Sewaktu daurah hadis sabah bulan lepas, saya bersama maulana Hussien hafizahullah sempat sarapan pagi bersama..
Tengah sarapan.. maulana cakap kat saya disamping beliau mengajar, maulana juga masih menuntut ilmu dgn para masyaikh.. antaranya para masyaikh yang ada d capetown, afrika dan di india..
Maulana kata saya duduk afrika baru2 ni ketika hantar anak bongsu mengaji d madrasah disana.. maulana kata dia mengambil peluang mengaji kitab aqidah asyairah wal maturidiyah dr para masyaikh d capetown..
Saya terperanjat.. saya bertanya balik kat maulana Hussien, "maulana bukankah ramai puak yang mengaku " pejuang sunnah" akhir zaman ini duk tuduh macam macam kt manhaj asyairah wal maturidiyah".. tuduh sesat, kafir lain2.
Maulana seakan mengerti maksud saya.. maulana tersengih dan memahami apa yg saya maksudkan..
Maulana kata, mereka yang nak belajar ilmu aqidah tapi tidak mengikut manhaj asyairah wal maturidiyah.. maka dia akan belajar aqidah dari mereka yang berfahaman mujasimah.. maka dia akan jadi MUJASIMAH lah.. duk kata Allah ada tangan, dan macam2 lah..
Saya terdiam.. tersedar bahawa manhaj asyairah wal maturidiyah itu aqidah yang tanzih, tidak menyamakan Allah dengan apa apa pun.. kalau menolak ilmu aqidah ini memang dia akan ikut aqidah mujasimah.. maka belajar lah ilmu aqidah yang mewakili manhaj ulama terbesar umat Islam dunia dr zaman salafus soleh ini.. insya Allah anda akan SELAMAT..
Sekian
p/s: gambar pinjam..
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=842619542506128&id=100002742701635
No comments:
Post a Comment