Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Sunday, March 25, 2018

REKOD MERAH DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI

Pelik Tapi Benar added 3 new photos.
REKOD MERAH DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI
Hari ini, taqiyyah bukan sahaja diamalkan olah golongan syiah, tetapi diamalkan juga oleh golongan al-Wahhabiyyah. Bahkan boleh dikatakan golongan ini lebih bertaqiyyah daripada syiah.
Golongan ini semakin hari semakin aktif melibatkan diri dalam arena pentas politik negara dan ada juga sampai ke tahap menyelinap masuk ke dalam pejabat-pejabat agama bahkan lebih parah lagi dari itu, ada yang terlibat sampai ke bidang kefatwaan.
Ini cabaran semasa yang perlu diambil perhatian dan tidak boleh dipandang enteng oleh semua pihak terutama ilmuan agama yang amanah kepada ilmu. Apatah lagi mutakhir ini timbul pandangan-pandangan radikal dan ekstrem yang mengkafirkan dan membid’ahkan umat Islam dengan secara membuta tuli. Hal seperti ini sangat memalukan dan membahayakan jika ia berlaku di pentas kefatwaan akibatnya masyarakat tidak lagi memandang institusi fatwa itu sebagai medan yang berautoriti dalam menyampaikan agama yang boleh dipercayai kerana pandangan-pandangan yang telah diketengahkan jelas banyak yang bercanggah dengan syarak dan menyeleweng daripada kebenaran agama. Dibimbangi intitusi agama yang sebelum ini dipandang tinggi kian dipandang remah, jijik dan hina oleh masyarakat disebabkan ia telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Ingatlah sabdaan Rasulullahﷺ :
إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus dari hamba-hambaNya, akan tetapi Allah taala mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga tidak ada lagi ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin mereka dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya lalu mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan yang lain" HR al-Bukhari.
Namun apa yang membimbangkan, antara yang kita dapat lihat terkehadapan dalam membuat plan strategi bagi memperkasakan gerakan al-Wahhabiyyah di saat ini terutamanya di Wilayah Persekutuan adalah Dr Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri. Al-Bakri banyak memberi sinar baru kepada fahaman ini sejak berjaya berpeluang memasuki institusi agama.
Jika kita tidak buat penjelasan seperti ini, kita bimbang suatu yang buruk bakal berlaku di tanahair ini seterusnya mengubah suasana beragama di Malaysia. Untuk tujuan menyeru kepada kebaikan dan mengingkari perkara yang mungkar serta membuktikan apa yang telah kita kemukakan ini, berikut adalah beberapa penyimpangan dan penyelewengan agama yang melibatkan Dr Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri buat semakan umat Islam:
1. Neraka Binasa dan Azab Kuffar akan Berakhir di Hari Akhirat- kata Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
2. Menyebarkan Hadith Dan Athar Yang Dhaif Serta Palsu Dalam Isu Kebinasaan Neraka
3. Menyelewengkan Nas Al-Quran Dan Al-Hadith Dalam Isu Kebinasaan Neraka
4. Menolak Ijmak Dalam Isu Kebinasaan Neraka
5. Mendokong Faham Pluralisme Dalam Isu Kebinasaan Neraka
6. Mencela dan Mencaci ilmu Kalam yang disibukkan oleh ulama tauhid (siri 1)
7. Mencela dan Mencaci ilmu Kalam yang disibukkan oleh ulama tauhid (siri 2)
8. Tersingkap Kecelaruan Dan Penipuan Dr Zulkifli bin al Bakri Dalam Ilmu Kalam (SIRI 3)
9. Nilai Authentik ilmu Kalam dalam Penulisan Irsyad al-Fatwa (SIRI 4). Pada penulisan ini ada bahan tulisan al-Bakri yang jelas membuktikan bagaimana Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri berbohong dengan mengeluarkan kenyataan media berhubung penafiannya dari terlibat dengan isu mencela ilmu kalam dengan pembuktian yang tidak dapat disangkal lagi.
10. Respon ISSI terhadap penyelewengan al-Bakri mengenai isu Kalam
11. "Setiap Orang Islam Perlu Menjadi Pengganas" Kata Dr Zulkifli bin Mohamad al Bakri
12. Banyak merujuk kepada ibn al-Uthaimin yang berfahaman tajsim dalam penulisannya.
13. Mengubah dan mengkhianati kitab para ulama seperti kitab Jauhar al-Tauhid.
14. Mengkhianati kitab Matla’ Badrain karangan Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatoni.
15. Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri Caca Merba dalam Menukilkan Pendapat Hinggakan Muktazilah
16. Menjawab wasiat dan pesanan Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri kepada umat Islam agar membaca kitab ad-Darimi yang penuh dengan fahaman tajsim.
17. Mempromosi tauhid 3 yang merupakan rekaan ibn Taymiyyah al-Harrani
18. Tidak boleh kata "Saya Syafie, Saya Hanafi, Saya Maliki, Saya Hanbali" kata Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
19. Al-Bakri Banyak Merujuk Kepada Al-Albaani, Antara Rujukan Utama Wahhabiyyah Yang Menyelewengkan Hadith Rasulullah ﷺ.
20. Dr Zulkifli Bin Muhammad Al-Bakri Menggalakkan Masyarakat Membaca Kitab Yang Ada Isi Kandungan Fahaman Tajsim.
21. Dr Zulkifli bin Muhammad al-Bakri Bebas Mempromosikan Nama Pengganas Dunia.
22. Mengkafirkan umat Islam di seluruh dunia yang bertawassul dengan malaikat, para nabi dan para solehin yang telah meninggal dunia.
23. Bukti al-Bakri adalah wahhabi yang berbaju sufi.
24. Bukti al-Bakri menyokong dan mengaktifkan pergerakkan dakyah al-Wahhabiyyah di Wilayah Persekutuan.
25. Memasukkan Wahhabi Muda Di Dalam Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
26. Bertaqlid Kepada Ibn Taymiyyah Dalam Isu Mencium Kubur.
27. Fatwa Syaz Al-Bakri Dalam Isu Inhaler
28. Pondok Moden Abaqirah di bawah pimpinan Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri melahirkan produk yang berfahaman wahhabi tegar. Al-Bakri adalah orang utama dalam pembinaan madrasah ini.
29. Membenarkan wahhabi Dr MAZA berceramah di Wilayah persekutuan dan mengarah pelajar Pondok Moden Abaqirah menghadiri ceramah pelampau agama ini.
30. Bersekongkol dengan promediatajdid yang merupakan medium penyebaran ajaran Wahhabi di Malaysia. Walaupun al-Bakri tidak mengaku dia mempunyai kaitan dengan promediatajdid namun bukti di bawah menunjukkan dia telah berceramah secara 'live' di Dubai atas selian promediatajdid.
31. Berikut adalah sebahagian kritikan dan keluhan Umat Islam mengenai Dr Zulkifli-Bin Mohamad al-Bakri dan gesaan umat Islam agar suatu tindakan yang tepat diambil dengan segera.
Didahului dengan komen Pertubuhan Muafakat Malaysia (MUAFAKAT) :
dan banyak lagi...
 Kita mengharapkan ada pihak berautoriti yang bertanggungjawab mengkaji dan meneliti setiap penyimpangan dan penyelewengan yang melibatkan Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri serta diperhalusi setiap hujjah bidasan daripada ilmuan agama mengenainya.
 Sudah tiba masanya Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia membuka mata bahawa beliau telah dan sedang dipergunakan oleh Dr Zulkifli bi Mohamad al-Bakri ini dalam merosakkan institusi agama dan umat Islam sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak sedar. Walaubagaimanapun, akan kita hadapkan semua yang terlibat dengan agenda al-Bakri ini di Hari Akhirat kelak di tempat pengadilan yang seadil-adilnya.
Note : Rekod Merah Dr Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri ini akan diperbaharui dari masa ke semasa mengikut pertambahan isu dan kesesuaian.
والله المستعان
Asatizah Masjid

No comments: