Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, April 5, 2018

Arah mana syaitan menyerang kita & arah mana yang syaitan akan kalah dengan manusia?



Arah mana syaitan menyerang kita & arah mana yang syaitan akan kalah dengan manusia?


Muhd Shahir is with Khair Hady.
Arah mana syaitan menyerang kita & arah mana yang syaitan akan kalah dengan manusia?
Syaitan menyerang manusia pada 4 arah iaitu depan, belakang, kiri dan kanan.
Buktinya? ALLAH nyatakan dalam surah Al-A'raf: 17
(ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ)
Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
Apa 2 arah yang syaitan tidak mampu?
Kata Sayyiduna Ibnu Abbas: 2 arah yang syaitan tidak mampu mendekati manusia:
1-Arah atas: Kerana ia tempat turun rahmat Allah ke atas seorang. Apabila kena rahmat Allah, tiada seorang yang mampu halang dan hamba itu akan berada dalam jagaan Allah.
Maka ia terhasil dengan menghadiri majlis ilnu, majlis zikir dan majlis kebaikan yang lain.
2-Arah bawah: Iaitu di pihak sujud. Apabila seorang hamba itu sujud, maka ia menjadi satu tamparan yg hebat kepada syaitan.
Di dalam hadis ada menyebut: ((Apabila seorang hamba itu sujud , maka larilah syaitan lalu berkata: Betapa celakanya aku, anak Adam diperintahkan untuk sujud lalu mereka sujud dan bagi mereka syurga, dan aku diperintahkan juga utk sujud, tetapi aku tidak sujud, maka bagiku neraka))
Maka, orang yg solat itu ditakuti oleh syaitan.
Kenapa sujud itu 2 kali? Kata Syeikh Ibrahim Baijuri: ia terdapat beberapa specialist antaranya:
1-Ia adalah sifat ubudiyyah (kehambaan yg datang dari seorang hamba)
2-Ia menunjukkan sifat tawaduk
3-Ia menunjukkan benar2 hamba itu iqrar/ tunduk terhadap erti kehambaan
4-Lebih dekat dengan Tuhan seperti yang terdapat di dalam hadis.
Wallahualam
Faedah muhadhorah dari Tuan Guru Baba Khairul Anuar Hj Shafii hafizhohullah-syarahan kitab hidayatul azkiya

No comments: