Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, March 15, 2018

hadis dha'if bukan hadis PALSU


Menipu dgn nama Nabi???...dia ni reti ka hadis dhaif tu apa???...
hadis dhaif masih berada di dalam kelompok hadis yg sabit dari Rasulullah...cuma dha'if berdasarkan beberapa terma atau syarat periwayatan...bukannya hadis "maudhu" yang sah PALSU...
Memang hadis dha'if tidak boleh dijadikan hujjah, tetapi boleh diambil sebagai fadhilatul a'mal...kena faham dulu apa terma "hujjah" yg tidak boleh guna hadis dhaif tu???...
Sepakat para ulama bahawa hadis dha'if tidak boleh digunakan dalam penetapan hukum melibatkan perkara2 pokok seperti berkaitan aqidah dan utk menetapkan hukum haram, halal, sah dan batal sesuatu perkara...tetapi tingkatan hadis dha'if lebih aula dari ijma' dan qiyas atau logik akal...maka bagi sesetengah peraturan yang bukan hukum khusus seperti denda yg dikenakan kerana mengabaikan solat Jumaat, maka hadis dha'if boleh digunakan sebagai asas atau rujukan sebab ia adalah bentuk hukuman takzir...bukan menentusahkan hukum (haram, halal, sah dan batal)...
Banyak hadis dhaif yg digunapakai oleh para Imam dalam menetapkan bbrp peraturan dalam amalan kita seharian... contohnya larangan memegang mushaf al Quran tanpa bersuci (wudhu) oleh Imam Malik adalah bersandarkan hadis dhaif, begitu juga Imam as Syafi'e yg membolehkan solat dikerjakan sepanjang masa di Makkah termasuk pada waktu yg dilarang adalah berdasarkan hadis dhaif...
Dalam menggunakapakai hadis dha'if, ia tertakluk juga kpd bbrp syarat seperti tiada percanggahan atau tidak bertentangan dgn hadis2 di martabat soheh, hassan dsb, maksud hadis itu pula suatu yg disepakati tidak bersalahan dgn kehendak syarak dan banyak syarat lain lagi...namun yg mengatakan hadis dha'if sebagai hadis yg perlu ditolak terus hanyalah golongan wahhabi sahaja...
sekali lagi aku ulang, hadis dha'if bukan hadis PALSU...hanya punya kelemahan dari sudut tutur kata yg mgkn ada penambahan atau pengurangan atau dari sudut jalur periwayatan...para tabi'in, imam dan ulama kurun awal Islam pun hanya meletakkan di martabat dha'if dgn bersebab, tapi makhluk ni terus menghukum hadis dha'if seolah2 menipu atas nama Rasulullah...
alfaqir ilallah ppk
27 Jamadilakhir 1439H

No comments: