Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Monday, April 16, 2018

Doa dalam majlis bercampur maksiat

"Sesungguhnya Abu Hurairah ra. berkata :'Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :'Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain ada lima : mengembalikan salam, melawat orang sakit, melawat janaazah, menerima jemputan, dan bertasmit orang yang bersin (Yarhamuk Allah)" - [Hadith riwayat Al-Bukhaari #1164, Muslim #4022].
Akan tetapi, majlis-majlis yang dituntut ialah majlis yang tidak ada maksiat didalamnya. Kita akan bincangkan syaratnya didalam menjawab soalan no:3.
1. Do'a ialah satu ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu untuk memohon kebaikkan dari Allah swt. Do'a-do'a ini dibaca dengan harapan bahawa Allah swt akan menerima dan mengkabulkan do'anya. Syarat-syarat diterima d'oa ini ada banyak. Salah satu syaratnya ialah seseorang yang memohon itu tidak melakukan maksiat atau berada didalam suasana maksiat!
Do'a yang dibaca pada majlis maksiat, contohnya majlis tari-menari atau minum arak, merupakan adat sahaja. Do'a ini sangat jauh dari peluang untuk dikabulkan. Malah jika diperhalusi, ia seolah-olah mempersendakan ibadat do'a itu sendiri. Tidak perlu berdo'a jika ingin melakukan perkara maksiat. Allah sudah pasti akan mengazab mereka yang melakukan maksiat. Fungsi do'a tidak langsung berguna didalam majlis seperti ini. Jika do'a dilakukan kerana adat, ia tidak mendapat apa-apa ganjaran. Jika do'a dilakukan kerana ingin menunjuk-nunjuk, maka hukum berdo'a ini berdosa! Jika do'a dilakukan bagi memohon berkat kepada majlis maksiat ini, maka berdosa hukumnya. Akan tetapi, jika do'a mempunyai isi-kandungan yang MENGARUT atau mempunyai unsur-unsur tahayul, seperti memohon kepada Allah dan juga selain dari Allah, maka hukumnya adalah SYIRIK! Begitu juga jika do'a dibaca kerana mempersendakan hukum Allah (ibadat do'a), maka sesungguhnya dari segi aqidah, dia sudah terkeluar pada agama Islam, kerana DO'A bukanlah bahan sendaan!
Majlis maksiat bukanlah majlis ZIKRULLAH, walaupun ada do'a dipermulaannya. Nabi saw pernah memberi amaran mengenai majlis yang tidak berzikir kepada Allah swt, sabdanya :-

"Tidak duduk sesuatu kaum dimajlis yang tidak mengingati Allah atau berselawat keatas Nabi mereka, tetapi mereka akan menyesal, jika dikehendaki Allah akan mengazab mereka, dan jika dikehendaki Allah swt akan mengampunkan mereka" -[Hadith riwayat Tirmudzi, kata beliau bahawa hadith ini hadith hassan. Sheikh Al-Albani juga mengkelaskan hadith ini sebagai sahih didalam Sahih Al-Tirmudzi. 3/140].
Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :- Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah ra. berkata :

"Nabi bersabda : 'Kaum yang bangun dari majlis yang tidak mengingati Allah didalamnya, hanyalah mereka seolah-olah bangun dari bangkai keldai, akan menyebabkan penyesalan bagi mereka" - [Al-Nawawi didalam Riyaadh Al-Salihin #321 mengatakan ia sahih dan juga oleh Al-Albani].
2. Mengucap 'Amin' apabila do'a dikemundangkan merupakan proses membenarkan apa yang dipohon secara kolektif. Jika yang dipohon itu berunsur maksiat, maka berdosalah ia. Jika mengaminkan do'a Imam yang memohon selain dari Allah swt, didalam keadaan mereka mengetahuinya, maka hukumnya sama dengan yang membacanya, iaitu syirik, kerana ia membenarkan dan bersubhat dengan perkataan Imam. Jika mulut sahaja yang mengaminkan, tidak terlintas didalam hati, maka do'a itu hanyalah sia-sia sahaja. Maka termasuklah mereka itu didalam golongan yang rugi....mensia-siakan masa.
3. Sheikh Muhammad ibn Utsaimin didalam Al-Qaul Al-Mufeed telah memberi beberapa panduan mengenai menerima jemputan kesesuatu majlis, diantara syarat-syaratnya adalah :-
a. Tidak terdapat sesuatu yang mungkar ditempat diadakan majlis tersebut. Jika terdapat sesuatu yang mungkar dan ia dapat ditangani (kemungkaran dapat dihapuskan), maka adalah wajib menghadirinya berdasarkan dua alasan: menerima jemputan dan mengubah kemungkaran. Jika tidak berupaya mengubahnya maka adalah haram menghadirinya.
b. Orang yang menjemputnya tidaklah seseorang yang wajib atau sunat ditinggalkan (seperti mereka yang terang-terang melakukan dosa, dimana meninggalkannya kemungkinan bermunafaat kerana membawa kepada penyesalannya).
c. Orang yang menjemputnya mestilah seorang Islam. Jika ia bukan seorang Islam maka tidak wajib menerima jemputannya, kerana Nabi saw bersabda :"Hak seorang Islam keatas seorang Islam adalah lima...." (lihat hadith diatas).
d. Makanan yang dihidangkan adalah halal di makan.
e. Menerima jemputan tidaklah boleh membawa kepada melalaikan kewajiban (seperti meningalkan solat!), jika ia berlaku, maka adalah haram menerima jemputan tersebut.
f. Tidak menyusahkan bagi orang yang dijemput. Contohnya, jika dia perlu bermusafir atau meninggalkan keluarganya yang memerlukannya, dan sebagainya.
Tambahan ulama lain :
h. Jika jemputan tersebut berbentuk umum, mengajak semua orang hadir, maka tidaklah wajib menerima jemputan tersebut.
----------
Jika kita boleh mengubah kemungkaran, maka bolehlah kita menyertainya, dengan niat untuk menerima jemputan dan menghalang kemungkaran. Akan tetapi, jika kita tidak mampu mengubah keadaan maksiat tersebut, maka lebih elok tidak menyertainya (seperti point Ibn Utsaimin no: a).
Sepertimana didalam hadith yang terdapat didalam buku Hadith 40 karya Imam Nawawi, jika seseorang itu melihat kemungkaran hendaklah dia menegah dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah ditegah dengan lidah dan jika tidak mampu jika, maka tolaklah kemungkaran itu dengan hati. Begitulah prinsip Islam bilamana berhadapan dengan perkara-perkara mungkar atau maksiat. Sheikh Atiyah Saqr (seorang ulama besar Al-Azhar) memberi contohnya :-


"Duduk bersama kumpulan didalam sebuah party atau banquet, dan didalamnya orang sedang minum arak, atau melakukan apa-apa kemungkaran, wajib keatas nya mula-mula sekali melakukan perubahan didalam perbuatan tersebut atau berkata, dan jika ,mereka itu Islam, maka katakan bahawa arak adalah haram bagi mereka, dan jika mereka tidak berhenti, maka WAJIB BEREDAR dari majlis tersebut".
Menurut Sheikh Atiyah Saqr lagi :
"Ulama telah memutuskan bahawa wajib menjawab panggilan sesuatu walimah (wajib datang), melainkan jika terdapat kemungkaran, maka tidak wajib keatasnya mengembalikan jemputan, akan tetapi wajib ia meninggalkan [majlis] jika tidak mampu mengubah kemungkaran"
Didalam kitab Fiqh Al-Shafie, Kifaayah Al-Ikhyaar (2/6) membenarkan menghadiri majlis yang ada unsur kemungkaran didalamnya, kerana tidak mendengar akan kemungkaran darinya (tidak diketahui akan adanya perkara mungkar), bahkan ia wajib menolaknya didalam hati. Pegangan ini masih berada didalamhadith 40 Al-Nawawi (hadith no:34), iaitu menolak kemungkaran didalam hati, akan tetapi ini adalah serendah-rendah Iman! Yang baik ialah tidak menyertai majlis-majlis seperti ini. Wallahu'alam.
wassalam

Larangan duduk di majlis arak

1. Rasulullah ﷺ pernah mengingatkan para sahabat supaya menjauhi tempat yang dihidangkan arak. Sabda Rasulullah:
مَن كان يؤمن بالله واليوم الآخِر، فلا يقعُد على مائدةٍ يُشرب عليْها الخمْر
Maksudnya: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul, hendaklah dia menjauhi tempat yang dihidangkan minuman arak” (Riwayat Ahmad)
Hadis ini menggambarkan kepada kita bahawa tidak seharusnya bagi seorang Muslim berada di tempat yang terzahir perlakuan yang dilarang oleh Allah. Ini kerana keberadaan mereka ditempat tersebut seakan bersetuju dengan kemungkaran yang berlaku.
2. Dengan sebab itu Umar Abdul Aziz pernah mengarahkan satu kumpulan peminum arak untuk dihukum sebat. Tiba-tiba beliau dimaklumkan bahawa terdapat seorang lelaki yang berpuasa dikalangan kumpulan tersebut. Umar Abdul Aziz bertegas untuk turut mengenakan hukuman adab (hukuman lain) terhadap lelaki tersebut lalu berkata: “Kamu adalah sebahagian dari mereka”. (Tafsir al-Qurtubi, al-Nisa:140). Seolah tindakan lelaki yang berpuasa tadi untuk duduk bersama peminum arak dianggap sebagai salah kerana seakan reda dengan kemungkaran.
3. Imam Malik pernah ditanya berkenaan seorang lelaki yang dijemput ke satu majlis yang menghidangkan arak secara jelas. Apakah boleh dia menghadiri majlis tersebut? Imam Malik menjawab: Tidak! Kerana majlis tersebut telah menzahirkan (mempamerkan) kemungkaran yang jelas. (Ibn Battal, Sharh al-Bukhari).
4. Hadis larangan di atas diucapkan oleh Rasulullah kepada para sahabat sebagai arahan supaya menjauhi majlis yang dihidang arak. Sahabat Nabi adalah golongan yang dimuliakan Allah di dalam al-Quran. Sekalipun mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah dan Rasul, peringatan seperti ini tetap disampaikan Rasulullah kepada mereka.
Apakah iman kita pada hari ini lebih tinggi dari para sahabat sehingga kita memperlekeh nasihat yang diberikan berdasarkan hadis di atas?
Dr Ahmad Sanusi Azmi 
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM

1. Rasulullah ﷺ pernah mengingatkan para sahabat supaya menjauhi tempat yang dihidangkan arak. Sabda Rasulullah ﷺ:
مَن كان يؤمن بالله واليوم الآخِر، فلا يقعُد على مائدةٍ يُشرب عليْها الخمْر
Maksudnya: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul, hendaklah dia menjauhi tempat yang dihidangkan minuman arak” (Riwayat Ahmad)
Hadith ini menggambarkan kepada kita bahawa tidak seharusnya bagi seorang Muslim berada ditempat yang terzahir perlakuan yang dilarang oleh Allah. Ini kerana keberadaan mereka ditempat tersebut seakan bersetuju dengan kemunkaran yang berlaku.
2. Dengan sebab itu Umar Abdul Aziz pernah mengarahkan satu kumpulan peminum arak untuk dihukum sebat. Tiba-tiba beliau dimaklumkan bahawa terdapat seorang lelaki yang berpuasa dikalangan kumpulan tersebut. Umar Abdul Aziz bertegas untuk turut mengenakan hukuman adab (hukuman lain) terhadap lelaki tersebut lalu berkata: “Kamu adalah sebahagian dari mereka”. (Tafsir al-Qurtubi, al-Nisa:140). Seolah tindakan lelaki yang berpuasa tadi untuk duduk bersama peminum arak dianggap sebagai salah kerana seakan redha dengan kemunkaran.
3. Imam Malik pernah ditanya berkenaan seorang lelaki yang dijemput ke satu majlis yang menghidangkan arak secara jelas. Apakah boleh dia menghadiri majlis tersebut? Imam Malik menjawab: Tidak! Kerana majlis tersebut telah menzahirkan (mempamerkan) kemungkaran yang jelas. (Ibn Battal, Sharh al-Bukhari).
4. Hadith larangan di atas diucapkan oleh Rasulullah kepada para sahabat sebagai arahan supaya menjauhi majlis yang dihidang arak. Sahabat Nabi adalah golongan yang dimuliakan Allah di dalam al-Quran. Sekalipun mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah dan Rasul, peringatan seperti ini tetap disampaikan Rasulullah kepada mereka.
Apakah iman kita pada hari ini lebih tinggi dari para sahabat sehingga kita memperlekeh nasihat yang diberikan berdasarkan hadith di atas?
Dr Ahmad Sanusi Azmi
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)


No comments: