Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Saturday, June 13, 2020

Imam ibn Taymiyyah membolehkan zikir di atas menunjukkan wahhabi sebenarnya telah menyesatkan dan membidaahkan Ibnu Taimiyah sendiri

ZIKIR IBN TAIMIYYAH...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216978699200324&id=1251877796

Kata Imam Ibn Qayyim bahawa gurunya imam ibn Taimiyyah berkata : Sesiapa yang melazimi membaca (يا حي يا قيوم لا إله إلا أنت) setiap hari antara solat sunat fajar dan solat subuh 40 kali. Maka Allah sentiasa hidupkan hatinya (tidak mati hatinya) (Kitab Madarij AsSalikin, Ibn Qayyim 3/264)

Ibn Taimiyyah terkenal sangat tegas dalam masalah bid’ah dan amat dipegang oleh Pseudo Salafi Wahhabi. Kaedah biasa pseudo salafi wahhabi dalam menentukan bid’ah di kalangan mereka adalah seperti berikut :

1- Zikir di atas TIADA dalil pernah dibuat Nabi saw.
2- Menetapkan jumlah 40 kali
3- Menetapkan masa antara solat sunat dan solat fardu subuh.
4- Menetapkan ada kelebihan tertentu dari zikir tersebut.

Nampaknya kaedah pseudo salafi wahhabi sekarang jauh lebih keras dari ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim sendiri.

Bila Imam ibn Taymiyyah membolehkan zikir di atas menunjukkan wahhabi sebenarnya telah menyesatkan dan membidaahkan Ibnu Taimiyah sendiri.

CUKUPLAH INI JAWAPAN KITA KEPADA ORANG YANG MENGATAKAN ZIKIR, SELAWAT ANTARA SOLAT TERAWIH ADALAH BID’AH.

No comments: