untuk berubat
:: Allah Taala sebut pada Nabi Musa a.s .. Belajarlah kamu pada benda kebajikan dan ajarlah pada manusia2.. Sesungguhnya aku akan menerangi kubur mereka yang mengajar ilmu dan mempelajari ilmu kerana maqam mereka itu tinggi disisiku .. ::
- Tuan Guru Hj Rafae -
__________________________________________
:: Bersyukur kepada Allah Taala .. Pertama sekali syukur sebab kita dilahirkan dalam ISLAM .. ::
:: Agama itu ialah syariat dari Allah Taala kepada Rasul daripada segala undang2 .. ::
:: Di kawasan Pendang ada 9 biji pondok . Alhamdulillah semua tok tok guru pondok sama pandangannya tidak berbalah dan tidak berbeza pendapat .. ::
:: Ada pondok yang mengajar syariat , tasawwuf , feqah dan ilmu alat . Tetapi semua diantara mereka langsung tidak timbul percangahan pendapat .. ::
:: Timbulnya ajaran Wahabbi dan Syiah adalah untuk memecah belahkan Islam . Dicipta oleh golongan orentalis ..::
:: Kata Rasulullah s.a.w .. Kalau betul kamu ini beriman , kena balik pada Allah Taala dan Rasul .. ::
:: Kita kena kembali kepada hukum Allah Taala jika kita nak selamat di dunia dan di akhirat kelak .. ::
:: Allah Taala jadikan kita sebaik baik ciptaan .. Cuba lihat kucing , dengan mulutnya dia makan dengan mulutnya dia cuci pungkoq dia .. Cuba kita bayangkan kalau Allah Taala cipta kita juga seperti itu . Allahurobbi .. Kembalilah kepada Allah dengan sepenuhnya .. ::
:: Walau apa pun terjadi , baliklah kepada Quran dan Sunnah .. Jangan balik kepada akal manusia yang serba kekurangan ini .. ::
- Tuan Guru Haji Jusuh -
__________________________________________
:: Bila seseorang itu faham pada agama , itu tandanya Allah Taala telah beri dia kefahaman .. ::
:: Azimah itu ialah pekara yang wajib kita buat sendiri .. Contoh solat sehari semalam 5 waktu . Solat ni tak boleh orang tolong , kena buat sendiri .. ::
:: Ruksah itu ialah kelonggaran dalam beribadat .. Contoh kalau musafir boleh buat jamak qasar .. ::
- Tuan Guru Hj Ahmad Pendang -
__________________________________________
:: Allah Taala fardhukan pada umat Islam untuk berperang.. Perang dengan musuh2 Islam .. Musuh kita ada 4 golongan ..
1. Nafsu kita sendiri .. Didik ia sehingga ia menjadi nafsu mutmainnah ..
2. Syaitan . Musuh yang nyata
3. Orang jahat dari kalangan orang Islam sendiri . Orang yang melakukan jenayah termasuklah orang yang tinggal solat .. Orang yang tinggal solat ini kalau ikut hukum feqah ada ulamak sebut mereka ini kafir , boleh perang keatas mereka .. Termasuk juga yang berzina & mencuri ..
4. Orang kafir .. Mereka yang bermaharaja lela di kawasan kita .. Lawan dengan jihad fisabillah .. Ada dengan macam2 cara , contohnya wujudkan satu parti ISLAM seperti PAS untul mendaulatkan Islam di bumi Allah ..
:: Ehsan ialah kita beribadat dengan ikhlas sepertimana seolah olah kita melihat Allah Taala .. Kita kena belajar betul2 untuk tahu caranya beribadat dengan ikhlas .. ::
:: Jibrail tanya Nabi s.a.w .. Bila sampainya kiamat ?? .. Nabi jawab apabila seorang hamba perempuan melahirkan penghulunya .. Ini antara tanda2 kiamat .. Maksudnya ibu2 didalam bani abasiyah menjadi hamba kepada anak anak mereka .. Maksud kedua ialah apabila ibu terpaksa patuh pada anak .. Anak menjadi seolah olah seperti raja .. ::
:: Kedua Nabi sebut , orang yang tak berbaju, yang tak berkain ,yang banyak anak ,yang menjadi pengembala kambing tetapi dapat membina bangunan yang tinggi dan mereka berlumba lumba diantara mereka .. ::
- Tuan Guru Hj Wan Izuddin Gajah Mati -
__________________________________________
:: Nabi s.a.w sebut .. Apabila Allah Taala sayang pada satu2 kaum , Allah Taala jadikan dalam kaum itu mereka yang alim ramai .. Tetapi apabila Allah Taala bencikan satu kaum , Dia akan jadikan orang yang jahil ramai .. ::
:: Tuan Guru Awang Lanai ialah Tok Guru saya .. Beliau pernah menyuruh saya mengajar .. Dan sekarang saya pula mendidik anak murid saya sama seperti tok guru saya ngajar .. ::
:: Sistem pondok bukan sahaja bertalaqi semata mata .. Ianya ada sistem sanad .. Salasiah ilmu dan keaslian ilmu sehingga sampai ke Rasulullah s.a.w .. ::
:: Ulamak2 ialah sebagai penyuluh dan pembimbing kita .. Mereka juga sebagai penyelamat bagi kita didunia dan diakhirat .. ::
:: Nabi s.a.w pernah bersabda .. Nabi tak akan mengaku umat mereka yang tidak menghormati ulamak.. ::
:: Ulamak ialah pewaris Nabi s.a.w .. Kalau kita sayang pada Nabi , maka sayanglah juga pada ulamak .. ::
:: Asas seseorang itu dia perlu percaya pada 3 pekara ..
1. Quran
2. Hadis
3. Ulamak
- Ustaz Shahul Hamid -
__________________________________________
:: Nabi s.a.w bersabda .. Aku nak suruh kamu dengan 5 pekara .. diantaranya duduk dalam jemaah ..
:: Duduk dalam jemaah . Kembalilah kepada jemaah yang sempurna , yang mendokong perjuangan Islam secara syumul .. Bahawasanya mereka yang keluar dari jemaah walau sejengkal , sebenarnya dia sendiri yang meleraikan ikatan Islam dari dirinya .. Parti baru itu bukan parti Amanah .. Saya nak gelar ia Parti Pengkianat .. Sama seperti yang berlaku di zaman Nabi .. Abdullah Ibnu Ubay hadir dalam peperangan . Tapi dia gi bukan sebab nak tolong Nabi , tapi ada agenda lain .. Dia pakai serban , dia pun gi haji , solat tak pernah tinggal .. Tapi dia ni pemimpin golongan munafiq .. Orang munafiq ini Allah Taala sebut mereka akan duduk di Neraka paling bawah ..
:: Saya ingatkan pada semua .. Jangan ikut jalan lain .. Jalan yang lain dari jalan Ulamak .. Sesungguhnya ia akan menyesatkan .. ::
:: Nak jadi pemimpin Islam macam mana duk pakat dengan orang kafir .. Tak leh sebut bab hudud .. Ikut kata kata orang kafir sehingga sanggup tinggalkan perjuangan asas jemaah iaitu menegakkan hukum Allah Taala .. ::
- Tuan Guru Awang Lanai -
Wallahualam ..

No comments: