Kenapa kita nampak org mati syahid tersenyum dan nampak macam seronok ?
Mungkin ini jawapannya
Dari al-Miqdam Ibn Ma’di Karib, Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Orang yang mati syahid di jalan Allah diberi 7 keistimewaan:
1. diampuni dosanya ketika permulaan darahnya memancar keluar.
2. dapat melihat tempat duduknya di Syurga,
3. dihiasi dengan perhiasan iman,
4. akan ditemani 72 bidadari syurga,
5. diamankan dari azab kubur,
6. diamankan dari goncangan dahsyat hari qiamat,
7. Dipakaikan mahkota kehormatan di atas kepalanya di mana satu permata daripadanya adalah lebih baik daripada dunia dengan segala isinya serta dapat memberi syafaat kepada 70 orang dari kalangan ahli keluarganya.” (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Baihaqi. Shahih al-Jami’: 5182)
Dari Jabir, dia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam mengumpulkan dua orang lelaki di antara orang-orang yang gugur dalam perang Uhud dalam satu kain. Lalu baginda bersabda, ‘Siapakah di antara mereka yang paling banyak menghafal al-Quran?’ Apabila baginda ditunjukkan kepada salah seorang dari keduanya, lalu baginda mendahulukannya ke dalam liang lahad. Baginda bersabda, “Aku adalah saksi bagi mereka” dan baginda memerintahkan dikebumian mereka dengan darah mereka. Mereka tidak disolatkan dan tidak dimandikan”. (HR Bukhari)
Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda tentang orang-orang yang terbunuh dalam perang Uhud, “Selimutilah mereka dengan darah mereka dan janganlah kalian memandikan mereka kerana tidak ada seorang pun yang terluka di jalan Allah kecuali dia akan datang padahari kiamat dalam keadaan darahnya mengalir berwarna darah sedangkan baunya adalah bau kasturi”. (HR. An-Nasa’i)
Dari Anas bin Malik r.a, dari Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam sabdanya: ”Tidak ada seorang pun yang telah masuk syurga ingin kembali semula ke dunia walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya kecuali orang-orang yang mati syahid. Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia lalu dia ingin syahid di dunia hingga sepuluh kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya orang yang mati syahid. (HR Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: “Orang yang mati syahid itu tidak menderita kesakitan ketika terbunuh, melainkan hanya seperti seseorang di antara kamu terkena gigitan semut.” (HR Tirmidzi)
Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa menginginkan mati syahid dengan sebenarnya, nescaya Allah akan menyampaikan hajatnya itu pada kedudukan mati syahid, walaupun dia mati di tempat tidurnya." (HR Muslim)
Wallahu a'lam.
Allah menyebut, org yg mati syahid sebenarnya tidak mati, mereka mendapat rezki di alam qubur. Manakala Rasulullah ialah penghulu segala org yg mati syahid.
Adakah Rasul Rasul mati (wafat) ?
Kalau mati (wafat) kenapa Nabi Musa berjumpa Nabi kita semasa dia mikraaj dan meminta Nabi kita agar mengurangkan jumlah solat dari 50 waktu hingga jadi 5 waktu ?
Org yg mati dan masuk alam barzakh, mereka akan dihadirkan Nabi di hadapan mereka dan malaikat akan bertanya samada roh mayat itu kenal atau tidak Nabi..
Kalau org beriman dan ikut segala perintah Allah dan Rasul, maka si mati akan kenal ..
Tujuan dimatikan seseorang manusia ialah untuk memberhentikan taraf mukallaf, sekiranya masih hidup maka sesorang itu masih bertaraf mukallaf dan terpaksa menunaikan segala suruhan dan tegahan.
Bila mati saja anak Adam, maka tempoh ujian sejak dari mukallaf dari Allah sudah tamat.
Tarikh Akhir Ujian Dari Allah untuk menentukan anak Adam itu berjaya atau tidak mengharungi segala mehnah dunia ialah ketika sebelum roh keluar dari halqum. Selepas itu tidak dikira lagi.
Saat penentuan berjaya atau tidak kita anak adam ini ialah ketika dihujung nyawa.
Malangnya kalau kita semasa hayat kita beriman dan mengerjakan ta'at tetiba di hujung nyawa tidak mampu mengucap. Ada diceritakan dlm beberapa riwayat, ada setengah anak yg menyakitka hati ibu bapa tak dapat mengucap walaupun semasa hayatnya di ta'at dalam agama.
Alangkah beruntungnya org yg selama hidupnya tidak beriman dan tidak ta'at, tiba tiba di hujung nyawanya dia dapat mengucap. Kita dah banyak kali lihat dan dengar hal ini.
Walaubagaimanapun perkara ini jarang berlaku, selalunya org yg taat akan mendapat husnul khaatimah, dan org yg derhaka mendapat suuu-ul khatimah.
Firman Allah yg bermaksud - Sesungguhnya rahmat Allah itu terlebih dekat kepada org yg berbuat baik / taat.
No comments:
Post a Comment