Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, June 5, 2020

Sebenarnya salafi wahabi nak ikut siapa?

Sebenarnya kamu ikut apa ?

Sekejap kata ikut al Quran dan as Sunnah

Sekejap kata ikut al Quran dan Sunnah sahih

Kemudian mengaku ikut mazhab Hambali

Kemudian tukar lagi.. mengaku ikut siapa yang lebih kuat pandangan dah macam mujtahid tarjih.

Tapi rujukan sebenarnya Ibnu Taimiyyah,  Sheikh Soleh Fauzan, Albani, Ben Baz, Soleh Uthaimin

Kat Malaysia ni Maza, Rozaimi, Kamilin Jamilin, Salman Ali. Tak boleh usik tokoh-tokoh ni. Mereka saja yang ikut al Quran dan Sunnah.

Kadang-kadang terpaksa import seberang macam Firanda Andirja, Khalid Baslamah, Reza Baslamah, Yazid Abdul Qadir Jawas.

Rupanya dah bertaqlid dan fanatik buta. Bukanlah ikut al Quran dan Sunnah sahih juga.. terpaksa ikut individu yang difikirkan 'pakar' dalam sunnah sahih.

Jadi mengapa hasad kepada umat Islam yang mengikut dan melazimi mazhab as Syafie yang di dalamnya terdapat ramai ulamak muktabar seperti Imam an Nawawi, Imam Ibnu Hajar, Imam ar Ramlie, Imam As Suyuthi, Imam Izzuddin Abdissalam, Imam al Ghazali, Imam al Baihaqi dan ramai lagi ulamak yang memahami al Quran, as Sunnah , ijmak dan Qiyas,  menguasai disiplin ilmu dan diiktiraf keilmuannya seluruh dunia berbanding 'pakar' tempatan di atas ?

Halal bagi kamu, tapi untuk orang lain jadi haram dan bid'ah sesat masuk neraka pulak ! 😂

No comments: