Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, June 10, 2020

Syeikh Nuh Kubur Panjang

Syeikh Nuh Kubur Panjang ( 1927 - 2007 )

Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Nuh Bin Haji Jaafar dan beliau berasal dari Kubur Panjang, Pendang, Kedah. Dilahirkan pada 26 Julai 1927.

Mula menuntut ilmu di Pondok Pokok Sena, Pulau Pinang dibawah asuhan Tuan Guru Haji Ahmad Bin Tuan Hussien Kedah al-Banjari. Seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya ke Mekah. Diantara gurunya di Mekah ialah Pak Da Eil.

Selepas selesai menuntut ilmu, Syeikh Nuh pulang ke tanah air dan berkahwin dengan anak perempuan Syeikh Hussien Masri Kubur Panjang. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai guru di madrasah milik mertuanya selama beberapa tahun.

Selepas beberapa tahun, Syeikh Nuh berpindah ke Guar Kepayang, Pendang dan mengajar di kawasan sekitar.

Beliau meningal dunia pada bulan Februari 2007 dan dimakamkan di Masjid Perupok, Kubor Panjang berhampiran dengan makam Tok Moris.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

*Sumber - Bual bicara dengan Tuan Guru Haji Lah Bukit Lada & maklumat dari Ahmad Naufal

#KenaliUlamak

No comments: