Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Saturday, April 14, 2018

KENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU

KENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU

Pelbagai tuduhan dan kecaman dilemparkan bertubi-tubi kepada para pejuang Islam yang menolak dakwah dan dakyah para penganut fahaman Salafi Wahhabi, khususnya apa yang salah dan apa yang melemahkan daripada fahaman dan tokoh-tokoh Salafi Wahhabi itu (yang benar daripada mereka tidak pernah kita tolak sama sekali). Pengkhususan ini terpakai kepada seluruh artikel ini.

Artikel ini akan menjelaskan kedudukan yang sebenarnya. Harap anda membacanya dengan sabar, hati yang jernih dan adil. Bukan setakat membaca, tetapi hingga ke peringkat merenung dan mengkaji, dan seterusnya membuat keputusan. 

Artikel ini sesuai untuk mereka yang belum taksub, iaitu golongan yang masih mahu dan mampu membuat penilaian dan pertimbangan. Kepada golongan yang sudah taksub kepada fahaman Salafi Wahhabi atau taksub kepada tokoh-tokoh pendukung fahaman Salafi Wahhabi ataupun kedua-duanya, artikel ini sudah tidak ada nilai dan tidak perlu dibaca lagi kerana golongan ini sudah tidak mahu dan mampu menilai dan mempertimbang. Mereka akan terus bertaqlid kepada ajaran-ajaran dan tokoh-tokoh Salafi Wahhabi, yang sebahagiannya bertaqlid buta dan ada juga yang bertaqlid celik.
Antara tuduhan dan kecaman yang biasa kedengaran ialah:

KAMU MENENTANG PARA PEJUANG SUNNAH!
Sebenarnya kita menyokong sepenuh hati sesiapa sahaja yang mahu memperjuangkan sunnah. Yang kita tentang ialah mereka yang menjadi pejuang sunnah versi fahaman Salafi Wahhabi sahaja. Harap dapat dibezakan betul-betul.

KAMU MENENTANG MANHAJ SALAF!
Sebenarnya kita menentang ‘manhaj salaf versi Salafi Wahabi’ sahaja, bukannya ‘manhaj Salaf’.

KAMU MENENTANG DAKWAH TAUHID
Kita menentang dakwah tauhid versi Salafi Wahabi sahaja (iaitu apa yang salah dan melemahkan sahaja, yang benar tidak pernah kita tolak).

KAMU MENOLAK PERJUANGAN MEMBANTERAS BIDAAH
Kita menolak perjuangan membanteras bid'ah cara Salafi Wahabi sahaja.

Begitulah seterusnya. Ringkasnya, selepas ini jika para pembaca bertemu lagi dengan pelbagai dakwaan dan label, hal itu adalah kerana kita tidak menerima fahaman mereka, kerana kita ‘MENOLAK KEBENARAN VERSI MEREKA’, bukannya kerana ‘KITA MENOLAK KEBENARAN’.

Caranya- letakkan sahaja perkatan ‘VERSI SALAFI WAHABI’ di belakang setiap tuduhan itu (mengikut kesesuaian).

Selesai satu masalah.



CARA DR. ASRIKita nilai perkataan-perkataan Dr. Asri ini dalam tulisannya bertajuk ‘Katakan Tidak Pada Wahabi’. Tujuannya bukan untuk menolak Dr. Asri, tetapi menolak apa yang lemah dan apa yang salah sahaja daripadanya. Yang benar daripadanya tidak pernah kita tolak malahan kita sokong sepenuh hati. Harap difaham situasi ini.


KATANYA:
“Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai 'wahabi'. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.”

PENCERAHAN KITA :
Hal ini jelas satu pendustaan. Mustahil “Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai 'wahabi'.”

Ayat yang benar ialah:
“Jika seseorang memberikan pandangan agama YANG BUKAN MENJADI PERKARA YANG BIASA diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilabelkan sebagai syiah, ataupun wahabi, ataupun Qadiani, ataupun ajaran sesat ataupun yang lain-lain mengikut asal datangnya pandangan tersebut.”

Teliti baik-baik, anda pasti dapat melihat perbezaannya yang sangat jauh.

Apa permainannya?
Mudah sahaja!

Dr. Asri cuba menggambarkan betapa antinya umat Islam arus perdana Ahli Sunnah wal Jamah terhadap Salafi Wahabi, dan betapa tertekannya dakwah Salafi Wahabi ‘yang tulus’ itu hinggakan APA SAHAJA YANG DATANG (yang bertentangan dengan fahaman ualam dan umat Islam arus perdana ASWJ) TIDAK KIRA Syiah, sekular, liberal, ajaran sesat, Qadiani dan lain-lain, SEMUANYA akan dilabelkan sebagai WAHABI.

Betulkah pernyataan Dr. Asri ini?

Jawapan ikhlas anda: ………………..............

Yang mana satu yang benar? :

A. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai 'wahabi'.

B. 
Jika seseorang memberikan pandangan agama YANG BUKAN MENJADI PERKARA YANG BIASA diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilabelkan sebagai syiah, ataupun wahabi, ataupun Qadiani, ataupun ajaran sesat ataupun yang lain-lain mengikut asal datangnya pandangan tersebut.

A atau B.

Fikirkan dnegan hati yang jernih


KATANYA:
“Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.”
“Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai 'wahabi'; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan.”


PENCERAHAN KITA :
Orang awam sudah tentulah begitu. Hal ini tidaklah boleh kita jadikan hujah.
Cuba kita berdiri di depan masjid selepas solat Jumaat dan buat kajian. Tanyakan kepada orang ramai: “Suka Syiah tak?” majoriti akan menjawab ‘Tak suka.” Kemudian tanyakan, “Apa itu Syiah?”.

Ini SOALAN DEFINISI. Mampukah orang awam dalam keadaan tidak bersedia begitu memberi pengertian Syiah dengan tepat?
Adakah situasi ini menjadi bukti bahawa ajaran Syiah itu benar? Adakah ia menjadi bukti bahawa umat Islam tidak tahu tentang Syiah lalu mereka kena mengakui kebenaran Syiah? Adakah ini menjadi bukti umat Islam berlaku tidak adil kepada Syah?

Ulangi kajian anda dengan bertanya: “Apa definisi elektrik?”, “Apa dia ajaran Qadiani?”, “Apa dia ajaran Ayah Pin” dan lain-lain.

Bertanya kepada orang ramai tentulah macam-macam jawapannya dan tidak tepat. CUBA BERTANYA KEPADA PARA ULAMA dan ORANG-ORANG MEREKA!

Kenapa Dr. Asri senaraikan CAKAP-CAKAP ORANG AWAM sahaja? Kenapa dia tidak menyenaraikan dalam artikelnya itu definisi ‘Wahabi’ oleh para ulama yang menolak fahaman Salafi Wahabi? Betul tak?

Fahami permainannya, tahulah jawapannya.

Mudah sahaja. Beliau cuba menggambarkan yang rata-rata umat Islam di Malaysia ini (termasuklah para ulama) tidak faham apa itu ‘wahabi’ lalu termenentang perkara yang benar.


KATANYA:
“Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh.”
“Ada yang kata: wahabi tidak tahlil”
“Ada yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi.”
“Ada yang kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab.”
“Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin 'Abd al-Wahhab”.


PENCERAHAN KITA :
Anda bertanya DEFINISI kepada ORANG AWAM, sudah tentulah begitu jawapannya. Cuba letakkan sebaris para pendokong fahaman Salafi Wahabi ‘bawahan’ di Malaysia ini (tanpa memberitahu tujuannya kepada mereka), kemudian kita tanyakan, “Apa itu Islam Tradisional?”

Anda rasa mereka boleh memberi satu definisi yang jelas dan hampir-hampir sama semua orang?

Jawapannya tentu lebih kurang sebagaimana cara jawapan yang disenaraikan oleh Dr. Asri di atas tadi. Betul kan?
Kenapa? Kerana yang ditanya itu orang awam.

Cara begini tidak ada kesarjanaan. Sepatutnya hujah-hujah itu tidak dimasukkan ke dalam artikel tersebut dalam usaha Dr. Asri hendak membela fahaman Salafi Wahabi. Dr. Asri kenalah menggunakan hujah yang ‘lebih dewasa’, bukannya kutip-kutip perkataan orang ramai.


KATANYA:
“Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin 'Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya 'Wahhabi'.”

PENCERAHAN KITA :
PENGIKUT MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB bukanlah Salafi Wahabi yang kita tolak. Yang kita tolak hanyalah fahaman Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya YANG SALAH dan YANG MELEMAHKAN sahaja. Yang samar-samar kita kaji jika berpeluang dan yang lemah kita tinggalkan (*kaedah Tajdid Segar ini sudah berulang kali kita jelaskan).

Salafi Wahabi yang kita tolak BUKANLAH (apa yang salah daripada) Muhammad bin Abdul Wahhab, gerakan tentera, para pengikut dan fahaman mereka SAHAJA. 

Salafi Wahabi yang ditolak itu SEUMPAMA SATU PLANET yang mengandungi beberapa benua. Ajaran (yang salah dan yang melemahkan daripada) Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya HANYALAH SALAH SATU daripada benua-benua yang ada. Ada lagi benua-benua lain. Antaranya ialah benua IBNU TAIMIYYAH yang mengandungi apa yang salah dan  yang melemahkan daripada Syeikh Ibnu Taimiyyah (yang benar kita tetap sokong). Ada benua al-Albani dan lain-lain. Ada benua kaum mujassimah. Kesemua benua inilah yang membentuk sebuah planet bernama SALAFI  WAHABI yang kita tolak itu.

Harap jelas dengan penerangan ini. 

Jadi selepas ini apabila kami menyebut Salafi Wahabi, Wahabi, Wahhabi, Salafiah Wahabiah dan seumpamanya, ia merujuk pada Salafi Wahabi yang di atas tadi. Ia TIDKA TERHAD ataupun tepat kepada yang tidak qunut Subuh, ataupun terhad ataupun tepat kepada yang tidak mahu bertahlil, yang belajar di Arab Saudi, yang tidak bermazhab, yang menjadi pengikut Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan lain-lain.

Pernah saya mengatakan seorang bernama A (nama samaran)- tokoh Salafi Wahabi sebagai ‘berfaham Wahabi’. Salah seorang penyokong kuatnya mengatakan saya berbuat fitnah. Katanya si tokoh tadi pun pernah menafikan kaitannya dengan fahaman Wahabi kerana WAHABI itu ialah satu gerakan pemelihara tauhid di Arab Saudi satu ketika dahulu di bawah pimpinan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, sedangkan si A tadi tidak pernah ke Arab Saudi dan berjuang bersama-sama Muhammad Abdul Wahhab.

Inilah akibatnya kalau dia sendiri pun TIDAK FAHAM ‘siapa’ dan ‘apa’ WAHABI yang ditolak oleh umat Islam arus perdana ASWJ itu.

Contoh;
Saya selaku pemerintah negeri Pahang berkata, “Sesiapa yang BERKHALWAT akan ditangkap.” Datang seorang hamba Allah berkata, “Awak pemerintah yang zalim. Orang buat ibadah pun nak ditangkap!” Padahal ‘khalwat’ yang saya maksudkan bukanlah ‘khalwat’ yang dia maksudkan. Periksa pun tidak, terus dituduhnya kita zalim. Begitulah sikap si penyokong Wahabi tadi.

Kita lihat beberapa contoh ‘MADAH BERHELAH’ para Salafi Wahabi yang biasa kita dengar:

“Saya bukan Wahabi, Wahabi di Arab Saudi.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi ialah para pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak bermazhab. Padahal saya bermazhab, malah saya mengajar kitab fiqh Imam Syafie.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi menolak Ikhwanul Muslimin termasuklah Qardhawi. Saya penyokong fiqh Qardhawi. Mana boleh saya dicop Wahabi.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak berjemaah padahal saya berada dalam IKRAM, ISMA, HALUAN, PAS atau lain-lain.”

Dan sebagainya.

