Jangan Tinggalkan Bersahabat Dengan Mukmin, Ia Membawa Hingga Ke Syurga
Tazkirah 24 ogos 2014
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.
Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:
"Wahai Tuhan Kami..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."
Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat sahabat mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").
Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat sahabat mukmin Di kalangan mu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat sahabat nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:
"Wahai Tuhan Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"
SAHABAT Ku..
Mudah mudahanan dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..
Agar aku dapat kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ
Ya Allah
Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..
Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...
Oleh itu...
Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan jalan ke Syurga & jalan jalan kebaikan.
WAHAI SAHABATKU
JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI
"ALLAHU AKHBAR"
No comments:
Post a Comment