Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Monday, September 12, 2016

Dr Asri - Solawat Syifaa sesat !?


MAZA DAH LAMA KAFIRKAN TOK GURU NIK AZIZ, TUAN GURU DR HARON DIN, ULAMAK DAN UMAT ISLAM
Tok-tok Guru Pondok, Ulamak Nusantara, Umat Islam di Malaysia dah lama diajar dan mengamalkan Selawat Syifa' .
Almarhum Tok Guru Nik Aziz Nik Mat mengajarkan dengan membaca satu persatu zikir dan selawat termasuk selawat syifa' dan diikuti umat Islam Kelantan SETIAP PAGI JUMAAT di Kota Bahru.
Bukan itu sahaja bahkan selawat lain seperti Selawat Mardhiah, Selawat Nur Anwar, Selawat Ummahatul Mukminin, Selawat Tafrijiyyah dan Selawat Munjiyat (Pelindung) yang direkacipta dan diamalkan oleh ulamak nusantara.
Dengarkan di sini :
Almarhum Dr Wahbah Az Zuhaili pun ajar dan amalkan selawat syifa' :
TETAPI MAZA pula mengatakan SELAWAT SYIFA' BERCANGGAH DENGAN AQIDAH ISLAM (KAFIR) - yang turut kafir/syirikkan amalan ini adalah Azwira Aziz (pensyarah UKM), Fathul Bari (iLMU)
Ini buktinya :
Apa boleh dipercaya lagi pada MUFTIN PERLIS Takfiri ini ? Di hadapan almarhum tuan Guru cium tangan, di belakangnya, kuliah takfirnya bertebaran mengkafirkan amalan selawat syifa'. Dalam pos fan pagenya menukil perkataan almarhum Dr Wahbah Az Zuhaili, apakah MAZA pernah mohon maaf kerana telah mengkafirkan amalan almarhum ?
MAZA mana pernah bertaubat dari kebatilannya. Sehingga kini.
P/S : TGNA pun amalkan tawassul kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam walaupun telah wafat.
LikeShow more reactions
Comment

No comments: