Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, April 28, 2016

WAHHABI DI SISI PANDANGAN AL-SYAIKH AHMAD IBN MUHAMMAD ZAIN AL-FATONI

✨WAHHABI DI SISI PANDANGAN AL-SYAIKH AHMAD IBN MUHAMMAD ZAIN AL-FATONI✨
.

�� Ketika menceritakan tentang fitnah yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Salim, al-Syaikh Ahmad al-Fatoni (w.1325 H) berkata:

"...[dan] setengah daripadanya ((fitnah to'ifah Wahhabiyyah)) yang melampaui mereka itu sehingga memerintah mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia dan mereka itu��satu kaum yang mempunyai mazhab yang jahat dan jalan yang sesat dan i^tiqad yang mudarat��dan adalah yang me[ng]hantarkan mazhab mereka itu yang keji dan yang meri[ng]tahkan dia [memerintahkan dia] Muhammad anak ^Abdul-Wahhab dan asalnya daripada masyriq daripada Bani Tamim dan adalah permulaan pekerjaannya bahawasanya ia adalah setengah daripada mereka yang menuntuti ilmu pada negeri Madinah al-Munawwarah ^ala sohibiha afdol al-solat wa al-salam dan adalah bapanya laki-laki yang solih demikian lagi saudaranya��dan adalah bapanya dan saudaranya dan sekalian guru-gurunya memfirasat mereka itu padanya bahawasanya lagi akan jadi daripadanya menyesat dan zaigh dan ilhad dari kerana barang yang diketahui oleh mereka itu daripada perkataannya dan perbuatannya dan bantahan-bantahannya daripada beberapa masalah...��...maka mereka ia bagi dirinya akan mazhab yang sesat dan menyalahi ia akan segala imam agama dan menyesat ia akan segala yang jahilin��dan me[ng]kufur ia akan segala mereka yang tiada mengikut mazhabnya daripada mukmin��dan me[ng]hukum ia dengan syirik mereka yang ziarah akan kubur Nabi sollallahu ^alaihi wa sallam dan auliya' dan solihin dan yang bertawassul dengan mereka itu dan��me[ng]haram ia akan berselawat atas Nabi sollallahu ^alaihi wa sallam��dan beberapa i^tiqad yang lain daripada demikian itu dan bahawasa segala manusia telah kufur mereka itu daripada masa hijrah enam ratus tahun hingga kepada masanya itu dan [ia]lah yang membaharukan bagi mereka itu akan Islam mereka itu..." Intaha.

��������������

��Rujukan: Kitab Hadiqatul-Azhar war-Rayahin fi Manaqib al-Akhyar wa Akhbaris-Solihin, al-Syaikh Ahmad ibn Muhammad Zain ibn Mustafa al-Fatoni, Persama Press, Pulau Pinang, t. th., hlm 169 - 170.

✒Beliau adalah guru bagi ramai ulama dan mufti di Nusantara seperti Syaikhul-Islam dan Mufti Selangor Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur-Rahman al-Fatoni, Tok Kenali, Tok Selehor, Kiyai Hasyim Asy'ari pengasas Nahdotul-^Ulama' dan lain-lain.

✒Beliau juga penasihat dan rujukan sultan-sultan Melayu seperti Sultan Fatoni, Sultan Kelantan, Sultan Kedah, Sultan Terengganu (Sultan Zainal Abidin III), Sultan Johor, Sultan Riau - Lingga, Sultan Deli, Sultan Langkat, Sultan Pontianak dan Sultan Sambas secara tidak rasmi dan beliau juga penasihat Syarif/ Raja Mekah secara rasmi.

No comments: