Semenjak dua menjak ini, kecoh berkenaan dengan isu:
"Adakah Yahanana itu selawat"??
Dan ada pihak yang mengatakan bahawa ianya bukan selawat bahkan tidak layak menggunakan nama "Selawat Perdana" sebagai Tema Program.
Maka kira Al-Faqir, mungkin mereka ini tidak memahami Rangkap-rangkap Qosidah Yahanana ini.
Pada Rangkap pertama:
ظهر الدين المؤيد بظهورالنبى أحمد
يا هنانا بمحمد ذَلك الفضل من الله
Maksud:
-->Telah muncul agama yang dibawa, Dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW), Betapa beruntungnya kami dengan adanya Muhammad SAW, Itulah anugerah termulia dari Allah.
Penerangan:
-->Rangkap pertama menjelaskan bahawa Agama Islam itu dibawa oleh seorang Rasul saw yang Mulia yang padanya merupakan sebuah kebenaran lagi yang terang lagi nyata.
Bukankah telah berfirman Allah swt didalam Surah Al Imran ayat 19 bahawa:
"ان الدين عند الله الاسلام"؟؟
Yakni:
"Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai disisi Allah itu adalah Agama Islam"??
Maka sesudah dimaksudkan dengan pembawa kebenaran itu. Sekali lagi Syair ini menunjukkan bahawa betapa beruntungnya Kita menjadi Ummatnya Baginda saw yang diutuskan sebagai satu "Kebenaran"(pembawa kebenaran kepada sekalian Alam).
Bukankah telah berfirman Allah didalam Surah Yunus ayat 58:
"قل بفضل الله وبرحمته فبذلك فليفرحوا هو خير مما يجمعون"
Yakni:
Katakanlah: “Dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya, maka dengan itu hendaklah mereka bergembira. (Kurnia Allah dan rahmatNya) itu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.”َ
Bukankah lagi Allah swt telah berfirman:
"وما ارسلناك الا رحمة للعالمين"
Yakni:
"Tidak aku utuskan engkau(wahai Muhammad saw), melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian Alam"
Maka apakah salah jika kami melaungkan Kalimah "يا هنانا" yang sebagai rasa syukur kami pada Rahmat Allah yang Agung yakni Baginda Nabi saw??
Bukankah qasadnya diucapkan kalimah itu sebagai tanda Syukur?? Dan bukankah Syukur itu suatu Dzikir??
Pada rangkap kedua:
خص بالسبع المثانى وحوى لطف المعانى
ماله فى الخلق ثانى وعليه أنزل الله
Maksud:
--> Di istimewakan dengan ayat-ayat tujuh (Al-Fatihah), Dan penghimpun rahsia setiap makna.
Tiada ternilai kemuliaannya, Dan Allah mewahyukannya ke atasnya (Muhammad SAW).
Penerangan:
--> Maka dikatakan didalam Syair ini bahawa Surah Al-Fatihah itu "penghimpun rahsia setiap makna" yakni sebagai "Ummul Kitab". Kemudian diteruskan lagi dengan penceritaan tentang tingginya nilai Al-Qur'an itu sebagai panduan hidup didunia.
Telah Berfirman Allah swt didalam Surah Al-Baqarah ayat 185:
"... الذي أنزل فيه القرآن هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان...."
"... diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...."
Bukankah telah bersabda Baginda saw:
"تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة نبيه"
"Aku tinggalkan kamu dua perkara yang jika engkau berpegang kepadanya nescaya engkau tidak akan sesat selama-lamanya, itulah Kitab Allah(Al-Qur'an) dan Sunnahku"
Maka benarlah apa yang dimaksudkan Syair ini bahawa Al-Qur'an itu satu perkara yang tersangat "Berharga".
Syair ini juga menceritakan bahawa Al-Qur'an itu diturunkan hanya kepada Sayyiduna wa Habibuna Muhammad saw.
Pada rangkap ketiga:
من مكة لما ظهر لأجله انشق القمر
وافتخرت ال مضر به على كل الانام
Maksud:
--> Dari Makkah apa yang kelihatan, Atas permintaannya (Muhammad SAW) bulan terbelah, Dan keturunan Kabilah Mudhar (Kabilah Muhammad SAW), Dibanggakan oleh seluruh manusia.
Penerangan:
-->Syair ini sekali lagi menceritakan tentang mukjizat-mukjizat Agung Sayyiduna wa Habibuna Muhammad saw yakni membelah Bulan.
Di riwayatkan daripada Anas Bin Malik ra:
Bahawa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah saw. untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah saw. memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali.
Pada rangkap ke Empat:
اطيب الناس خلقا وأجل الناس خلقا
ذكره غربا وشرقا سائر والحمد لله
Maksud:
--> Bagindalah manusia yang terbaik ciptaanNya, Dan teragung akhlaknya. Semua mengingatinya di barat dan di timur. Segala puji hanya bagi Allah.
Penerangan:
-->Apa yang diperkatakan penyair didalam rangkap ini telah didahului oleh Allah yakni didalam Surah Al-Qalam ayat 4:
"وانك لعلى خلق عظيم"
"Dan sesungguhnya engkau(wahai Muhammad saw), mempunyai Akhlak yang tersangat-sangat Mulia."
Allah swt sendiri mendahului memuji Baginda saw dengan pujian yang Agung, jadi adakah salah jika kami memuji Baginda saw??.
Jika Allah sendiri yang memuji Nabi saw, pantaslah Baginda saw dipuji oleh setiap Mahluk yang ada dimuka bumi baik di timur juga dibarat, di selatan dan utara seperti yang dikatakan didalam Syair ini. Maka wajarlah kita bersyukur kepada Allah, dengan menjadi Ummatnya.
Pada Rangkap Kelima:
صلوا على خير الأنام المصطفى بدرالتمام
صلوا عليه وسلموا يشفع لنا يوم الزحام
Maksud:
--> Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, Yang terpilih bak Bulan Purnama. Selawatlah dan salam disampaikan kepadanya, Semoga kita mendapat syafaatnya di hari kebangkitan.
Penerangan:
-->Berselawatlah kepada Sebaik-baik manusia yakni Sayyidina Muhammad saw kerana Allah swt dan para Malaikat juga Berselawat kepadanya.
Berfirman Allah swt:
"إن الله وملائكته يصلون على النبي يا أيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما"
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya."
Bait terakhir Syair ini merupakan Selawat kepada Baginda Nabi saw dan Doa agar dikurniakan Syafaat oleh Baginda saw.
Sudah terang lagi Bersuluh Bahawa Bait terakhir dalam Syair ini adalah kalimat Selawat kepada Baginda Nabi saw.
Apakah Yahanana masih bukan selawat??
Mungkin mereka terlepas pandang bahawa didalam Qosidah Yahanana adanya Sirah, Dzikir Dan Selawat.
Perlulah sedar bahawa yang mengarang Qosidah ini bukan Orang Jahil tetapi Orang yang tersangat 'Alim, Setiap rangkap Mempunyai Dalil. Bahkan mereka yakni Ulamak-ulamak yang mengarang Qosidah ini bertaraf Wali.
Tanya Diri, "Siapa kita"??
Wallahu Alam.
Allahu Haq!!
Hidayah seluruh Alam!!
-Al-Faqir wal Haqir Ahmad Syarifudin Bin Samsudin Al-Fahani An-Naqshbandi-

No comments:
Post a Comment