Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, May 20, 2020

KUNCI PERBENDAHARAAN LANGIT DAN BUMI

KUNCI PERBENDAHARAAN LANGIT DAN BUMI

Dikhabarkan bahawa Sayiddina Uthman ibn Affan radiallahuanhu telah meminta penjelasan lanjut tentang "Maqalad As-Samawi Wal-Ardh" (Kunci Langit Dan Bumi) mengenai firman Allah Berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi.

لَهُ مَقَالِيدُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; (orang-orang yang percayakan yang demikian beruntunglah) dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan ALLAH yang jelas nyata itu, mereka itulah orang-orang yang paling rugi. (Surah Az-Zumar: 63)

Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepadanya: “Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi itu adalah yang berikut:
بسم الله الرحمن الرحيم
لَا إلَهَ إلَّا اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ وَ سُبْحَانَ اللهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ اَسْتَغْفِرُ اللهَ الَّذِيْ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ اْلأَوَّلُ وَ الْآخِرُ وَ الظَّاهِرُ وَ الْبَاطِنُ يُحْيِ وَ يُمِيْتُ وَ هُوَ حَيٌّ لَا يَمُوْتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَ هُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Ertinya:Tiada yang disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar Maha Suci Engkau, Segala Puji Bagi Allah, Aku memohon Ampun kepada Allah, Tiada yang patut disembah melainkan Dia, Dia yang awal Dia yang akhir, Dia yang zahir Dia yang batin, Yang menghidupkan Yang mematikan, Dia yang hidup tanpa mati, Pada-Nya segala kebaikan, Dan Ia berkuasa atas segala sesuatu.

Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda : “Wahai Uthman! Barangsiapa membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah:

1 segala dosanya yang lalu akan diampuni,

2: terlepas daripada siksaan neraka,

3: dua orang malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan siksaan,

4: dia di kurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat,

5: dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a.,

6: dia di beri pahala seperti membaca seluruh Al-Qur’an, Zabur, Taurat dan Injil,

7: sebuah rumah akan didirikan untuknya di syurga,

8: dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga,

9: dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan,

10: permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan

Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu”.

No comments: