Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, April 12, 2016

DALIL BOLEH BERTAWASSUL(Berdoa dgn cara perantaraan-tidak terus kpd Allah)

DALIL BOLEH BERTAWASSUL(Berdoa dgn cara perantaraan-tidak terus kpd Allah)


DALIL PERTAMA


Tuhan berfirman dalam Al- Quran yg bermaksud :


"Jikalau mereka telah menganiaya dirinya (berbuat dosa) lantas datang kepadamu (wahai Rasulullah), lalu mereka memohon ampun kepada Allah, dan Rasul pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang".(An Nisa': 64)


Dalam ayat ini dinyatakan bahawa sekalian orang yang telah terlanjur membuat dosa apabila mereka datang kepada Rasul, minta ampun kepada Allah di hadapan Rasul dan Rasul meminta ampunkan pula, maka orang itu akan diterima taubatnya kerana Allah Maha Penyantun dan Maha Penerima Taubat.

Dalam ayat ini jelas bahawa minta ampun kepada Allah di hadapan Nabi adalah perbuatan ta'at yang diredhai-Nya.


Orang yang bertaubat boleh minta ampun kepada Tuhan di rumah sendiri, di masjid atau di mana dia suka. Tetapi kalau minta ampun kepada Tuhan di hadapan Nabi adalah lebih baik dan dijamin akan diterima oleh Tuhan sesuai dengan ayat ini. Datang kepada Rasul dan taubat di hadapannya, itulah yang dinamakan tawassul dengan Nabi.


Jangan salah tafsir, mereka bukan minta ampun kepada Nabi, tetapi meminta ampun kepada Tuhan di hadapan Nabi.


Adapun Nabi meminta ampunkan pula kepada Allah, maka itu adalah lebih baik lagi kerana Baginda telah menolong sahabatnya.


Diambil kesimpulan dari ayat ini, bahawa kalau seseorang yang telah bersalah melakukan dosa, boleh datang kepada gurunya dan taubat kepada Allah di hadapan guru itu, dan guru itu meminta ampunkan pula. Insha'Allah taubat itu akan dikabulkan Tuhan.


Hal yang serupa ini dinamakan tawassul dengan guru, bukan minta ampun kepada guru atau menyembah kepada guru.


Begitu juga ke makam Rasulullah S.A.W. dan minta ampun di situ di hadapan Rasulullah kepada Allah.


Hal ini adalah sangat baik sebab Nabi Muhammad S.A.W. itu, walaupun ia sudah wafat tetapi pangkat kerasulannya tidak habis dengan wafatnya itu. Apalagi menurut i'tiqad Ahlul Sunnah wal Jama'ah bahawa Nabi Muhammad S.A.W. hidup dalam kuburnya dan mendengar salam orang yang memberi salam kepada beliau.


DALIL BOLEH BERTAWASSUL(Berdoa dgn cara perantaraan-tidak terus kpd Allah)

DALIL KEDUA

Tersebut dalam Shahih Bukhari, yg bermaksud :

"Dari Anas Bin Malik , bahawasanya 'Umar Bin Khatab R.A. adalah apabila terjadi kemarau, minta hujan ia dengan Abbas Bin Abdul Muthalib, maka beliau berkata : "Ya Allah bahawasanya kami telah tawassul kepada Engkau dengan Nabi kami, maka Engkau turunkan hujan, dan sekarang kami tawassul kepada Engkau dengan bapa saudara Nabi kami, maka turunkanlah hujan itu." [Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Baihaqi - lihat Sahih Bukhari I hal. 128 dan Baihaqi - lihat Sunan al Kubra II hal. 352]

Dapat diambil kesimpulan daripada hadis ini :

1. Saidina Umar bin Khatab sahabat Nabi yang utama dan Khalifah Nabi yang kedua pernah berdo'a secara bertawassul dengan Nabi Muhammad S.A.W. untuk memohon kepada Allah minta diturunkan hujan pada musim kemarau.
Kita umat Islam disuruh oleh Nabi Muhammad S.A.W. dalam hadis beliau supaya mengikuti Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar sesudah baginda wafat dan Nabi S.A.W. pernah mengatakan bahawa "Kebenaran itu dijadikan Tuhan dalam ucapan Saidina Umar" dan lagi pada waktu Saidina Umar bertawassul dengan Nabi, maka Nabi Muhammad S.A.W. tidak melarangnya, tetapi membenarkannya.
Ini suatu bukti bahawa doa dengan bertawassul adalah suatu ibadat yang baik.

2. Bukan saja Saidina Umar bertawassul dengan Nabi, tetapi juga dengan bapa saudara Nabi, Saidina Abbas Bin Abdul Muthalib R.A. Ini suatu bukti bahawa bertawassul itu boleh dengan orang yang lebih rendah walaupun ada yang lebih tinggi. Ertinya kita bukan saja boleh bertawassul dengan Nabi, tetapi juga boleh dengan ulama-ulama dan orang-orang soleh lainnya.

3. Hujan yang diminta dengan doa yang bertawassul itu dikabulkan Tuhan, sehingga dikatakan dalam hadis ini : "fayusquun".

4. Awas supaya diperhatikan benar-benar bahawa Saidina Umar bukan minta hujan kepada Nabi atau kepada Abbas, tetapi kepada Allah dan Nabi Muhammad S.A.W. atau Saidina Abbas R.A. adalah sebagai orang yang dipakai dalam tawassul kerana mereka, kedua2nya adalah kekasih Allah.

No comments: