Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Sunday, March 18, 2018

Antara hukum yg perlu dan wajib kita ambil tahu ialah


Antara hukum yg perlu dan wajib kita ambil tahu ialah :
1 Hukum Syarak (hukum yg 5 - wajib, haram, makruh, sunat dan harus )
2 Hukum 'Aridhi (keputusan dari Allah seperti setiap manusia kena mati )
3 Hukum Adat (seperti kalau banyak makan, mesti kenyang, kalau dibakar, wajib hangus )
4 Hukum Aqal ( Hukum akal itu ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikan suatu perkara daripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak kepada dicuba pada menetapkan sesuatu perkara itu (bersalahan hukum ‘adi yakni adat) dan tidak tergantung kepada sesuatu perbuatan yang diperbuat oleh mukallaf (yang bersalahan hukum syarii))
hukum aqal ada 3 - Wajib , mustahil, dan harus
*** wajibkah para mukallaf mengetahui hukum aqal ?
Ya ! wajib,
kerna tanpa mengetahui hukum aqal, maka kita tidak dapat bezakan antara Tuhan dan makhluq. Tidak dapat mengenal Allah. Tidak dapat bezakan antara pencipta dan makhluq.... akhirnya kita hanya beribadat tanpa mengetahui siapa yg kita sembah !
Kenal dengan aqal, kerana aqal inilah yg akan ditanya nanti. Aqal ini juga akan dipertanggungjawabkan. Org yg tiada beraqal , tidak diwajibkan.
sebab itulah hanya yg cukup aqal saja ditaklifkan syarak supaya mengenal Allah dan hukum hakam Nya

No comments: