Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, June 17, 2020

Ketahuilah bahawa zikir terbahagi kepada tiga bahagian

Pembahagian Zikir

Ketahuilah bahawa zikir terbahagi kepada tiga bahagian[1]:

Pertama: Nafi dan Ithbat (نفى وإثبات).

Pada perkataan kamu (لا اله إلاّ اللّه), maka padanya penafian yang batil disembah iaitu (لا اله) kemudian diithbatkan dengan yang berhak disembah iaitu perkataan  (إلاّ اللّه).

Kedua: Ithbat tanpa Nafi (إثبات بغير نفى ).

Iaitu nama Allah taala (اللّه), padanya Ithbat sesungguhnya Dialah wajib al-Wujud dan merupakan nama Allah yang paling agung di sisi kebanyakan ulamak. Oleh itu sebahagian daripada mereka berkata,

اسم إذا قرع القلوب تمايلت
   طربا وتمت بالنفى أسرارها

وإذا ابتدأت بذكره فى حضرة
   حضر السرور بها وطاب مزارها

Ketiga: Ithbat tanpa dinyatakan Nafi dan Ithbat (إثبات بغير تعرض لنفى ولا إثبات).

Ia merupakan zikir secara Isyari (ذكر الإشارة) dengan namaNya (هُوَ).

[1] Al-Syeikh Hasan Muhammad Said al-Shinawi, Kertas Kerja “Zikir Dalam Tarekat Tasawuf: Antara Sunnah dan Bid‘ah”, Seminar Antarabangsa Dakwah dan Tarekat Tasawuf, 17hb-19hb Ogos 2002, di Hotel Hilton Seremban, anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments: