Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Monday, May 25, 2020

Syeikh Sayyid Ahmad Zaini Dahlan Al Hasani yang merupakan Mufti Mekah terakhir di zaman Uthmaniah



Siapakah insan dalam gambar tersebut?
Insan tersebut adalah Syeikh Sayyid Ahmad Zaini  Dahlan Al Hasani yang merupakan Mufti Mekah terakhir di zaman Uthmaniah.
Berpindah Alam pada tahun 1886.
Sebelum terlupa, Beliau merupakan salah seorang daripada GURU kepada Syeikh Wan Ahmad Al Fathoni (Bin Syeikh Wan Muhammad Zain bin Syeikh Haji Wan Mushthafa bin Wan Muhammad bin Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fathani)
Gambar Beliau jelas. Ya jelas.
Jadi, jangan pelik jika adanya gambar Syeikh Wan Ahmad Al Fathoni dengan jelas.
Gambar Syeikh Wan Ahmad Al Fathoni (A Mekka Phycisian) sudah lama dalam simpanan sang faqir. Sengaja disimpan. Namun, dek kerana ramai yang meletakkan gambar Syeikh Nik Muhammad Nur Bin Syeikh Nik Mat Kecil sebagai gambar Syeikh Wan Ahmad Al Fathoni, maka sang faqir perlu buat sedikit pencerahan.
Pasti ramai yang terkejut, bukan??
Gambar Syeikh Wan Ahmad Al Fathoni?? Tuan Faridah??
Ya. Itu gambar Beliau pada hemat sang faqir yang mengkaji tentang Beliau sekian lama.
Kenapa? Kerana gambar itu adalah dari buku yang ditulis oleh Prof Dr. Christian Snouck Hurgronje. Siapa itu? Seorang Orientalis yang dikatakan 'menyamar', memeluk Islam dan kemudian memasuki tanah Haram Makkah kemudian menjadi salah seorang murid kepada Syeikh Wan Ahmad Al Fathoni.
Perihal tentang Makkah dan masyarakat Jawah (Jawi) di Makkah dinukilkan beliau di dalam manuskrip beliau iaitu, Mekka in the Latter Part of the 19th Century.
Perihal tentang bahawa Prof Dr. Christian Snouck Hurgronje adalah salah seorang murid kepada Syeikh Wan Ahmad Al Fathoni dinyatakan sendiri oleh ALLAHyarham Al Fadhil Tuan Guru Ustaz Wan Saghir Bin Wan Abdullah, maklumat pertama didengar bahawa Snouck Hurgronje adalah murid Syeikh Ahmad al-Fathoni melalui cerita Sayyid Muhammad Yusof Zawawi, yang ketika hidupnya pernah sebagai Mufti Terengganu. Beliau menjelaskan kepada ALLAHyarham Ustaz Wan Saghir  sewaktu berada di Masjid Negara pada tahun 1977. Cerita beliau tersebut dikuatkan pula dengan pelbagai catatan yang ALLAHyarham Ustaz Wan Saghir temui beberapa tahun kemudiannya.
Ya, memang beliau menyamar, tetapi kekaguman beliau kepada kemahiran pengubatan Tobib Islam pada masa itu dinyatakan dengan jelas di dalam buku beliau.
Panjang hendak diceritakan.
Cuma, yang hendak ambil percaya atau tidak percaya, tiada masalah, terserah.
Pada hemat jahil sang faqir, jika Syeikh Sayyid Ahmad Zaini  Dahlan Al Hasani ada foto Beliau yang jelas, tidaklah menjadi suatu kemustahilan untuk adanya foto Syeikh Wan Ahmad Al Fatoni yang terkemudian dari Syeikh Sayyid Ahmad Zaini  Dahlan Al Hasani.
Intaha.

No comments: