Kenali kemuliaan Kaabah terlebih dahulu ;
Al Tabrani meriwayatkan di dalam al-Mu`jam al-Kabir daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW menyatakan:
“Sesungguhnya Allah menurunkan 120 rahmat ke atas rumah ini ( Kaabah ), setiap hari 60 untuk orang yang melakukan tawaf, 40 untuk orang yang solat dan 20 untuk orang yang memandangnya.”
( Riwayat al-Baihaqi, Abu Nu'aim dan Ibn 'Asakir )
Hadis ini jelas menunjukkan kemuliaan Kaabah itu sendiri sehinggakan melihatnya sahaja umat Islam sedang melakukan ibadah ( rujukan Kitab al-Dur al-Manthur ). Namun, ada yang lagi mulia daripada Kaabah itu sendiri.
Ibn 'Abbas r.a menceritakan, Rasulullah S.A.W pernah melihat ke arah Kaabah, lalu Baginda bersabda :
" Lailahaillallah ( tiada tuhan selain Allah ). Alangkah eloknya kamu, alangkah eloknya harumanmu, alangkah agungnya kehormatanmu ! Dan ( sesungguhnya ) kehormatan seorang Mukmin itu lebih agung daripadamu. Sesungguhnya, Allah Taala telah menjadikan engkau 'haram' ( yakini suci lagi terhormat ), ( maka ) Dialah juga yang 'mengharamkan' seorang Mukmin itu daripada hartanya, darahnya dan maruahnya, dan Dia juga 'mengharamkan' kami ( walau hanya ) untuk bersangka terhadapnya ( iaitu seseorang Mukmin itu ) dengan sangkaan yang buruk. "
( Riwayat al-Tabarani )
Dalam sanad hadis ini terdapat Hasan Bin Abu Ja'far. Beliau seorang yang daif, namun ( sebahagian ulama ) memandangnya sebagai seorang yang thiqah ( rujuk Majma'al-Zawa'id ). Merujuk kedua hadis di atas, dapat kita simpulakan, mulianya Kaabah itu ada yang lagi mulia daripadanya, iaitu Mukmin yang senantiasa mendapat kedudukan di sisi Allah. Kita semua Muslim beragamakan Islam.
Namun, bukan semua mampu mencapai kedudukan Mukmin itu. Malah, kita sendiri tidak mengetahui status sebenar kita pada pandanganNya. Mudah - mudahan, segala ibadah kita diterima, mudah - mudahan, kita berjaya mendapat tempat di akhirat sana sebagai seorang Mukmin.
No comments:
Post a Comment