Disangkanya ‘WAHABI’ yang dia faham itu sama dengan ‘WAHABI’ yang kita faham… : )


KATANYA:
“Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!!.”

PENCERAHAN KITA :
Sempat juga Dr. Ustaz Asri ini membuat jenaka : )
Takkanlah tak faham apa dia ‘tahlil’ yang dimaksudkan oleh hamba Allah tu… 
Tuan-tuan sendiri pun faham 'tahlil' mana yang dimaskudkan, masakan Dr. Asri tidak faham. :)

Sebenarnya Dr. Asri lebih faham tapi sengaja menggunakan ‘madah berhelahnya’. Dengan cara ini, si penanya tentunya akan berasa malu kerana seolah-olah jahil sangat dalam hal ehwal agama. Maka mudahlah Dr. Asri menguasai suasana.

Contoh:
Suasana kampung. Sekumpulan tetamu lelaki bertandang ke rumah Mak Merah. Mak Merah tentunya akan promosikan anaknya Bawang Merah yang jahat berbanding Bawang Putih walaupun Bawang Putih lebih cantik dan berhati mulia.

Kata Bawang Putih kepada Mak Merah, “Mak, nak masak nasi ke?”
Mak Merah terlebih faham lagi apakah maksud ‘masak nasi’ tetapi untuk menjatuhkan saham Bawang Putih dijawabnya, “Ish engkau ni Putihhh… tak pernah aku dengar orang masak nasi. Yang orang masak- beras, bukan nasi. Kalau dah jadi nasi, buat apa nak dimasak lagi! Betul tak tuan-tuan?”
Mereka pun tertawa beramai-ramai.

Sudah tentulah Bawang Putih akan berasa rendah harga dirinya diperbuat begitu. Jadi, Bawang Putih pun akan berhenti menyoal.

Dalam ilmu psikologi, cara ‘menguasai keadaan’ seperti ini memanglah berkesan tetapi ‘tidak terpuji’, malahan salah satu sifat mazmumah.


SALAFI WAHABI YANG KAMI MAKSUDKANSemua manusia ada masalah mental, tapi mengapa tidak semuanya disebut ‘bermasalah mental’? Mengapa hanya individu tertentu sahaja yang kita sebut “dia tu mental sikit”. Mengapa?

Kerana ada satu standard yang ‘disepakati umum dalam diam’ sebagai standard ‘bermasalah mental’. Apabila seseorang itu sampai ke standard ini, barulah orang ramai mengatakannya ‘bermasalah mental’.

Semua manusia tua. Hari ini lebih tua daripada semalam. Semakin hari semakin tua tidak ada yang semakin muda. Tapi… mengapa tidak semua manusia disebut ‘orang tua’? Mengapa hanya individu tertentu yang kita iktiraf sebagai ‘tua’?

Kerana ada satu standard atau batas tertentu yang ‘disepakati umum dalam diam’ sebagai standard ‘tua’. Apabila seseorang itu sampai ke standard ini, barulah orang ramai mengatakannya ‘tua’.

Tiga orang memasak kari kepala ikan. Mereka menggunakan bahan-bahan yang sama. Tapi mengapa masakan A kita kata sedap, B boleh tahan dan C tak sedap?

Kerana ada satu standard atau kayu ukur yang disepakati umum untuk mencapai tahap ‘sedap’. Sekiranya tidak mencapai standard tersebut, masakan kari tadi akan kita sebut sebagai ‘tidak sedap’ ataupun ‘boleh tahan’ sahaja.

Begitu jugalah dalam hal Salafi Wahabi ini. Ada standard atau sempadan tertentu yang membuatkan seseorang itu kita label sebagai Wahabi, ataupun cenderung kepada Wahabi ataupun bukan Wahabi.

