Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, April 15, 2016

BERKATA YANG BENAR PUN ADA YANG BERDOSA

BERKATA YANG BENAR PUN ADA YANG BERDOSA.

Beberapa orang bercerita di balai lintang masjid mengenai seseorang tentang satu perbuatan buruknya.Saya pun menegur perbuatan mereka sebagai mengumpat,tetapi seorang dari mereka membalas,"Kami cerita yang benar cikgu."Saya membalas,"Kerana benarlah maka ia dipanggil mengumpat,jika tidak benar ia dipanggil fitnah.Yang selamat,bercakap yang benar pada perkara baik sahaja atau untuk menegah yang mungkar."

Menyatakan yg buruk,yg benar dilakukan oleh seseorang, adalah mengumpat.Menyatakan yg tidak benar dilakukan oleh seseorang  itu adalah fitnah.Kadua-duanya berdosa,dan dosa ini tidak boleh bertaubat shj kpd Allah,Allah tidak ampunkan kerana dosa ini kpd sesama manusia,menangis air mata darahpun tidak diampunkan Allah,itulah janjiNya,maka kena mohon ampun kpd yg diumpat.Jika tidak,diakhirat nanti amalan baik kita akan dipindah kpd mereka yg diumpat,jika telah habis amalan baik kita,telah muflis,maka diambil dosa orang yg diumpat dan dibubuh dlm timbangan si pengumpat.Jadi bila melihat keburukan disuruh tegah dg tangan,atau dg percakapan atau dg hati tetapi yg dg hati itu selemah-lemah iman.Jadi disuruh tegah,bukan umpat,bukan mengata,bercerita sana sini. Jika kita selalu bercerita yg buruk,mungkin kerana tidak banyak kebaikan yg kita buat,banyak yg buruk,dg itu kita sentiasa nampak yg buruk juga pada orang lain.

Hadis nabi”......Mengumpat adalah ketika engkau membicarakan saudaramu sesuatu yg dia benci.Seorang sahabat bertanya,”Bagaimana jika apa yg kami katakan itu betul ada pada dirinya?.” Baginda menjawab,”Jika apa yg dikatakan itu benar,maka kamu telah mengumpatnya,jika yg dikatakan tidak benar,kamu telah memfitnahnya..”(Riwayat Muslim) Bahkan dlm Quran mengandaikan umpatan sebagai memakan daging saudara kita sendiri.

Kalau ditilik dosa dg Allah kita boleh bertaubat,secara senyap,seorang diri,siapa pun tak tahu.Dosa sesama manusia seperti mengumpat,dikatakan dalam kitab fekah kita kena minta maaf kpdnya dan menyatakan apa dosa yg kita dah buat kepadanya.Ini yg payah,tapi hukumnya demikian.Kita mungkin mudah utk mohon maaf,masa raya terutamanya,tetapi permohonan maaf yg terbaik adalah menyatakan dosa kita pada seseorang yg kita berdosa kpdnya.Ada orang akan kata,kalau aku bagi tau dia tentu marah.Kalau begitu,jangan mengumpat,jangan memfitnah,jangan bercerita yg buruk,bercerita yg baik saja.Mudahkan?

Rasulullah s.a.w. bersabda “Kamu harus bertaqwa kepada Allah, jika seseorang mencelamu dengan sesuatu yang diketahuinya ada pada diri kamu,maka janganlah kamu membalas mencelanya dengan sesuatu yang ada pada dirinya, nescaya dosanya kembali kepadanya dan pahalanya untuk kamu, dan janganlah kamu mencela sesuatu.” (HR Ahmad dan Thabrani)Ambillah sikap tidak membalas celaan atau umpatan orang terhadap diri kita,sikap "dia cerita buruk aku boleh,aku pun nak cerita buruk dia"kerana celaan orang akan kembali dosanya kpd dirinya,pahala yg ada padanya dipindah kpd yg dicelanya.

Dalam hadis yg lain nabi berpesan menjaga lidah kerana lidahlah salahsatu punca besar orang masuk neraka ,seperti cerita diawal tadi.Mereka tu datang bersolat,tetapi mudah saja si iblis membalas ibadat mereka dg berdosa mengumpat.Tinggalkan orang yg mengumpat jika kita tidak mampu mencegahnya.Diam adalah labih baik dari banyak berkata.Banyak bercakap,banyaklah salahnya.Nak popular bukan banyak bercakap,banyak berkata yg baik.Berhentilah bercerita keburukan orang,kita pun tidak suka keburukan kita dicerita orang.Berazamlah dan berjanjilah dg diri untuk tidak lagi mengumpat orang lain.Wallahu a'lam

-abdghaniharon

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=935162969925803&id=100002963270241

No comments: