Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Sunday, May 24, 2020

Imam mazhab bukan asyairah - ini penjelasannya

Di zaman ulama mazhab muktabar yang empat, aqidah umat Islam belum rosak dan bercelaru lagi. Ketika itu penganut Islam adalah sebahagiaan besarnya orang-orang Arab. Jadi kefahaman kepada iktiqad Allah masih jernih dan tepat. Tetapi apabila Islam telah tersebar ke luar Jazirah Arab jauh bahagian-bahagian dunia yang lain, Islam telah menjadi keyakinan dan pegangan pelbagai bangsa. Ketika itu kefahaman agama Islam telah bercampur-campur dengan keyakinan asal penganut bangsa yang telah mengambil iktiqad agama tauhid. Sebab mereka bukan bangsa Arab yang mampu memahami Al Quran dalam bahasa Arab. Maka berlakulah kepincangan di dalam iktiqad kepada Allah. Disebabkan itulah Allah telah menghantar Abu Hassan Al Asya'ari dan Abu Mansur Al Maturidi untuk memperjelaskan dan menyusun semula kefahaman tentang iktiqad kepada Allah yang mudah, tepat dan jelas. Supaya kefahaman orang-orang bukan Arab tentang keyakinan mereka dibetulkan semula.

Memang 4 Imam mazhab ikut aqidah Salaf tapi bukan Aqidah yang dianuti Salahpi Wahhabiyyah yg sudah bercampur aduk dengan faham Hasyawiyyah dan Mujassimah dek tangan2 Hanabilah ghulat seperti pengikut Barbahari,Ibnu Battah,Az Zaghuni,Abu Ya'ala al Farra yg kemudiannya pd kurun ke7@8 Ibnu Taimiyyah dan muridnya Ibnu Qayyim al Jawziyyah hingga merosakkan nama Salaf itu sendiri dgn karangan2 kitab yang ditahrifkan mengikut acuan seperti pengikut Abdullah bin Karram.atau diknali sebagai Karramiyyah yg menyusup dlm Hanabilah...mereka ini perosak dan parasid dlm mazhab Hanabilah dan mazhab Salaf sebenar yg dianuti 4mazhab tersebut.mereka inilah bagai NILA yg merosakkan SUSU murni iaitu Mazhab Salaf yg sebenar..al Imam Abu Hassn al Asyaari Lahir 260h -w324h dtang selepas 4Imam mazhab tersebut  setelah ia bertaubat dari fahaman Muktazilah selama 40 tahun ia kembali kepada Ajaran Salaf 4mazhab kemudian menyusun kaedah ilmu aqaidnya berdasarkan AlQuran dan hadith serta dalil Aqli yg sahih yg xlari dari aqidah Salaf yg kita kenali sekarang sebagai Aswj Ashaairah  dibantu  diperkuatkan pula seorang lg imam di Maturid iaitu Imam Abu Mansur al Maturidi w333h akhirnya nama Aswj itu dikenali Ashaairah Maturidiyyah secara ringkasnya..

No comments: