Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, May 20, 2020

KETERANGAN SELAWAT AZIMIAH

*KETERANGAN SELAWAT AZIMIAH*

Selawat Azimiah ( الصَّلَاةُ الْعَظِيمِيَّةُ )

Selawat Azimiyah terbahagi kpd 10:

*Bahagian 1*

اَللّٰهُمَّ إِﻧِّﻲْ أَسْأَلُكَ ﺑِﻨُﻮْﺭِ ﻭَﺟْﻪِ اللّٰهِ الْعَظِيْمِ
*Allāhumma innī as’aluka bi-nūri wajhillāhil ‛aẓīm,*
Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepada Engkau dengan cahaya Dzat Allah Yang Maha Agung

- Kita memohon Nur Zat Allah yang Maha Agung. Sumber segala nur2 Allah, sangat hebat, sangat Agung, Kedasyatannya infiniti, kita pohon Nur Zat Allah *70,000 hijab terangkat* dengan Nur Zat Allah yang Maha Agung di dalam hati kita.

*Bahagian 2*

ﺍﻟَّﺬِيْ مَلَأ ﺃَﺭْكَاﻥَ ﻋَﺮْﺵِ اللّٰهِ الْعَظِيْمِ
*Alladhī mala’a arkāna ‛arshillāhil ‛aẓīm,*
yang memenuhi tiang-tiang 'arasy Allah Yang Maha Agung

ﻭَﻗَﺎْﻣَﺖْ ﺑِﻪِ ﻋَﻮَﺍْﻟِﻢُ اللّٰهِ الْعَظِيْمِ
*Wa qāmat bihī ‛awālimullāhil ‛aẓīm,*
dan berdiri dengannya alam-alam Allah Yang Maha Agung

- Nur Zat Allah yang Maha Agung itu memenuhi segalanya tiang - tiang arash Allah yang Maha Agung mempunyai 70,000 tiang yang sangat besar dan tiang itu teguh berdiri sebab dengan adanya Nur Zat Allah S.W.T YANG MAHA AGUNG.

- Segala alam - alam Allah yang Agung di dalam Arash yang Agung itu, seperti Arash Karim, Arash Majid, Arash Rahman, Qursi, Sidratul Muntaha, Luh Mahfuz, Syurga, Neraka, 7 lapis Langit dengan pelbagai binaan yang stabil dan berdiri teguh sebab adanya Nur Allah Yang Maha Agung.

- Semoga hati kita berdiri teguh apabila Allah pancarkan Nur Zat Allah yang Maha Agung.

*Bahagian 3*

ﺃَﻥْ تُصَلِّيَ عَلَىٰ ﻣَﻮْلَاﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﺫِﻱ ﺍﻟْﻘَﺪْﺭِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢِ
*An tuṣalliya ‛alā mawlānā Muḥammadin dhil-qadril ‛aẓīm,*
agar Engkau berselawat atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, yang mempunyai kadar yang agung

- Agar dirahmati ke atas penghulu kami Nabi Muhammad Saw yang mempunyai darjat yang sangat hebat dan sangat Agung.

- Allah sendiri berselawat kepada Nabi Muhammad saw.

- Alam dan apa sahaja isinya sama ada Alam Mulki atau Malakut asalnya tidak kosong, Allah taala projector kan mula2 Nur Muhammad s.a.w.

- Seperti kain putih, apabila projector mengarahkan sifat2 dan nama2 Allah maka terjadilah, manisfetasilah alam2 dan makhluk - makhluk.

ﻭعَلَىٰ ﺁﻝِ ﻧَﺒِﻲِّ اللّٰهِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢِ
*Wa ‛alā āli nabiyyillāhil ‛aẓīm,*
dan (berselawat juga) atas keluarga Nabi Allah Yang Maha Agung

- Rahmati juga keatas keluarga Nabi S.A.W
- Ada ulama mengatakan *Aali* ini juga termasuk juga para sahabat Nabi Muhammad S.A.W mempunyai martabat dan darjat yang sangat tinggi.

- *SELAWAT AZIMIAH 4,5,6 ADALAH QOID*

- Dipanggil Qoid
- Qoid adalah kaitan dengan makna hubungan seperti kalau aku ada wang sebanyak daun kayu aku akan sedekah kepada orang miskin itu jadi sebanyak daun kayu itu adalah Qoid.

Atau jika aku punya sebanyak pasir di pantai, aku akan sedekah kepada orang - orang miskin.

- Dalam selawat azimiah ada 3 jenis kata-kata Qoid.
iaitu no. 4, 5 & 6. Yakni :-

*Bahagian 4*

ﺑِﻘَﺪْﺭِ ﻋَﻈَﻤَﺔِ ﺫَﺍْﺕِ اللّٰهِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢِ
*Bi-qadri ‛aẓamati dhātillāhil ‛aẓīm,*
dengan kadar keagungan Dzat Allah Yang Maha Agung

- Kita memohon kepada Allah s.w.t agar mencucuri rahmat ke atas Rasulullah s.a.w sebanyak sekadar keAgungan Zat Allah s.w.t.

*Bahagian 5*

ﻓِﻲْ ﻛُﻞِّ ﻟَﻤْﺤَﺔٍ ﻭَﻧَﻔَﺲٍ ﻋَﺪَﺩَﻣَﺎ ﻓِﻲْ ﻋِﻠْﻢِ اللّٰهِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢِ
*Fī kulli lamḥatin wa nafasin ‛adada mā fī ‛ilmillāhil ‛aẓīm,*
pada setiap kelipan dan penafasan sebilangan apa yang ada pada ilmu Allah Yang Maha Agung

- Ya Allah, Engkau Rahmatilah Rasulullah s.a.w dan Keluarga baginda sebanyak kelipan mata makhluk dan turun naik nafas makhluk dan sebanyak banyak ilmu Allah yang Agung.

*Bahagian 6*

صَلَاﺓً ﺩَﺍْﺋِﻤَﺔً ﺑِﺪَﻭَﺍْﻡِ اللّٰهِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢِ
*Salātan dā’imatan bi-dawāmillāhil ‛aẓīm,*
selawat yang sentiasa berkekalan dengan kekalnya Allah Yang Maha Agung

- Ya Allah, Engkau rahmatilah Rasulullah s.a.w selama lamanya sekekal kekalnya, sebagaimana kekalnya Allah s.w.t.
Di dalam selawat azimiah Rasulullah s.a.w bersabda kalau kita mohon satu kali sahaja rahmat kepada Rasulullah s.a.w, Allah akan rahmati kita kembali 10x.

- Barang siapa berkata Solatan Daimatan Bidawa Mil Lahil Azim sebagai selawat yang berkekalan. Selawat yang tiada henti. Sebagaimana tidak ada hentinya ada Allah s.w.t. Maka, Pahala selawat Azimiah ini ganjaran selawat azimiah ini akan hampirinya semasa di dunia, semasa nak mati bahkan dalam alam barzakh pun sampai lagi pahala tidak putus - putus.

- Di Padang Masyar pun orang sibuk dengan peristiwa dasyat di padang masyar, pahala sampai.

- Di atas Sirotol Mustaqim datang lagi pahala tak henti-henti hinggalah masuk dalam Syurga ada lagi pahala dan hadiah dari Allah s.w.t tak henti - henti selama lamanya datang pahala itu. Hanya dengan sekali sahaja baca selawat azimiah.

*Bahagian 7*

ﺗَﻌْﻈِﻴْﻤًﺎ ﻟِﺤَﻘِّﻚَ ﻳَﺎ ﻣَﻮْلَاﻧَﺎ ﻳَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪُ ﻳَﺎ ﺫَﺍ ﺍﻟْﺨُﻠُﻖِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢِ
*Ta‛ẓīman li-ḥaqqika yā mawlānā yā Muḥammadu yā dhal-khuluqil ‛aẓīm,*
kerana mengagungkan hakmu wahai penghulu kami, wahai (Nabi) Muhammad, wahai yang mempunyai akhlak yang agung.

- Yakni mengagungkan membesarkan Nabi Muhammad S.A.W yang mempunyai akhlak yang agung kerana akhlak Rasulullah s.w.t adalah Al Quran. ketika kita membaca *ﺗَﻌْﻈِﻴْﻤًﺎ ﻟِﺤَﻘِّﻚَ ﻳَﺎ ﻣَﻮْلَاﻧَﺎ ﻳَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪُ ﻳَﺎ ﺫَﺍ ﺍﻟْﺨُﻠُﻖِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢِ* mohon di dalam hati kita, Mohon Syafaat Rasulullah S.A.W dengan 3 syafaat.

👉 Syafaat ketika hidup
👉 Syafaat ketika hendak mati.
👉 Syafaat ketika sesudah mati.

- Inshaa Allah semasa hendak mati Rasulullah s.a.w akan hadir bersama malaikat maut dan roh yang suci yakni kita Inshaa Allah. Roh yg suci apabila melihat Rasulullah s.a.w kita tidak merasa sakitnya mati.

*Bahagian 8*

ﻭَﺳَﻠِّﻢْ ﻋَﻠَﻴْﻪِ وَ عَلَىٰ ﺁﻟِﻪِ ﻣِﺜْﻞَ ذٰلِكَ
*Wa sallim ‛alayhi wa ‛alā ālihī mithla dhālik,*
dan salamlah keatasnya dan keatas ahli keluarganya seperti semua itu juga.

- Mohon kesejahteraan keatas Baginda s.a.w agar kita dikembalikan dengan mendapat kesejahteraan 10x ganda bahkan kita boleh di dalam erti memohon berganda - ganda keselamatan dengan mengatakan *Salaman daimatan Bidawamilla Hil Azim*.

*Bahagian 9*

ﻭَﺍﺟْﻤَﻊْ ﺑَﻴْﻨِﻰْ ﻭَﺑَﻴْﻨَﻪُ ﻛَﻤَﺎ ﺟَﻤَﻌْﺖَ ﺑَﻴْﻦَ ﺍﻟﺮُّﻭْﺡِ ﻭَﺍلنَّفْسِ
*Wajma‛ baynī wa-baynahū kamā jama‛ta baynarrūḥi wannafsi,*
dan himpunkanlah antaraku dan antaranya (Rasulullah) sebagaimana Engkau himpunkan antara roh dan diri (jasad)

ﻇَﺎﻫِﺮًﺍ ﻭَﺑَﺎﻃِﻨًﺎ , ﻳَﻘَﻈَﺔً ﻭَﻣَﻨَﺎﻣًﺎ
*Zāhiran wa bāṭinan, yaqẓatan wa manāman,*
pada zahirnya dan pada batinnya, dalam keadaan sedar mahupun di dalam keadaan tidur.

-  Bererti mohon di jama'kan dihimpunkan roh kita dengan roh Rasulullah s.a.w dengan rapat sekali sebagaimana Allah s.w.t Jama'kan diantara Roh dan diri/Jasad. Sebagaimana rapatnya Zahir dan Batin. Dan Yaqazah dengan Rasulullah s.a.w ketika jaga dan ketika tidur setiap malam bermimpi Rasulullah s.a.w dan ketika jaga malam atau siang sentiasa melihat Rasulullah s.a.w. Bermusyafaah dan bercakap - cakap dengan Rasulullah s.a.w sebagai mana sahabat - sahabat Rasulullah s.a.w bermusyafaah dengan Rasulullah s.a.w

*Bahagian 10*

ﻭَﺍﺟْﻌَﻠْﻪُ ﻳَﺎﺭَﺏِّ ﺭُﻭْﺣًﺎ ﻟِﺬَﺍْتِيْ ﻣِﻦْ ﺟَﻤِﻴْﻊِ ﺍﻟْﻮُﺟُﻮْﻩِ
*Waj‛alhu yā Rabbi rūḥan li-dhātī min jamī‛il wujūhi,*
dan jadikanlah dia (Rasulullah s.a.w) ya Tuhanku sebagai roh bagi dzatku daripada segala segi

فِي ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻗَﺒْﻞَ الآﺧِﺮَﺓِ ، ﻳَﺎ عَظِيْمُ
*Fiddunyā qablal ākhirati, yā ‛aẓīm*
di dunia, sebelum hari akhirat, ya Allah Yang Maha Agung.

- Ya Allah jadikanlah roh yang suda jama' itu dikandungi oleh jasadku, dikandungi oleh rohku. Dari sekalian wajah di dunia dan kurniakanlah di dunia lagi sebelum datangnya Akhirat.

- Kami tak sabar Ya Allah. Di dunia kami nak segera sebelum datangnya akhirat nak bersama nak berhimpun bersama Rasulullah s.a.w. nak mengasihi Rasulullah s.a.w. Ya Allah Yang Maha Agung.

Ya Azim..
Ya Azim..
Ya Azim..

Wahai Tuhan Yang Maha Agung.

Fb Ahmad Rifaie

2 comments:

masfarehan said...

Assalamualaikum, Saya Mohon save Dan share yer

aina dalila said...

Assalamualaikum, saya mohon save dan share ye