Tuan Guru Dato Kiyai Shamsuddin Ulama dan Pendidik Terkenal Johor
Almarhum Tuan Guru Dato’ Kiyai Haji Shamsuddin bin Haji Redzuan adalah
seorang tokoh ulama yang sangat dihormati khususnya di selatan
semenanjung. Beliau dilahirkan di Kepet, Madiun, Jawa Timur pada 11
November 1911.
[1] Sebelum berhijrah ke
Tanah Melayu, beliau menadah kitab dengan ulama-ulama besar di
pesantren-pesantren terkenal di Pulau Jawa seperti Pesantren at-Turmasih,
Pesantren Bacem dan Pesantren Tebu Ireng. Beliau menimba ilmu disana
dari tahun 1925 hingga 1934.
[2] Melihat kepada tempoh
pengajian beliau, besar kemungkinan beliau pernah mendalami pengajian
kepada Kiyai Haji Hasyim Asy’ari, ulama besar Indonesia yang sangat
terkenal itu yang juga merupakan pengasas kepada Pesantren Tebu Ireng.
[3] Sementara dari satu
sumber yang lain, Tuan Guru Dato’ Kiyai Haji Shamsuddin dikatakan
berguru dengan Kiyai Haji Adnan bin Haji Abdul Wahid di Pesantren Termas
selama berbelas tahun sebelum berhijrah ke Tanah Melayu.
[4] Setelah berhijrah ke
Tanah Melayu, beliau mula mendirikan sebuah sekolah agama pada tahun
1940.
[5] Sekolah itu dikenali
dengan nama Madrasah Shamsuddiniah Assalafiah..
[6] Pada peringkat awal
penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai satu bangunan sahaja yang
mampu menempatkan sekitar 50 orang pelajar lelaki.
[7]Dalam keadaan serba kekurangan itu, para pelajar tetap
bersemangat untuk menimba ilmu dan ini terbukti apabila ramai di antara
pelajar itu dapat menguasai bahasa Arab dengan baik ditambah dengan
penggunaan bahasa Jawa dan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi bagi
menghidupkan suasana pembelajaran.
[8] Madrasah ini terletak
di Kampung Parit Medan, Kundang Ulu, Muar, Johor Darul Takzim yang
jaraknya kira-kira 45 km dari bandar Muar.
[9] Madrasah ini masih
ada sehingga kini dan pada masa ini ianya dikenali dengan nama Sekolah
Menengah Agama Shamsuddiniah.
[10]Selain terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan,
almarhum Tuan pernah dilantik menjadi Imam Kariah dan Penolong Pendaftar
Nikah, Cerai dan Rujuk bagi kawasan Bukit Serampang, Muar, Johor.
[11] Almarhum Tuan Guru
juga pernah memegang pelbagai jawatan penting di Negeri Johor, antaranya
sebagai penasihat Sultan, Ahli Jemaah Majlis Di-Raja Johor, Ahli Majlis
Agama Islam Negeri Johor dan Ahli Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor.
[12]Beliau juga bukan sahaja alim dalam ilmu-ilmu agama, bahkan
turut mempunyai kemahiran dalam ilmu-ilmu pertahanan diri. Semasa zaman
darurat, beliau adalah antara tokoh yang berjuang menentang pihak
komunis dan mengerahkan anak-anak muridnya untuk berjuang sama demi
mempertahankan maruah agama.
[13] Almarhum Tuan Guru
menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1 Ramadhan 1418 bersamaan
dengan 9 Januari 1997 ketika berusia 86 tahun.
[14] Beliau meninggalkan
18 orang anak termasuklah Shohibus Samahah Dato’ Haji Mohd. Tahrir,
mufti Johor sekarang.
[15] Atas sumbangan
besarnya dalam penyebaran ilmu dakwah Islam di selatan tanahair, beliau
telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi tahun 1414 H.
Perkembangan madrasah yang diasaskan oleh Tuan Guru
1. Pada peringkat awal penubuhannya, mata pelajaran yang diajar
di madrasah ini ialah seperti tauhid, fiqh, nahu, sorof dan lain-lain
sama seperti kebanyakan madrasah lain di Tanah Melayu pada waktu itu.
Bilangan tenaga pengajar pada waktu itu adalah seramai 8 orang. Pada
tahun 1947, kumpulan sulung pelajar telah terhasil di peringkat
ibtidaiyah. Antara pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dan
kemudiannya berkhidmat di madrasah tersebut ialah Ustaz Haji Khanan bin
Haji Sulaiman. Beliau bersara pada tahun 1999 setelah berkhidmat selama
51 tahun disitu. Menjelang tahun 1965, madrasah mula mengguna pakai
kurikulum pembelajaran yang lazimnya digunakan di sekolah-sekolah Arab
dalam negeri Johor. Pada tahun 1969, madrasah kemudiannya didaftarkan
sebagai sekolah menengah agama rendah negeri Johor di Jabatan Agama
Islam Johor bagi mengiktiraf kewujudan sebagai institusi pendidikan yang
sah. Dibawah kurikulum yang baru, waktu sesi pembelajaran terbahagi
kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi bermula pada
pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari manakala sesi
petang bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 6 petang.
2. Pada awal tahun 1970-an, kelas-kelas akademik kebangsaan turut
ditawar kepada para pelajar untuk mengikutinya. Kelas ini-kelas ini
dikelola oleh Maktab Adabi dan sesinya bermula di sebelah petang.
Kelas-kelas ini dikenali dengan nama Akademik Daya dan dikhususnya untuk
pelajar-pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Sekitar tahun yang sama juga,
sekolah mula membuka tawaran kemasukan kepada pelajar perempuan yang
berminat hendak mendapatkan pendidikan formal yang berasaskan ilmu
agama. Rata-rata pelajar berasal dari Selangor, Melaka, Perak, Brunei,
Indonesia dan negeri Johor sendiri. perkembangan ini telah menyebabkan
wujudnya 2 blok asrama yang lebih selesa untuk pelajar perempuan dan 3
blok asrama untuk pelajar lelaki. Kemudahan lain seperti perpustakaan
dan kantin juga dibina pada waktu itu. Pertambahan prasarana ini telah
menarik perhatian masyarakat dari negeri-negeri luar Johor untuk
menghantar anak-anak mereka belajar disini.
3. Penawaran kelas-kelas akademik kebangsaan telah menarik minat bukan
sahaja para pelajar tetapi para pendidik untuk berkhidmat di sekolah
tersebut. Sistem pendidikan akademik kebangsaan seperti SRP (kemudiannya
PMR) dan SPM mula ditawarkan dan perkara ini telah menarik perhatian
golongan pelajar dari hampir seluruh daerah di negeri Johor dan juga
dari negeri-negeri yang berhampiran seperti Melaka, Negeri Sembilan,
Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Perkembangan pendidikan
agama peringkat tinggi yang berasaskan Kurikulum Maahad Bu'uth al Azhar
telah diterima dan digunapakai di sekolah ini dan ianya menjadi sebab
utama para pelajar berminat untuk menimba ilmu di sekolah ini.
4. Sekitar tahun 1980-an, pentadbiran sekolah banyak memberi perhatian
kepada penyediaan prasarana dan membaik-pulih kemudahan sedia ada.
Dengan bantuan pihak Jabatan Agama Islam Johor, asrama perempuan telah
di baik pulih untuk keselesaan para pelajar. Kemudahan lain seperti
bekalan air, elektrik, kipas dan kerusi juga telah disediakan agar
pelajar dapat belajar dengan suasana yang kondusif. Untuk kemudahan
riadah, gelanggang sepaktakraw dan badminton telah dibina.
Hasil tulisan Tuan Guru
Tuan Guru diriwayatkan ada mengarang kitab. Dua kitab yang dikenalpasti
adalah karangannya ialah
1. Majmuu'atush Salawaat – kitab ini mengandungi himpunan salawat yang
masyhur. Ini termasuklah Salawat Tafrijiyyah dan Salawat Syifa`
2. Doa Warisan – Judul asal kitab ini ialah Risālah al-Da'awāt. Ia
diterbitkan buat kali pertama pada tahun 1956 dalam edisi Jawi. Kitab
ini dikemaskini semula oleh Haji Abdul Rahman Rukaini dalam bahasa
Melayu dengan judul “Doa Warisan” dan diteribitkan oleh Awan Metro (M)
Sdn. Bhd., Semenyih, Selangor Darul Ehsan pada tahun 2005. Kandungan
didalam kitab ini disusun untuk menjadi panduan kepada muslimin dan
muslimat yang tidak memahami maksud doa. Oleh itu, setiap doa di dalam
kitab ini disertakan pengertiannya agar pembacanya dapat beramal dengan
penuh penghayatan.
Almarhum Tuan Guru Dato’ Kiyai Haji Shamsuddin bin Haji Redzuan adalah
seorang tokoh ulama yang sangat dihormati khususnya di selatan
semenanjung. Beliau dilahirkan di Kepet, Madiun, Jawa Timur pada 11
November 1911.
[1] Sebelum berhijrah ke
Tanah Melayu, beliau menadah kitab dengan ulama-ulama besar di
pesantren-pesantren terkenal di Pulau Jawa seperti Pesantren at-Turmasih,
Pesantren Bacem dan Pesantren Tebu Ireng. Beliau menimba ilmu disana
dari tahun 1925 hingga 1934.
[2] Melihat kepada tempoh
pengajian beliau, besar kemungkinan beliau pernah mendalami pengajian
kepada Kiyai Haji Hasyim Asy’ari, ulama besar Indonesia yang sangat
terkenal itu yang juga merupakan pengasas kepada Pesantren Tebu Ireng.
[3] Sementara dari satu
sumber yang lain, Tuan Guru Dato’ Kiyai Haji Shamsuddin dikatakan
berguru dengan Kiyai Haji Adnan bin Haji Abdul Wahid di Pesantren Termas
selama berbelas tahun sebelum berhijrah ke Tanah Melayu.
[4] Setelah berhijrah ke
Tanah Melayu, beliau mula mendirikan sebuah sekolah agama pada tahun
1940.
[5] Sekolah itu dikenali
dengan nama Madrasah Shamsuddiniah Assalafiah..
[6] Pada peringkat awal
penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai satu bangunan sahaja yang
mampu menempatkan sekitar 50 orang pelajar lelaki.
[7]Dalam keadaan serba kekurangan itu, para pelajar tetap
bersemangat untuk menimba ilmu dan ini terbukti apabila ramai di antara
pelajar itu dapat menguasai bahasa Arab dengan baik ditambah dengan
penggunaan bahasa Jawa dan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi bagi
menghidupkan suasana pembelajaran.
[8] Madrasah ini terletak
di Kampung Parit Medan, Kundang Ulu, Muar, Johor Darul Takzim yang
jaraknya kira-kira 45 km dari bandar Muar.
[9] Madrasah ini masih
ada sehingga kini dan pada masa ini ianya dikenali dengan nama Sekolah
Menengah Agama Shamsuddiniah.
[10]Selain terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan,
almarhum Tuan pernah dilantik menjadi Imam Kariah dan Penolong Pendaftar
Nikah, Cerai dan Rujuk bagi kawasan Bukit Serampang, Muar, Johor.
[11] Almarhum Tuan Guru
juga pernah memegang pelbagai jawatan penting di Negeri Johor, antaranya
sebagai penasihat Sultan, Ahli Jemaah Majlis Di-Raja Johor, Ahli Majlis
Agama Islam Negeri Johor dan Ahli Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor.
[12]Beliau juga bukan sahaja alim dalam ilmu-ilmu agama, bahkan
turut mempunyai kemahiran dalam ilmu-ilmu pertahanan diri. Semasa zaman
darurat, beliau adalah antara tokoh yang berjuang menentang pihak
komunis dan mengerahkan anak-anak muridnya untuk berjuang sama demi
mempertahankan maruah agama.
[13] Almarhum Tuan Guru
menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1 Ramadhan 1418 bersamaan
dengan 9 Januari 1997 ketika berusia 86 tahun.
[14] Beliau meninggalkan
18 orang anak termasuklah Shohibus Samahah Dato’ Haji Mohd. Tahrir,
mufti Johor sekarang.
[15] Atas sumbangan
besarnya dalam penyebaran ilmu dakwah Islam di selatan tanahair, beliau
telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi tahun 1414 H.
Perkembangan madrasah yang diasaskan oleh Tuan Guru
1. Pada peringkat awal penubuhannya, mata pelajaran yang diajar di madrasah ini ialah seperti tauhid, fiqh, nahu, sorof dan lain-lain sama seperti kebanyakan madrasah lain di Tanah Melayu pada waktu itu. Bilangan tenaga pengajar pada waktu itu adalah seramai 8 orang. Pada tahun 1947, kumpulan sulung pelajar telah terhasil di peringkat ibtidaiyah. Antara pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dan kemudiannya berkhidmat di madrasah tersebut ialah Ustaz Haji Khanan bin Haji Sulaiman. Beliau bersara pada tahun 1999 setelah berkhidmat selama 51 tahun disitu. Menjelang tahun 1965, madrasah mula mengguna pakai kurikulum pembelajaran yang lazimnya digunakan di sekolah-sekolah Arab dalam negeri Johor. Pada tahun 1969, madrasah kemudiannya didaftarkan sebagai sekolah menengah agama rendah negeri Johor di Jabatan Agama Islam Johor bagi mengiktiraf kewujudan sebagai institusi pendidikan yang sah. Dibawah kurikulum yang baru, waktu sesi pembelajaran terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari manakala sesi petang bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 6 petang.
2. Pada awal tahun 1970-an, kelas-kelas akademik kebangsaan turut ditawar kepada para pelajar untuk mengikutinya. Kelas ini-kelas ini dikelola oleh Maktab Adabi dan sesinya bermula di sebelah petang. Kelas-kelas ini dikenali dengan nama Akademik Daya dan dikhususnya untuk pelajar-pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Sekitar tahun yang sama juga, sekolah mula membuka tawaran kemasukan kepada pelajar perempuan yang berminat hendak mendapatkan pendidikan formal yang berasaskan ilmu agama. Rata-rata pelajar berasal dari Selangor, Melaka, Perak, Brunei, Indonesia dan negeri Johor sendiri. perkembangan ini telah menyebabkan wujudnya 2 blok asrama yang lebih selesa untuk pelajar perempuan dan 3 blok asrama untuk pelajar lelaki. Kemudahan lain seperti perpustakaan dan kantin juga dibina pada waktu itu. Pertambahan prasarana ini telah menarik perhatian masyarakat dari negeri-negeri luar Johor untuk menghantar anak-anak mereka belajar disini.
3. Penawaran kelas-kelas akademik kebangsaan telah menarik minat bukan sahaja para pelajar tetapi para pendidik untuk berkhidmat di sekolah tersebut. Sistem pendidikan akademik kebangsaan seperti SRP (kemudiannya PMR) dan SPM mula ditawarkan dan perkara ini telah menarik perhatian golongan pelajar dari hampir seluruh daerah di negeri Johor dan juga dari negeri-negeri yang berhampiran seperti Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Perkembangan pendidikan agama peringkat tinggi yang berasaskan Kurikulum Maahad Bu'uth al Azhar telah diterima dan digunapakai di sekolah ini dan ianya menjadi sebab utama para pelajar berminat untuk menimba ilmu di sekolah ini.
4. Sekitar tahun 1980-an, pentadbiran sekolah banyak memberi perhatian kepada penyediaan prasarana dan membaik-pulih kemudahan sedia ada. Dengan bantuan pihak Jabatan Agama Islam Johor, asrama perempuan telah di baik pulih untuk keselesaan para pelajar. Kemudahan lain seperti bekalan air, elektrik, kipas dan kerusi juga telah disediakan agar pelajar dapat belajar dengan suasana yang kondusif. Untuk kemudahan riadah, gelanggang sepaktakraw dan badminton telah dibina.
Hasil tulisan Tuan Guru
Tuan Guru diriwayatkan ada mengarang kitab. Dua kitab yang dikenalpasti adalah karangannya ialah
1. Majmuu'atush Salawaat – kitab ini mengandungi himpunan salawat yang masyhur. Ini termasuklah Salawat Tafrijiyyah dan Salawat Syifa`
Tuan Guru diriwayatkan ada mengarang kitab. Dua kitab yang dikenalpasti adalah karangannya ialah
1. Majmuu'atush Salawaat – kitab ini mengandungi himpunan salawat yang masyhur. Ini termasuklah Salawat Tafrijiyyah dan Salawat Syifa`
2. Doa Warisan – Judul asal kitab ini ialah Risālah al-Da'awāt. Ia
diterbitkan buat kali pertama pada tahun 1956 dalam edisi Jawi. Kitab
ini dikemaskini semula oleh Haji Abdul Rahman Rukaini dalam bahasa
Melayu dengan judul “Doa Warisan” dan diteribitkan oleh Awan Metro (M)
Sdn. Bhd., Semenyih, Selangor Darul Ehsan pada tahun 2005. Kandungan
didalam kitab ini disusun untuk menjadi panduan kepada muslimin dan
muslimat yang tidak memahami maksud doa. Oleh itu, setiap doa di dalam
kitab ini disertakan pengertiannya agar pembacanya dapat beramal dengan
penuh penghayatan.
No comments:
Post a Comment