Kuliah Syeikhuna Syeikh Abdullah Al Majzub..
02 Mac2018 Bersamaan
14 Jamadil Akhir 1439 h
Di Surau Azzakiriin, Petai Bubus..
Kitab hikam, dicatat oleh Ust Kasim
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
ولاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علما وارزقنافهما..
Akuilah kekurangan dan kelemahan diri dihadapan Allah dan mohonlah kekuatan dan pertolongan Allah..
Wahai Tuhanku, aku hamba mu yang faqir lagi hina, Engkau Tuhanku yang Maha kaya lagi mulia.. berhajat aku kepada Mu setiap saat dan ketika..
Munajat seorang hamba kepada Allah adalah simbol dan lambang kerendahan dan keberhajatan hamba kepada Allah
Kena "surrender" atau menyerah diri kepada Allah atas segala kesalahan dan kelemahan serta mohon lah belas kasihan dan pertolongan Allah
kenapa boleh berhajat dan bersandar dan minta tolong kepada selain Allah sedangkan Allah adalah wakil dan penolong kita?
Satu hari seseorang ziarah Syeikh dan minta sedikit duit, kebetulan Syeikh tak ada duit.. dan Syeikh minta dia berdoa minta duit.. kemudian dia balik dan sehari kemudian dia berjumpa Syeikh .. lalu Syeikh tanya dia, apakah doanya diterima. Jawabnya tidak.. akhirnya Syeikh nasihat dia supaya bekerja untuk cari rezeki...
Jika kita berdoa minta rezeki namun tidak juga diberi Allah, maka hendaklah ia berusaha .. jgn kata Allah tak bagi usaha...itu tipudaya...
Bagaimana mungkin dapat hampir kepada Allah tanpa pertolongan dan rahmat Allah
Setiap orang tetap berhajat kepada Allah walaupun sudah miliki harta berjuta, kuasa dan sebagainya
Wahai sekalian manusia, engkau sekalian itu faqir atau berhajat kepada Allah
Sifat faqir itu hamba, dan sifat kaya itu Allah dan Allah itu maha berkuasa atas segala sesuatu
Lantaran menyedari kita faqir itulah yang membawa kita kembali kepada Allah mohon pertolongan dan rahmat Allah
Jalan lurus biasanya ramai org tidak berhati2 sedangkan jalan bengkok bengkuk itu membuatkan manusia berhati2
Tiadalah dapat masuk kehadrat Allah dan dekat dengan Allah melainkan setelah suci lahir dan bathin
Sebagaimana tidak akan masuk ke hadrat raja melainkan suci dan bersih begitulah juga tidak akan masuk ke hadrat Allah malainkan suci lahir dan batin
Dia Allah yang Awal, yang akhir, yang Zahir dan yang Bathin dan atas segala sesuatu Maha mengetahui
Sembah Allah tapi hati buta terhadap Allah. Mereka tidak berusaha untuk mengenal Allah.
Tajjalli rahmaniyyah tanggal dan hilang ego
Segala sifat mazmumah
Tajjalli rohaniah tidak tanggal dan hilang sifat mazmumah. Ramai orang salik sesat dan tertipu dgn tajalli rohaniah
Ramai orang yang mengaku dan mendakwa beroleh tajalli dan beroleh ilham tetapi masih ego, akhlak tidak berubah dan sifat mazmumah tidak hilang
Takkan tanam pokok sehari terbit buah selalu, tak kan belajar sehari terus dapat ilham ketuhanan
Akuilah kefaqiran diri dihadrat Allah nescaya akan diberi Allah pertolongan..
Barangsiapa yang telah tahkik mengenal Allah nescaya dilihat dalam segala halnya dalam kebajikan kerana wujud diri nya kepada Allah dan rujuk kembali segala pekerjaan nya kepada Allah
Kena banyak Istighfar kepada Allah kerana kita hamba Allah yang sering lalai dan lupa
Betapa hampir Allah pada hamba Nya kerana tiada suatu yang wujud pada hamba melainkan dengan suruh dan perintah Allah jua...
Betapa baiknya dan kasih nya Allah kepada hamba Nya kerana dibuka Allah pintu Nya dan dijanji Allah keampunan kepada hamba2 yang derhaka dan berdosa
Ya Allah dekatkan aku kepada Mu, sebagaimana Engkau dekatkan orang yang telah Engkau dekatkan...
Sesungguhnya ALLAH menjadikan sesuatu itu sia2... semuanya ada hikmah dan bermanfaat utk manusia...
Telah berlaku pelbagai perubahan pada setiap pekerjaan dan hal pada hamba sebagai tanda kebesaran dan keagungan Allah
Dalam susah dan sempit sering berderai dan mengalir air mata namun disaat senang dan lapang hati mula keras, dan sering lupa kepada Dia, byk ketawa dan suka
Setinggi2 martabat dan syurga dunia yang tidak lagi merindui syurga akhirat iaitu makrifatullah..
Iman, islam dan ehsan...
Kena sampai kepada martabat ehsan barulah tamat perjalanan hamba
وصل الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين..
وبالله التوفيق والهداية، والله أعلم🌹
No comments:
Post a Comment