1. Wahhabi menerima mazhab fiqh yang empat yang disusun oleh Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad di dalam memahami hukum-hakam dan tatacara ibadah.
2. Apa yang pelik Wahhabi menolak mazhab akidah yang disusun oleh Imam Abu Hassan al-'Asyaari dan Imam Abu Mansur al-Maaturidi. Kedua mazhab ini digelar sebagai mazhab Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah. Perbezaan kedua tokoh ini hanya bersifat cabang yang maqbul di dalam akidah. Adapun perbezaan selain dua tokoh ini bersifat usul seperti golongan muktazilah, mujassimah, syiah, hasyawiyyah, musyabbihah, jahmiyyah, qadariyyah, jabariyyah dan lain-lain.
3. Wahhabi bertanya sebelum 'Asyaairah dan Maaturidyyah sahabat dan salaf berakidah apa? Adakah mereka sesat?
4. Saya jawab. Sebelum mazhab 4 atau mazhab-mazhab fiqh yang lain sehingga mencapai 80 mazhab fiqh muktabar para sahabat dan salaf bermazhab apa?
5. Saya jawab lagi. Sebelum adanya kitab sahih Bukhari dan Sahih Muslim apakah para sahabat dan salaf tidak beramal bersandarkan kepada hadith sahih?
6. Saya jawab lagi. Adakah sebelum Imam Syafie menyusun kitab usul fiqh dan ulum hadith apakah para sahabat dan salaf tidak menggunakan disiplin ini untuk memahami Al-Quran dan As-Sunnah, umum khusus, mutlaq muqayyad, nasikh mansukh, mujmal mufassal, muhkam musyabbah dan lain-lain?
7. Saya jawab lagi. Sebelum tafsir Ibnu Kathir disusun adakah para sahabat dan salaf tidak memahami Al-Quran dengan sahih?
8. Perlu difahami Imam Abu Hassan al-'Asy'ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi bukanlah membuat aliran baru sepertimana Imam-Imam mazhab, Imam-imam muhaddisin, imam-imam mufassirin tetapi mereka menyambung kejuhudan para salaf sebelumnya dan menyusun kitab-kitab dan formula-formula untuk mempertahankan akidah Al-Quran dan Nabi kita dan memastikan kelangsungan akidah ini sampai kepada generasi kemudian.
9. Mereka yang menyalahi akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah yang disusun dan dihuraikan oleh kedua tokoh ini pada usul (bukan pada cabang) sebenarnya menyalahi akidah Islam. Menyalahi akidah Al-Quran. Menyalahi akidah Nabi kita Muhammad صلى الله عليه وسلم
10. Berkata Imam az-Zabidi ;
إذا أطلق أهل السنة والجماعة فالمراد بهم الأشاعرة والماتردية
"Apabila disebut Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah maka yang dimaksudkan dengan mereka ialah mereka yang mengikuti perjalanan Imam Abu Hassan al-'Asy'ari dan Imam Abu Mansur al-Maaturidi"
Pejuang akidah salaf,
Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Akidah dan Falsafah
Universiti Al-Azhar As-Syarif
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=560121134162383&id=396124723895359
No comments:
Post a Comment