SENARAI CIRI-CIRI WAHABI

UMUMNYA, SESEORANG ITU DIKATAKAN ‘WAHABI’ APABILA DIA MEMILIKIBANYAK KRITERIA-KRITERIA BERIKUT (yang kurang daripada itu disebut CENDERUNG, yang kurang lagi disebut TIDAK DAPAT DIPASTIKAN dansetakat satu dua kriteria yang KURANG PENTING- sebagai BUKAN WAHABI):

Biasanya (*bukan semestinya) ‘BID'AH’ bagi mereka membawa hukum BERDOSA, tidak ada BID'AH HASANAH (bidaah yang baik), dan ‘bidaah’ adalah penambahan SATU HUKUM selain daripada hukum-hukum sedia ada iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Bid'ah ini ialah bid'ah ke neraka.Biasanya melabelkan BID'AH (yang membawa hukum berdosa dan ke neraka itu) ke atas sambutan Maulidrurasul, kenduri tahlil arwah, bacaan Yaasin pada malam Jumaat, berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat fardhu dan lain-lain.Biasanya bersandar kepada tokoh-tokoh seperti Syeikh al-Albani, Ben Baz, Fauzan, Utsaimin, Rabee’ dan lain-lain sekalipun tidak semestinya tokoh-tokoh yang mereka minat itu berfahaman Salafi Wahhabi. Kaum Syiah contohnya, menyandarkan fahaman mereka kepada Saiyidina Ali, padahal Saiyidina Ali tidak berfahaman Syiah pun. Hal ini hanyalah untuk menunjukkan kebiasaan kecenderungan mereka sahaja.

Biasanya mereka menentang keras kaum sufi, dunia tasauf dan jemaah-jemaah tariqat.Biasanya mereka sangat tidak suka melakukan ‘qunut’ ketika solat fardhu Subuh, dan mereka begitu bersemangat untuk mempamerkannya kepada orang lain.Biasanya mereka sangat tidak suka berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat jemaah, dan mereka begitu bersemangat untuk mempamerkannya kepada orang lain.
Biasanya mereka sangat terpengaruh dengan apa yang lemah, yang samar dan yang salah daripada Syeikh Ibnu Taimiyah (yang benar daripada Ibnu Taimiyyah tidak kita tolak, kita juga sokong)Biasanya tidak suka dengan keturunan Ahlul Bait hari ini.Biasanya mereka sangat menyanjung perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya termasuklah bahagian yang salah dan yang lemah.Biasanya mereka menolak jemaah-jemaah Islam seperti Tabligh, Ikhwanul Muslimin, parti-parti Islam dan lain-lain. Jemaah-jemaah ini kononnya pelengkap kepada 72 golongan yang salah daripada 73 golongan umat Islam. Dan 1 golongan yang terselamat itu ialah mereka.

Biasanya mereka kuat bertaqiyyah, tidak mahu mengaku diri berfahaman Salafi Wahhabi. Berbeza pula dengan penganut fahaman Syiah yang dikatakan kuat bertaqiyyah, tapi hari ini penganut Syiah lebih suka mengakui fahaman mereka dan bangga. Sudah terbalik.Biasanya mereka cuba mengaitkan tokoh-tokoh bukan berfahaman Salafi Wahabi dengan diri mereka menggunakan pelbagai helah seperti Imam Abu Hassan al-Asyaari, Syeikh Abdul Qadir Jilani, Imam al-Ghazali, Tok Kenali, Imam Nawawi dan lain-lain. Macamlah umat Islam tidak kenal siapa tokoh-tokoh tersebut dan apa pegangan mereka.Biasanya mereka menghukum kafir dan sesat kepada SELURUH penganut fahaman Syiah sama ada yang ekstrem ataupun tidak.

Biasanya mereka akan merujuk kitab-kitab besar ulama silam tetapi cetakan terkini. Kitab-kitab cetakan yang lebih awal tidak berani mereka petik. Hal ini kerana banyak kitab-kitab lama yang sudah mereka ubah isi kandungan tertentu lalu dicetak semula. Orang yang membeli kitab tanpa mahu merujuk kepada orang-orang yang ada cetakan terdahulu, akan terbeli kitab yang sudha diubahsuai.Biasanya mereka mengaitkan ajaran-ajaran sufi dengan Syiah ataupun ajaran sesat.Biasanya mereka akan mengumpan orang baru dengan menunjukkan mereka pejuang paling aktif menentang pengaruh Syiah dna liberal dan menambah-nambah cerita untuk menunjukkan betapa bahayanya fahaman Syiah dna liberal di sekitar kita dan betapa pentingnya agar kita bersatu di dalam dakwah mereka. Kemudian barulah diterapkan sedikit demi sedikit fahaman Salafi Wahabi.Biasanya mereka bersikap lunak dengan para sekularis, lebih-lebih lagi jika pihak tersebut mempunyai ‘kuasa’.Biasanya mereka menyebarkan pembohongan kononnya SALAF TAK TAKWIL, KHALAF TAKWIL.Biasanya menolak ilmu tauhid Sifat 20, Imam Asyaari, mazhab Asya’irah dan Imam Maturudi.Biasanya bergantung kepada Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat.Biasanya bergaul rapat dengan golongan Salafi Wahabi. (Kita tengok siapa rakan-rakan rapat mereka).

Biasanya tidak boleh menerima khilaf.

Biasanya menolak daripada bermazhab (sebenarnya menolak kaedah-kaedah mana-mana mazhab yang 4 iaitu Hanafi, Maliki, Safi'i atau Hanbali) tetapi bermazhab dengan (menggunakan kaedah-kaedah fiqh) mazhab diri sendiri ataupun dengan mazhab (kaedah0akedah) tokoh-tokoh hari ini yang diminatinya.Biasanya suka mengaitkan apa saja yang buruk dalam agama Islam dengan Syiah dan Ahbash walaupun kadang-kadang memang tiada sebarang kaitan.
Biasanya mereka menjisimkan Allah, ataupun ‘samar-samar’- antara menjisimkan dengan tidak, iaitu beraqidah syubhat.

KESUDAHANNYASelepas ini janganlah ada lagi ‘MADAH BERHELAH’ seperti:“Saya bukan Wahabi, Wahabi di Arab Saudi.”“Saya bukan Wahabi. Wahabi ialah para pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab.”“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak bermazhab. Padahal saya bermazhab, malah saya mengajar kitab fiqh Imam Syafie.”“Saya bukan Wahabi. Wahabi menolak Ikhwanul Muslimin termasuklah Qardhawi. Saya penyokong fiqh Qardhawi. Mana boleh saya dicop Wahabi.”“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak berjemaah padahal saya berada dalam IKRAM, ISMA, HALUAN, PAS atau lain-lain.”.”Kayu ukur kami bukannya belajar di Saudi, bukannya pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab, mengajar kitab mazhab Syafie, menyokong Qardhawi, ada jemaah ataupun lain-lain. Kayu ukur kami ialah SENARAI CIRI-CIRI WAHABI sebagaimana yang tertera di atas tadi. Jika seseorang itumemiliki banyak daripada ciri-ciri itu, maka itulah WAHABI YANG KAMI MAKSUDKAN, bukan yang lain.PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’Abu Zulfiqar23 DISEMBER 200713 ZULHJJAH 1428

(*Dikemaskini pada tahun 2013 untuk disesuaikan dengan situasi semasa. Hal-hal yang sudah dipadam bermaksud sudah tidak relevan lagi dan dikira terhapus (tidak menjadi hujah kita lagi), dan yang ditambah pula maksudnya bersifat semasa dan sedang terpakai. Wallahua'alam)

*Ada seorang hamba Allah menulis kepada saya : "Saya ada kebanyakan ciri-ciri di atas, tapi saya bukan Wahhabi." 
Punyalah tidak menyedari diri dan tidak mahu mengaku :)

* Ada pula yang berkata : "Saya ada 2-3 ciri sahaja, adakah saya Salafi Wahhabi?"
Kena semak dulu, 2-3 ciri tu memanglah sikit tapi kadang-kadang terkena ciri-ciri yang utama. Sekiranya ciri-ciri sampingan sahaja, tidaklah tergolong dalam golongan Salafi Wahhabi yang ditolak itu 







http://tajdidsebenar.blogspot.my/2008/01/kenali-salafi-wahabi-yang-ditolak-itu.html

No comments: