Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, May 21, 2020

Syeikh Haji Mahmud Nasri Osmani

Syeikh Haji Mahmud Nasri Osmani | Lebai Salam ( 1898 - 1980 )

Nama sebenarnya ialah Syeikh Mahmud Nasri Bin Osman Bin Haji Senik dan beliau dilahirkan di Kampung Alor Besar, Kota Sarang Semut, Kedah.

Bapanya berasal dari keturunan Tok Mekong Awang Hitam ( Hulubalang melayu yang syahid dipancung oleh Siam ketika sedang bersolat pada tahun 1730 ) . Manakala dari sebelah ibunya pula berasal dari keturunan Tok Fekah .

Diantara guru beliau ialah :

1. Pak Ngah Idris al-Fathani - Guru Quran
2. Tuan Guru Haji Ismail Che Dol Pondok Gajah Mati
3. Tuan Guru Haji Yaakob Kemelong , Sik
4. Tok Padang Jelapang @ Tuan Guru Haji Wan Ahmad - Pondok Padang Jelapang
5. Tuan Guru Haji Muhammad Taib Bin Haji Abdul Rahman Jabat ( Guru Ilmu Kebatinan ) - Pengasas ilmu silat khalifah

Dan yang paling utama ialah Al Allamah Arif Billah Tok Kenali .

Beliau merupakan diantara murid rapat kepada Tok Kenali . Sering kali Tuan Guru ziarah Tok Kenali dan mengurut beliau . Sehingga suatu masa Tok Kenali mengijazahkan kepada beliau satu ilmu mengenai rahsia ketuhanan iaitu " Ilmu Syatar " .

Ilmu Syatar ini mengandungi ilmu nubuwah & risalah . Selepas Tuan Guru Haji Mahmud menguasai ilmu Syatar , beliau diijazahkan pula oleh Tok Kenali dengan  amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam .

Diantara sahabat beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Othman Yanusi
2. Tuan Guru Haji Abdul Aziz Ibrahim
3. Tuan Guru Haji Yahya Kupang
4. Syeikh Othman Jalaluddin Penanti
5. Syeikh Abdul Qadir al Mandili

Setelah selesai menuntut ilmu, beliau pulang ke tanah air dan menjadi guru di Pondok Penanti . Seterusnya mengajar di Kampung Masjid Lenggong, Perak selama 2 tahun . Pada tahun 1932, beliau telah mengasaskan Madrasah Misbahul Salam @ Pondok Lanai di Baling . Disamping itu, Syeikh Mahmud juga merupakan pengasas gerakan Seni Silat Abjad.

Askar Komunis amat takut dengan Syeikh Mahmud . Hasilnya, mereka terpaksa lari keluar meninggalkan kampung. Kerana jasanya, kampung² menjadi tenteram dan aman. Syeikh Mahmud meninggal dunia pada usia 82 tahun dan dimakamkan di Masjid Kampung Lanai, Baling.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

*Sumber - Buku Pemuda Tauhid

#KenaliUlamak

No comments: