Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Monday, June 1, 2020

MAQAM IMAM AL-NAWAWI DIBOM OLEH WAHHABI

AKIBAT MEMAHAMI AGAMA TANPA PANDUAN DARIPADA ULAMA : MAQAM IMAM AL-NAWAWI DIBOM OLEH WAHHABI

Wahhabi hanya memahami zohir Quran dan Hadis.. sehingga menentang Umat Islam yang kononnya melakukan bidaah atas dasar mahu menghalang amalan2 syirik dan khurafat.. Ma Syaa Allah.. Extremisme Agama… link youtube :

https://www.youtube.com/watch?v=wBs0Hma3dL8&feature=youtu.be&fbclid=IwAR3D54vaipiowgc_eu8r4ytJdCe7yF-Q9inx-_SnoRWFPn0dX4yQtD6z3Ko
==============================================
Biodata ringkas Imam al-Nawawi:

Nama sebenarnya ialah Zakaria Yahya bin Syaraf bin Muri al-Nawawi. Ayahnya Syaraf bin Muri merupakan seorang peniaga kedai di Nawa. Beliau meninggal pada 685H iaitu sembilan tahun selepas kewafatan anaknya Imam al-Nawawi pada usia 70 tahun. Imam al-Nawawi dilahirkan pada bulan Muharram pada tahun 631H. Beliau telah belajar membaca dan menghafal al-Quran di Nawa sebelum berpindah ke Damsyik ketika berusia 18 tahun pada tahun 649H.

Ketika di Damsyiq, beliau telah berjumpa dengan imam Masjid al-Umawi Syeikh Jamaluddin Abdul Kafi (689H) yang membawanya berjumpa Mufti Syam Tajuddin Abdul Rahman bin Ibrahim yang dikenali sebagai al-Farkah (690H). Imam al-Nawawi berguru dengannya. Setelah dua tahun berada di Damsyik, beliau pergi menunaikan haji bersama bapanya pada tahun 651H.

Beliau sangat gigih dalam menuntut ilmu dan tinggal di madrasah al-Ruwahiyah. Imam Al-Zahabi menceritakan tentang kegigihan al-Nawawi menuntut ilmu dengan menyebutkan : “dan dijadikan contoh dalam ketekunannya menuntut ilmu siang dan malam, dia tidak akan tidur kecuali memang sudah tidak dapat ditahan lagi, dia menyusun waktunya untuk belajar, menulis, mengkaji atau mendatangi para guru-gurunya.” Al-Badr bin Jama’ah (m.733H) menceritakan apabila ditanya mengenai tidur al-Nawawi.

Al-Nawawi seorang tokoh feqh Mazhab al-Syafie yang terkemuka. Beliau merupakan pemelihara mazhab, namanya disebut di seluruh pelusuk dunia dengan kealimannya mencapai tingkatan yang tinggi. Dia adalah Syeikhul mazhab dan Ashabul Syafie yakni penjaga mazhab al-Syafi’i. Keistemewaan al-Nawawi ialah di dalam dadanya terkumpul keluasan ilmu dalam bidang feqah dan hadith. Beliau telah meriwayatkan kitab-kitab hadith yang muktabar dengan sanad yang tinggi kepada para imam yang menulis kitab-kitab tersebut. Ibn Attar menyebutkan Imam al-Nawawi adalah seorang yang Hafiz dalam hadis Rasulullah s.a.w., memahami dengan pelbagai kategori daripada yang sahih, cacat, gharib  dan istinbat feqhnya.

Al-Dzahabi juga menyebutkan bahawa Imam al-Nawawi dengan mujahadah dirinya yang tinggi, mencorakkan segala perhatian kepada ketakwaan dan keimanan, membersihkan diri dari segala kotoran maka dia menjadi seorang hafiz dalam hadis dengan segala ilmu, rijal dan ilatnya. Dari segi aliran akidah, beliau merupakan al-Asy’ari. Imam al-Nawawi juga seorang ahli nahu dan bahasa dan mengarang buku yang berkaitan dalam bidang tersebut. Buku yang dikarang olehnya iaitu Tahrir al-Tanbih dan Tadhib al-Asma’ wa al-Lughah. Kedua-dua buku tersebut merupakan syarah terhadap lafaz-lafaz dalam kitab-kitab feqah yang besar dalam mazhab Syafie.

Ramai ulama memberikan sanjungan atas akhlak, karya-karya serta ilmunya. Dan al-Dzahabi menyebutkan al-Nawawi sebagai seorang yang mempunyai keluasan ilmu dalam bidang hadis, feqah, bahasa dan lain-lain. Beliau juga terkenal dengan kezuhudan dan kesolehannya dalam mencari keredaan Allah dan amat bersederhana dalam berpakaian, makanan dan berbelanja.

Antara kitab karangan Imam al-Nawawi:

1. Syarah  Muslim. Kitab ini ditulis pada tahun 674H iaitu dua tahun sebelum kematian. Dikatakan kitab ini merupakan kitab yang terakhir ditulisnya dan mempunyai 11 jilid.

2. Al-Rawdah al-Thalibin - Antara kitab feqah yang terkemuka dalam mazhab al-Syafie. Kitab ini merupakan ringkasan daripada kitab Syarah al-Kabir oleh Imam al-Rafie. Menurut Ibn Attar kitab ini ditulis pada 25 Ramadan tahun 666H dan siap pada 669H. kitab ini mempunyai 8 jilid.

3. Al-Minhaj - kitab ini merupakan kitab feqah yang banyak digunakan oleh para ulama dan penuntut ilmu. Kitab ini selesai ditulis pada 19 Ramadan tahun 669H.

4. Riyadh al-Salihin - kitab ini merupakan himpunan hadith-hadith nabi yang berkaitan dengan adab, akhlak, pembersihan jiwa. Al-Nawawi hanya menyebutkan hadith-hadith yang sahih sahaja.

5. Al-Azkar - kitab ini merupakan himpunan zikir, doa-doa dan amalan harian bagi setiap orang muslim siang dan malam. kitab ini diselesaikan penulisannya pada 667H,

6. Al-Tibyan fi adab Hamalah al-Quran - kitab ini berkaitan dengan adab-adab ketika berinteraksi denagan al-Quran.

7. Al-Tahrir fi al-faz al-Tanbih - kitab karangan al-Nawawi dalam bidang bahasa yang merangkumi penerangan kepada lafaz-lafaz dan istilah feqah.

8. Al-Idhah fi Manasik - kitab ini berkaitan dengan cara mengerjakan haji dan umrah - kitab ini juga telah disyarahkan oleh Imam Ali bin Abdullah bin Ahmad (m. 911H) dan diberi komentar oleh Ibn Hajar al-Haitami (m.974H)

9. Al-Irsyad wa al-Taqrib - kitab ini dalam bidang musthalah hadis dan ringkasan dari kitab al-Irsyad Ibn Salah. kitab ini disyarahkan pula oleh Imam al-Suyuti dalam kitabnya Tadrib al-Rawi.

10. Al-Arba‘in al-Nawawiyah - sebuah kitab kecil yang menghimpunkan 40 hadis yang diperlukan oleh setiap muslim. Dikatakan beliau tidak sempat mensyarahkan kitabnya ini kerana meninggal dunia.

11. Bustan al-‘Arifin – Karya tasawuf yang mempunyai banyak manfaat kerana di dalamnya menghuraikan mengenai kezuhudan, keikhlasan dan sifat menghindar daripada perkara dunia.

12. Manaqib al-Syafie - merupakan ringkasan daripada kitab al-Baihaqi yang mempunyai dua jilid dan al-Nawawi meringkaskannya menjadi satu jilid.

13. Al-Fatawa - dinamakan dengan al-Masa’il al-Manthurah. Himpunan fatwa yang dihimpunkan oleh muridnya Alauddin ibn al-Attar.

14. Al-Adab al-Mufti wa al-Mustafti - Karya mengenai etika mufti dan syarat-syarat fatwa.

15. Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab - Kitab ini merupakan kitab feqah yang terkemuka dalam mazhab al-Syafie dan ia merupakan syarah kitab al-Muhazzab karangan Imam Abi Ishaq al-Syairazi. Imam al-Nawawi menyiapkannnya sehingga bab riba yang mengandungi sembilan jilid kemudian disambung oleh Taqiuddin al-Subki dalam tiga jilid. Kitab ini disiapkan syarahnya oleh Syeikh al-Muti’i, Mufti Mesir.

16. Tadzib al-Asma’ wa al-Lughah - Karya mengenai bahasa dan pengunaan istilah yang tepat. Buku ini tidak sempat disiapkan kerana dia telah meninggal dunia tetapi meninggalkannya sebahagian besar daripada penulisannya.

Mmang betul, aku percaya,,,,di dalam kitab A b a w  fatwa wahabi ada mnceritakan aswaja dn kubuuriyuun,,,halal darah dn syirik,halal harta,wajib diperangi.
Ddalam tafsir haasiah sowi ada mnyebutkan wahhabi adalah jelmaan khawarij. Sepakat ulama aswaja mngatakan  syiah dn wahhabi adalah seperti tahi unta yg dbelah dua,,,yg sebelah syiah yg sebelah lagi wahhabi.
Org mukmin kena jauhkan drpd wahhabi tanduk syaitan.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=916881538785397&id=100013906770144

No comments: