Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, March 7, 2018

Pak Teh Mad Isa Mahang


Mari Kenali Ulama'
May 16, 2013 ·


Pak Teh Mad Isa Mahang RohimahulLOH Ta'ala ♥♥♥


Tuan guru Hj. Mat Isa Ahmad Ansorullah yang memimpin Tariqat Syatariah ini juga dikenali sebagai Pak Teh Mat Isa di kalangan penduduk setempat. Pernah mengaji di Pondok Madrasah Khairiah Islamiah, Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang dan berguru dengan Tuan Haji Ahmad Bin Tuan Hussin pada tahun 1950an. Berbai’ah dengan gurunya, Sheikh Haji Wan Ismail Bin Wan Abdul Qadir (Pak Da’il) untuk mengamalkan tariqat Syatariah ini di Makkatul Mukarramah pada tahun 1382 Hijriah bersamaan 1963 Masehi.


Pak Teh telah kembali ke rahmatullah pada 11 Januari 2012 bersamaan 17 Safar 1433H pada pukul 10.40 malam.

Al-Fatihah untuk arwah Pak Teh Mahang (Haji Muhd Isa Ahmad Ansorullah)….


----------------------------------------------------------------------


Kenangan Arwah Pak Teh…..

Mai baca tulisan Ustaz Shazly Wadi mengenai Pak Teh Mat Isa, seorang Waliyullah.

Kata Ustaz Shazly… ‘manusia pernah kata dia gila, tapi Allah kata dia mulia’

Masa kecilku..
Aku tidak pernah memahami..
Ketika Ayah sewa rumah..
Di Kampong Penghulu Hasyim Alor Setar..
Selepas pencen Ayah pindah balik kampong..
Daerah Mahang.. yang sepi.. syahdu terasing..
Tempat Tukya hantar money order pada anaknya..
Novel Allahyarham Azizi ‘Seorang Tua di Kaki Gunung’..
Kau pangkat pak menakan pupu Ayah..kami panggil Tok Teh..
Sesekali kau datang bertamu ziarah Ayah di Alor Setar..
Hati kanak aku berbisik..”pelik orang tua ni”..
Kau datang sambil sandang pedang plastik..
Tulisan pada pedang itu..Cheng Ho..Hang Li Po..

Tok Melah selalu cerita pasal engkau..
Pernah orang lihat engkau seberangi Sungai Kerian..
Cuma duduk atas balutan simpulan kain..
Bila seorang guru silat.. tunjuk ego..
Kau kupas buah kelapa..guna gigi..Isyarat tok sahlah tunjuk terer!
Tok Melah kata “Kalau Tok Teh bagi duit simpan duit tu..rezki lebat”..

Kau tua.. pakai kasut Johnson tumit tinggi..orang hairan tanya kenapa..?
Kau kata “Takut ular patuk.” ..Eh ! Logik juga jawapannya..
Kau pakai head phone..letak pada telinga..bunyi lagu..orang tanya kenapa?
Kau bisik pada Ayah “Ini dapat redakan sedikit..kerinduanku pada ALLAH!”

Segar lagi dalam ingatan..kau duduk atas kerusi goyang..
Dalam ruang tamu rumah Cina di pekan Mahang..tak terta’bir amal dakwahmu..
Dalam masjid tika azan aku sapa tanya khabar..kau tunjuk isyarat..syyy..aku maluu..!

Kau dalam duniamu..kemuliaanmu..dunia penuh misteri..
Pak Teh Mat Isa Mahang..namamu tertera di internet..

Kali terakhir kita bertemu.. di beranda masjid.. pekan Mahang..dua raya lalu..
Turut sama kanda Taqiuddin..Pak Long Zainul Asri..Ustaz Khairi Paksi..
Kami minta Tok Teh tolong doa..Tok Teh kata dia tak layak..malu pada Allah ! Kami maluu!
Sambil kau saran sekadar ku ingat..banyakkan zikir Allahu Ahad..Allahus Somad..
Kau kata..kau dan arwah Ayah ibarat dua jari..(airmataku mula mengalir)

Malam ini..sampai khabar sms..berita sayu dari Kanda Taqi..
Tok Teh baru kembali ke Rahmatullah jam 10.40 mlm ini..
Aku bertambah sedih..aku terlontar faqir di sini..
Tak dapat aku pulang untuk tatap wajah tenangmu..
Hanya salam ruhi ku pesan kanda Taqi sampaikan..
Insan misteri lagi mulia itu..sebenarnya Mursyid Tarekat Syatari..

Al-Fatihah..moga ruh Tok Teh Mat Isa..tenang bertemu Ayah di sana..
Damai menggapai rindu KEKASIH-nya sekian lama..



No comments: