Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, May 14, 2020

Baba Ridhouddin membidas dengan kemas konsep al-Makan al-'Adami (tempat yang tidak wujud) yang diperkenalkan oleh Salman Ali

MEMAHAMI KONSEP YANG SEBENAR

Baba Ridhouddin membidas dengan kemas konsep al-Makan al-'Adami (tempat yang tidak wujud) yang diperkenalkan oleh Salman Ali.

Baba sebut, makan  مكان (tempat) adalah perkataan Arab yang berasal daripada perkataan كان. Perkataan ini membawa maksud موجود atau "wujud". Adapun 'adami, maka ia membawa maksud tidak wujud.

Apabila مكان disifatkan dengan Adami عدمي maka berlakulah اجتماع الضدين, iaitu "berkumpulnya dua perkara yang berlawanan pada satu masa", sedangkan ini mustahil, berdasarkan kaedah akal,

الضدان لا يجتمعان
"Dua perkara yang bercanggah tidak akan berkumpul".

Wujud dan tidak wujud tidak boleh berkumpul serentak, oleh itu tidak boleh disifatkan makan dengan adami, kerana dua-duanya membawa maksud yang berlawanan. Sekiranya disifatkan juga, ia akan membawa kepada perkara yang mustahil.

Oleh itu, konsep Makan Adami yang diperkenalkan Salman Ali adalah salah kerana ianya berlawanan dengan kaedah akal. Bahkan, ia hanyalah konsep rekaan sekiranya dibandingkan dengan perbahasan ilmu Kalam sebenar.

Baba Ridhouddin siap nak ulas menggunakan kitab al-Mawaqif, kitab yang membahaskan ilmu Kalam berdasarkan pandangan Imam Fakhruddin Ar-Razi dan Saifuddin Al-Amidi, dua tokoh besar ilmu Kalam.

Baba pesan, kita nak bertengkar dengan budak-budak, payah. Mereka tak belajar maqulat, tak belajar mantiq, tapi nak bahas bab akidah. Macamana nak faham konsep كيفية yang disebut dalam kitab-kitab tauhid salaf kalau maqulat pun tak belajar?

Kalau tak belajar ilmu maqulat, sahkan sifat 20, kata-kata imam Malik tentang kaifiyat pun mereka takkan faham, hatta kaif dalam Aqidah Tohawiyah pun mereka sendiri akan pening.

Oleh itu ikutlah para ulama terdahulu, lebih selamat, kerana zaman sekarang ilmu sudah bercampur baur dengan fahaman rekaan ilmuan muda.

WallahuA'lam
c/p

No comments: