Orang Islam Yang Membunuh Diri Tidak Dihukum Murtad Selagi Tidak Menghalalkan Dosa Tersebut (SURAT TERBUKA SIRI 5)
1. Antara perkara yang diharamkan dalam Islam dan pelakunya berdosa besar jika melakukannya ialah membunuh diri. Dosa membunuh diri tidak menyebabkan pelakunya dihukum keluar daripada Islam sepertimana seseorang yang membunuh muslim yang lain dengan tanpa hak juga tidak dihukum keluar daripada Islam.
Rasulullah ﷺ bersabda :
ومن قتل نفسه بشيء عذب به في جهنم
Mafhumnya, “ Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu, maka dia diazab di dalam neraka”.
Pendapat yang mengatakan bahawa orang yang membunuh diri keluar daripada Islam adalah pendapat yang batil.
2. Antara dalil yang menunjukkan orang yang membunuh diri (termasuk mereka yang terlibat dengan pengeboman berani mati itu) tidak dihukum keluar daripada Islam semata-mata perbuatannya membunuh diri adalah hadith riwayat Muslim dan selainnya :
عَنْ جَابِرٍ أَنَّ الطُّفَيْلَ بْنَ عَمْرٍو الدَّوْسِيَّ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلْ لَكَ فِي حِصْنٍ حَصِينٍ وَمَنْعَةٍ ؟ قَالَ : حِصْنٌ كَانَ لِدَوْسٍ فِي الْجَاهِلِيَّةِ ، فَأَبَى ذَلِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلَّذِي ذَخَرَ اللَّهُ لِلْأَنْصَارِ ، فَلَمَّا هَاجَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الْمَدِينَةِ هَاجَرَ إِلَيْهِ الطُّفَيْلُ بْنُ عَمْرٍو ، وَهَاجَرَ مَعَهُ رَجُلٌ مِنْ قَوْمِهِ ، فَاجْتَوَوْا الْمَدِينَةَ ، فَمَرِضَ ، فَجَزِعَ ، فَأَخَذَ مَشَاقِصَ لَهُ فَقَطَعَ بِهَا بَرَاجِمَهُ ، فَشَخَبَتْ يَدَاهُ حَتَّى مَاتَ ، فَرَآهُ الطُّفَيْلُ بْنُ عَمْرٍو فِي مَنَامِهِ ، فَرَآهُ وَهَيْئَتُهُ حَسَنَةٌ ، وَرَآهُ مُغَطِّيًا يَدَيْهِ فَقَالَ لَهُ : مَا صَنَعَ بِكَ رَبُّكَ ؟ فَقَالَ : غَفَرَ لِي بِهِجْرَتِي إِلَى نَبِيِّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : مَا لِي أَرَاكَ مُغَطِّيًا يَدَيْكَ ؟ قَالَ : قِيلَ لِي : لَنْ نُصْلِحَ مِنْكَ مَا أَفْسَدْتَ . فَقَصَّهَا الطُّفَيْلُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اللَّهُمَّ وَلِيَدَيْهِ فَاغْفِرْ . رواه مسلم
Daripada Jabir bahawa Tufail bin Amru Ad-Dausi telah mendatangi Nabi dan dia telah berkata kepada baginda: Wahai Rasulullah, apakah engkau mahu mendapat perlindungan dan benteng yang kuat? Iaitu benteng yang dimiliki orang-orang Daus pada masa jahiliyah? Nabi ﷺ menolaknya. Ketika Nabi ﷺ berhijrah ke Madinah, Tufail bin Amru juga turut berhijrah ke sana. Dan berhijrah pula bersamanya salah seorang lelaki daripada kaum Tufail. Ketika mereka berada di Madinah lelaki tersebut sakit, berputus-asa, lalu mengambil pisau dan memotong jari-jarinya. Kedua tangannya terus mengeluarkan darah hingga dia meninggal dunia. Lalu Tufail melihatnya di dalam mimpi. Tufail melihat lelaki tersebut berada dalam keadaan berketerampilan yang baik cuma dia menutup kedua tangannya. Tufail bertanya kepadanya: Apa yang diperlakukan Allah terhadapmu? Lelaki itu menjawab: Dia telah mengampuniku kerana penghijrahanku menuju kepada nabi-Nya. Tufail bertanya lagi: Tapi mengapa engkau menutupi kedua tanganmu? Orang itu menjawab: dikatakan kepadaku (oleh malaikat) bahawa : Kami tidak akan memperbaiki apa yang telah engkau rosakkan. Maka Tufail menceritakan hal itu kepada Rasulullah ﷺ. Justeru, baginda berdoa: “Ya Allah! Ampunilah orang itu untuk kedua tangannya”. (HR. Muslim)
Wajah dalil atau bentuk dalil daripada hadith ini adalah Rasulullah ﷺ
mempercayai sahabat yang menceritakan kisah mimpinya kepada baginda dan memperakui akan mimpi tersebut. Hadith ini juga terdapat padanya dalil bahawa Allah taala telah mengampunkan dosa orang tersebut yang mati disebabkan perbuatan membunuh diri berdasarkan sabda rasulullah ﷺ :
mempercayai sahabat yang menceritakan kisah mimpinya kepada baginda dan memperakui akan mimpi tersebut. Hadith ini juga terdapat padanya dalil bahawa Allah taala telah mengampunkan dosa orang tersebut yang mati disebabkan perbuatan membunuh diri berdasarkan sabda rasulullah ﷺ :
“اللَّهُمَّ وَلِيَدَيْهِ فَاغْفِرْ”
“Ya Allah! Ampunilah dia untuk kedua tangannya”.
Jika perbuatan membunuh diri itu semata-mata mengeluarkan diri seseorang itu daripada Islam sudah tentu baginda nabi tidak akan mendoakan lelaki tersebut.
3. Adapun hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim di dalam kedua kitab sahih mereka bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
من قتل نفسه بحديدة فحديدته في يده يتوجأ بها في بطنه في نار جهنم خالداً مخلدا فيها أبداً، ومنِ شرب سماً فقتل نفسه فهو يتحساه في نار جهنم خالداً مخلداَ فيها أبداً. ومنِ تردى من جبل فقتل نفسه فهو يتردَّى في نار جهنم خالداً مخلداَ فيها أبداً
Mafhumnya, “Sesiapa membunuh dirinya dengan besi, maka tangannya akan menusuk-nusukan besi itu ke perutnya di neraka jahanam dan kekal selamanya di dalamnya. Sesiapa meminum racun untuk membunuh dirinya, maka dia meneguk racun tersebut di neraka jahanam serta kekal selama-selamanya di dalamnya. Sesiapa yang menjatuhkan dirinya dari gunung untuk membunuh dirinya maka dia akan menjatuhkan dirinya di neraka jahanam dan kekal selamanya di dalamnya."
Hadith ini didatangkan oleh al-Bakri dalam Irsyad al-fatwa tulisannya, jilid 2, hlm 25 ketika menyatakan penolakkannya terhadap ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menegaskan mengenai kekekalan neraka. al-Bakri berkata :
"Terdapat nas-nas yang menggunakan perkataan al-khulud (kekal) untuk sesetengah maksiat yang dilakukan oleh orang yang mentauhidkan Allah serta mengaitkannya dengan 'selama lama'. Contohnya seperti balasan orang yang membunuh orang mukmin dengan sengaja". Bererti al-Bakri di sini mempertikaikan ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang mengatakan golongan kuffar kekal selama-lama di dalam neraka manakala orang mukmin tidak sedemikian itu, maka menurut al-Bakri kenapa tidak dikatakan kekal selama-lama juga bagi orang mukmin yang membunuh diri di dalam neraka sedangkan Rasulullah telah menyifatkan ” خالداً مخلداَ فيها أبداً”.
4. Sanggahan :
▶ Hadith ini ditanggung maknanya ke atas orang kafir bukan kepada orang Muslim. Orang kafir sememangnya diazab di Hari Kiamat disebabkan kekufurannya dan disebabkan kemaksiatan yang dilakukannya. Orang kafir yang membunuh dirinya dengan besi tersebut misalnya diazab dengan besi tersebut di dalam neraka selama-lama dengan menikam dirinya menggunakan besi itu di perutnya. Begitu juga orang kafir yang membunuh dirinya dengan menjatuhkan dirinya dari puncak bukit hingga menyebabkan kematiannya, disebabkan perbuatan tersebut dia akan melakukan perkara yang sama di neraka jahannam seperti yang pernah dilakukannya di dunia ini.
▶ Adapun orang Islam (yang tidak menghalalkan perbuatan membunuh diri) lalu dia yang membunuh dirinya, di Hari Akhirat kelak jika dia tidak diampunkan oleh Allah taala sudah tentu dia akan diazab di dalam neraka jahannam dengan apa sahaja yang digunakannya untuk membunuh dirinya dalam beberapa kadar tempoh tertentu kemudian dia pasti akan keluar daripada neraka seterusnya dimasukkan ke dalam syurga serta kekal selama-lamanya di dalam syurga.
Manakala hadith periwayatan al-Bukhari :
ومن قتل نفسه بشيء عذب به في جهنم
Mafhumnya, “ Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu, maka dia akan diazab di dalam neraka”, hadith ini boleh sahaja merangkumi :
▶ orang yang membunuh diri dalam kalangan muslimin (yang tidak menghalalkan dosa tersebut)
▶ dan orang yang membunuh diri dalam kalangan kuffar,
kerana tidak warid dalam hadith tersebut lafaz ”kekal selama-lamanya di dalam neraka".
kerana tidak warid dalam hadith tersebut lafaz ”kekal selama-lamanya di dalam neraka".
5. Berdasarkan perbahasan ini kami katakan bahawa seorang muslim yang membunuh diri :
➡ Jika dia meyakini keharaman perbuatan tersebut namun dia tetap melakukannya maka hukumnya adalah berdosa besar.
➡ Jika dia menghalalkan perbuatan membunuh diri maka hukumnya murtad kerana perkara tersebut adalah haram secara ijmak dan maklum sebahagian daripada perkara agama yang dharuri (orang alim dan jahil sama-sama menyatakan keharamannya).
6. Persoalan ; Bagaimana mungkin perbuatan bunuh diri haram hukumnya sedangkan nabi Yunus menjatuhkan dirinya ke dalam lautan? Nabi Muhammad diriwayatkan di dalam al-Bukhari ketika berlalu tempoh waktu yang lama baginda tidak diturunkan wahyu pada awal kebangkitannya, baginda berkeinginan untuk menjatuhkan dirinya daripada puncak gunung?
Jawabnya :
🔹 Nabi yunus ketika menjatuhkan dirinya ke dalam lautan, baginda meyakini bahawa baginda tidak akan ditimpakan apa-apa kebinasaan dengan mati tenggelam.
🔹 Hal yang sama berlaku kepada nabi Muhammad ﷺ, tidak ada maksud lain kenapa baginda nabi berkeinginan melakukan perbuatan itu melainkan kerana baginda ingin mengurangkan perasaan rindu yang amat tinggi disebabkan lambatnya turun wahyu kepada baginda dan perbuatan itu tidak sesekali dikira sebagai membunuh diri (kerana perkara tersebut tidak memudharatkan baginda).
Sesungguhnya perkara seperti ini banyak berlaku kepada para wali seperti mereka dapat berjalan di atas air dalam keadaan mereka tidak langsung tenggelam, mereka dapat terbang di atas udara dalam keadaan mereka tidak terhempas jatuh. Sesiapa yang menanggungkan hadith yang warid di dalam sahih al-Bukhari daripada kisah ini bahawa Rasulullah ingin membunuh dirinya, maka dia telah dihukum kufur.
6. Begitu juga tidak kufur orang yang membunuh muslim dengan tanpa hak selagi dia meyakini keharaman perbuatan tersebut. Antara hujah yang menunjukkan perkara tersebut ialah kisah seorang lelaki Bangsa Israel yang beragama Islam sebelum dibangkitkan nabi Muhammad, dia telah membunuh 100 orang kemudian dia ingin bertaubat daripada dosa yang dikerjakannya.
Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri, Sa’id bin Malik bin Sinan bahawa Nabi ﷺ bersabda:
كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا فَسَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَاهِبٍ فَأَتَاهُ فَقَالَ إِنَّهُ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا فَهَلْ لَهُ مِنْ تَوْبَةٍ؟ فَقَالَ: لاَ. فَقَتَلَهُ فَكَمَّلَ بِهِ مِائَةً ثُمَّ سَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَجُلٍ عَالِمٍ فَقَالَ إِنَّهُ قَتَلَ مِائَةَ نَفْسٍ فَهَلْ لَهُ مِنْ تَوْبَةٍ؟ فَقَالَ: نَعَمْ، وَمَنْ يَحُولُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ التَّوْبَةِ، انْطَلِقْ إِلَى أَرْضِ كَذَا وَكَذَا فَإِنَّ بِهَا أُنَاسًا يَعْبُدُونَ اللهَ فَاعْبُدِ اللهَ مَعَهُمْ وَلاَ تَرْجِعْ إِلَى أَرْضِكَ فَإِنَّهَا أَرْضُ سَوْءٍ. فَانْطَلَقَ حَتَّى إِذَا نَصَفَ الطَّرِيقَ أَتَاهُ الْمَوْتُ فَاخْتَصَمَتْ فِيهِ مَلاَئِكَةُ الرَّحْمَةِ وَمَلاَئِكَةُ الْعَذَابِ فَقَالَتْ مَلاَئِكَةُ الرَّحْمَةِ: جَاءَ تَائِبًا مُقْبِلاً بِقَلْبِهِ إِلَى اللهِ. وَقَالَتْ مَلاَئِكَةُ الْعَذَابِ: إِنَّهُ لَمْ يَعْمَلْ خَيْرًا قَطُّ. فَأَتَاهُمْ مَلَكٌ فِي صُورَةِ آدَمِيٍّ فَجَعَلُوهُ بَيْنَهُمْ فَقَالَ: قِيسُوا مَا بَيْنَ الْأَرْضَيْنِ فَإِلَى أَيَّتِهِمَا كَانَ أَدْنَى فَهُوَ لَهُ. فَقَاسُوهُ فَوَجَدُوهُ أَدْنَى إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي أَرَادَ فَقَبَضَتْهُ مَلاَئِكَةُ الرَّحْمَةِ.
“Dahulu, di zaman orang-orang sebelum kamu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 jiwa. Dia pun bertanya tentang orang yang paling alim di muka bumi ketika itu, lalu ditunjukkan kepadanya tentang seorang rahib (ahli ibadah). Maka dia pun mendatangi rahib tersebut lalu mengatakan bahawa sesungguhnya dia telah membunuh 99 jiwa, apakah ada taubat baginya lagi?
Ahli ibadah itu berkata: “Tidak”. Serta merta lelaki itu membunuhnya. Maka dia pun melengkapi dengan pembunuhan rahib itu menjadi 100 jiwa. Kemudian dia bertanya apakah ada orang yang paling alim di muka bumi ketika itu? Lalu ditunjukkanlah kepadanya seorang yang berilmu. Maka dia pun mengatakan bahawa sesungguhnya dia telah membunuh 100 jiwa, apakah ada taubat lagi baginya? Orang alim itu berkata: “Ya. Siapa yang dapat menghalanginya dari bertaubat?! Pergilah ke daerah ini dan ini. Kerana sesungguhnya di sana ada orang-orang yang senantiasa beribadah kepada Allah, maka beribadahlah kamu kepada Allah bersama mereka. Dan jangan kamu kembali ke negerimu, kerana negerimu itu adalah negeri yang buruk.
Maka dia pun berangkat pergi. Akhirnya ketika tiba di pertengahan jalan, kematian datang menjemputnya, (lalu dia pun mati). Malaikat rahmat dan malaikat azab berselisih tentangnya. Malaikat rahmat mengatakan: “Dia sudah datang dalam keadaan bertaubat, menghadap dirinya kepada Allah dengan sepenuh hatinya. Sementara malaikat azab pula berkata: “Sesungguhnya dia tidak pernah mengerjakan satu amalan kebaikan sama sekali.”
Datanglah seorang malaikat lain dalam rupa paras seorang manusia, lalu mereka jadikan malaikat tersebut (sebagai hakim pemutus) di antara mereka berdua. Maka berkata malaikat itu: “Ukurlah jarak antara dia dan kedua negeri tersebut. Maka ke arah negeri mana yang lebih dekat, maka di situlah yang berhak baginya.”
Lalu keduanya mengukurnya, dan ternyata mereka dapati bahawa lelaki tersebut lebih dekat kepada negeri yang ditujunya. Maka malaikat rahmat pun segera membawanya.”
7. Selain salah faham al-Bakri terhadap hadith di atas, juga perlu diwaspadai salah faham al-Bakri terhadap firman Allah taala dalam Surah al-Nisak, ayat 93 :
وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا
“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia di dalamnya”.
Ayat ini tiada padanya sebarang dalil bahawa orang yang mentauhidkan Allah taala itu kekal di dalam neraka selama-lamanya. Tetapi ada beberapa tafsiran para ulama tentang ayat tersebut, antaranya :
Pertama :
Yang dimaksudkan dengan kekal di dalam ayat tersebut hanyalah kekal pada nisbah semata-mata kerana Allah tidak pula berfirman “خَالِدًا فِيهَا أبدا” yang bermaksud “ Kekal di dalamnya buat selama-lamanya” (bererti dia masuk ke dalam neraka untuk kekal di dalamnya buat beberapa tempoh kemudian keluar daripadanya seterusnya masuk ke dalam syurga)
Kedua :
Kedua :
Orang yang membunuh mukmin dengan menganggap adalah halal untuk membunuhnya dengan tanpa hak, maka orang ini telah dihukum kufur.
Ketiga :
Orang yang membunuh orang yang beriman kerana iman yang terdapat pada dirinya. Maka ini juga hukumnya kufur.
Berdasarkan penjelasan ini, beberapa penghujahan ayat dan hadith yang telah dibawakan oleh al-Bakri untuk menolak kekekalan neraka adalah batil dan ditolak. Hal ini tidak lain dan tidak bukan berpunca dari pengingkarannya terhadap nas-nas yang sarih dari al-Quran, al-Hadith serta ijmak Ummah pada menyatakan kekekalan neraka.
Bersambung...
Asatizah Masjid
Sila lihat lampiran di bawah.
Sila lihat lampiran di bawah.
No comments:
Post a Comment