Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Saturday, April 9, 2016

Saya mendoakan hidayah buat semua orang

. KISAH BENAR��
Nukilan Ustaz Ebit Lew

Assalamualaikum
Saya mendoakan hidayah buat semua orang..

Saya ziarah rumah sebuah rumah di sebelah masjid. Mereka orang Islam. Tapi benci masjid. Benci azan. Benci tudung dan tutup aurat. Selalu bergaduh dengan orang masjid. Satu taman kata mereka murtad.

Semua orang benci padanya. Saya pergi ke rumahnya. Saya kena marah kali pertama pergi rumahnya. Dia maki saya dari mula sampai habis. Dia kata awak nak ceramah saya ker..macam-macam dia cakap. Saya terasa. Saya pendam dan cuma doa hidayah. Cuma bayangkan Rasulullah saw. Takde apapun saya tanggung. Marah hilang.

Saya bagi hadiah buatnya. Balik cameron highland saya bagi  pokok dalam pasu kerana saya tahu dia suka pokok-pokok.
Dia ceramah saya dari mula sampai habis. Saya pergi rumahnya sampai 3 kali. Setiap kali dia cerita kemarahannya. Saya cuma dengar dia cerita dari mula sampai habis. Dia pandai berhujah dan pengetahuan akalnya sangat hebat..

Lepas tu saya sibuk kerja dakwah diluar tak sempat jumpa abang tadi lagi. Satu hari dia cari saya. Dia berbual dengan saya. Katanya kenapa lama tak ziarah dia. Kata saya,maafkan saya kerana kesibukan saya, tapi saya tak pernah lupa sebut nama abang dalam doa. Kerana abang orang baik. Saya doakan abang isteri dan anak-anak.

Dia tanya saya kenapa baik sangat dengan dia walau kena marah. Saya kata sebab saya tahu dulu ada orang sayang keluarga saya. Ada orang berkorban sehingga kami adik beradik dapat kenal Allah. Mak ayah kami kenal Allah. Itulah Rasulullah saw. Dan orang yang ikut jalan Nabi saw.

Abang tadi dia sebak. Dan dia kata nak belajar solat dan belajar agama. Saya sibuk saya cuma minta kumpulkan keluarganya dan mereka semua mula solat. Dia ada anak-anak remaja perempuan semuanya tak bertudung. Tak solat dan malam-malam sekeluarga pergi club-club.

Mereka perlahan-lahan berubah. Ramai orang dahagakan agama. Ajaklah mereka dengan kasih sayang. Janganlah berkasar dan menghina sesiapapun. Kita tak sebaik Nabi Musa as dan siapapun yang kita dakwahkan tak sejahat firaun. Tetapi bila Nabi Musa ingin dakwah firaun. Allah perintahkan dakwah dengan lemah lembut mudahan dia taat. Kita benci maksiat tapi sayang dengan orangnya.

Kita semua belum tahu kesudahan akhir kita. Semua orang baik. Yang tak baik saya. Kita semua sebuah keluarga yang dulunya aman damai berkasih sayang sehingga orang bukan Islam ingin menjadi sebahagian ahli keluarga kita. Dunia subur dengan tamadun kasih sayang dan kelembutan Islam. Mana hilangnya kasih sayang itu? Ya Allah maafkanlah diriku. Ini semua salah saya. Salah saya tak buat dakwah sungguh-sungguh dan kurang korban dan kurang bersabar...
~~sharing ebit lew~~

No comments: