Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Monday, February 11, 2013

Beza antara tafwidh (تفويض ) Salafus soleh dan wahabi


Beza antara tafwidh (تفويض ) Salafus soleh dan wahabi..

http://menjejakharapan.blogspot.com/2010/05/beza-tafwidh-salafus-soleh-dan-salafi.html

Assalamualaikum semua....

Penulis teruskan perjuangan penulis dalam menghadapi golongan wahabi ini. Kali ini penulis menulis berkenaan tafwidh pula. Sebelum itu sukalah untuk penulis menyatakan perbezaan Salaf dan Khalaf.

Golongan Salaf atau Salafus soleh ini ialah mereka dari kalangan ulamak yang hidup sebelum berakhirnya kurun ke 3 hijrah. Mudah fahamnya mereka ini ialah golongan Sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in, imam2 4 mazhab dan ulamak2 besar dari mazhab2 mereka. Dan golongan Khalaf pula ialah mereka dari kalangan ulamak selepas kurun ke 3 hijrah. Selesai penakrifan ringkas tentang 2 golongan ini.

Penulis pernah berdebat dengan seorang aktivis wahabi yang tegar suatu ketika dahulu. Dia berkeras dengan mengatakan ayat al quran dilarang untuk ditakwilkan(menterjemahkan perkataan yang mutasyabihat dan terjemahan itu layak untuk Allah tanpa menyabitkan sesuatu yang menyerupai Allah dengan makhluk). Dan dia menyambung lagi bahawa tiada ayat al quran yang mutasyabihat(yang kesamaran maksudnya atau yang menyerupai sifat Allah dengan makhluk).

Dia katakan bahawa salah jika cuba2 mentakwilkan ayat al quran. Baginya, jika ulamak menakwil ayat al quran, maka ulamak itu seperti telah mengubah makna ayat Allah taala. Sungguh dangkal tuduhan wahabi tegar itu. Dia mengatakan,

"Lihat pada zaman sahabat dan salafus soleh dahulu. Mereka tidak mentakwilkan ayat al quran. Sedangkan mereka lebih hampir dengan Nabi. Jadi kita lebih layak mengikut mereka(Salaf) daripada mengikut khalaf yang telah mentakwil sesuka hati ayat Allah..."

Dia sambung lagi..

"Kami tak takwil ayat al quran seperti wajah Allah, tangan Allah dengan makna lain. Kami tetap katakan dengan maksud sebenar iaitu wajah Allah, tangan Allah.. Tapi wajah, tangan Allah itu tak sama dengan makhluk.... Tapi ulamak hampa suka2 hati takwil kenapa? Adakah ulamak2 hampa itu lebih baik dari salafus soleh yang lagi hampir dengan Nabi itu?"

Penuh yakin bicaranya itu. Tapi sebenarnya menunjukkan betapa jahilnya dia dalam menaqalkan ilmu. Kita akui bahawa salafus soleh ialah mereka yang hampir dengan Nabi. Dan sememangnya golongan salaf tidak takwil ayat yang mutasyabihat. Jika mereka ditanya tentang ayat yang ada kesamaran maknanya seperti wajah Allah, tangan Allah, mereka tidak terjemahkan makna tersebut. Tetapi terus menyerahkan(tafwidh) makna sebenar kepada Allah. Mereka menjawab 'hanya Allah taala saja yang tahu maksudnya'. Inilah yang dikatakan sebagai tafwidh golongan salaf. Bukan seperti tafwidh wahabi zaman sekarang ini!

Wahabi sekarang ini mengatakan mereka ikut golongan salaf dengan tidak mentakwilkan ayat al quran. Tapi untuk pengetahuan semua, ketika penulis berdebat dengan wahabi tegar itu. Dia mengatakan, 

" Wajah Allah, tangan Allah itu adalah tangan dan wajah Allah lah. Tapi tak sama dengan makhluk. Jangan persoalkan bagaimana rupanya." 

Inikah tafwidh ikut salafus soleh? Cuba kawan2 semua perhatikan tafwidh wahabi dengan salafus soleh... Golongan salafus soleh menyerahkan(tafwidh) makna wajah atau tangan itu kepada Allah. Hanya Allah saja yang tahu makna sebenar ayat itu. Berbeza pula denga wahabi. Mereka tak takwil ayat mutasyabihat itu, tapi mengatakan wajah Allah dan tangan Allah itu ada pada Allah, tapi tak sama dengan makhluk..

Berbeza tak dengan tafwidh salafus soleh? Kenapa wahabi mengatakan Allah taala juga ada tangan dan muka tapi tak sama dengan makhluk. Kenapa wahabi menjisimkan Allah talaa dengan adanya tangan dan muka yang tak sama dengan makhluk? Tahukah kita bahawa makna zohir muka itu ialah sesuatu dari jawarih (anggota manusia seperti tangan, kaki dan sebagainya) Kalau betul2 ingin menyerahkan makna sebenarnya kepada Allah, serahlah betul2.. Kenapa menyabitkan tangan dan muka juga pada Allah? Jika orang tanya kita apa maksud wajah dan tangan Allah itu? Jawab saja 'hanya Allah saja yang tahu makna sebenarnya'. Begitukan mudah. Itu baru ikut tafwidh salafus soleh. Tapi wahabi konon2nya tafwidh juga lah.. Mereka ingat kita bodoh, mudah tertipu dengan dakwaan mereka itu? Budak2 pun boleh lihat bahawa wahabi menjisimkan Allah taala. Bahasa mudahnya mereka inilah puak mujassimah!

Berkenaan dengan wahabi tegar itu yang mengatakan tak ada ayat mutasyabihat. Penulis ingin tekan di sini. Dalil mudah untuk mengatakan adanya ayat mutasyabihat di zaman salafus soleh lagi ialah bila salafus soleh tidak berani meletakan makna sebenarnya. Sebab itu mereka serahkan makna hakikat pada Allah taala saja. Bukankah ini menunjukkan bahawa adanya ayat mutasyabihat? Kalau tak ada ayat mutasyabihat ini, maka para salafus soleh tak ragu2 lagi untuk letakkan maknanya. Tapi mereka tak berani lantas menyerahkan makna sebenarnya pada Allah. Kalau semuanya ayat al quran ini muhkamat seperti dakwaan wahabi tegar itu, kenapa para salafus soleh tak terjemahkan ayat 'wajah dan tangan Allah' itu? Yala kan. Kalau dah dia kata semua ayat al quran muhkamat, tak jadi masalah lah bagi salafus soleh nak terjemahkannya. Tapi kenapa salafus soleh tak terjemahkan maknanya dan hanya serahkan saja pada Allah taala makna sebenarnya? Inilah tandanya bahwa adanya ayat mutasyabihat. Itu pun masih tak faham2 lagi kah wahai puak wahabi semua??

Fahaman yang dibawa oleh wahabi ini cukup2 bahaya bagi masyarakat kita terutamanya. Sebagai ahlus sunnah wal jamaah, kita tidak mengi'tiqodkan bahawa Allah ada tangan, muka dan sebagainya. Ini kerana semua itu(muka, tangan) sama dengan makhluk. Sedangkan Allah taala telah berfirman,

ليس كمثله شيء
“ Tidak ada yang seumpama denganNya (Allah) sesuatupun”

Sebab itu ahlus sunnah wal jamaah mentakwilkan ayat yang memberikan kesamaran maksudnya kepada manusia apatah lagi orang2 awam macam kita ini? Contoh ayat yang kesamaran maksudnya di dalam al quran,

كل من عليها فان ويبقى وجه ربك ذو الجلال والاكرام
“Semua yang ada di atas dunia akan binasa dan yang kekal wajahTuhan kamu yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan”

Jika orang kampung yang membaca al quran yang ada tafsir di sebelahnya terjumpa ayat ini. Dia pasti akan tertanya2. Allah ada muka kah? Sebab berdasarkan terjemahan al quran itu sendiri mengatakan Allah ada wajah. Maka ketika inilah penakwilan wajib dilakukan untuk mengelakkan fitnah yang lebih besar iaitu menyabitkan Allah ada muka. Bukankah sesat jika menganggap bahwa Allah ada muka? Itu maknanya menjisimkan Allah taala.

Bayangkan jika orang kampung itu jumpa ustaz wahabi dan ditanyakan tentang terjemahan ayat itu. Ustaz wahabi akan jawab,

" Wajah di sini maksudnya wajahlah. Tapi tak sama dengan makhluk. Jangan dipersoalkan bagaimana bentuknya.." jawapan yang sama dengan wahabi tegar yang berdebat dengan penulis dulu.

Adakah itu jawapan yang akan memuaskan hati orang yang bertanya itu? Dia akan memikir. Bagaimana muka yang tak sama dengan makhluk tu? Muka ikan tak sama dengan semut. Muka semut pula tak sama dengan gajah. Muka gajah pula tak sama dengan manusia. Tak sama bagaimanakah itu? Sentiasa bermain2 di benak orang kampung itu. Allah ada muka, tapi tak sama dengan makhluk. Macamana itu?

Kenapa isbatkan muka juga pada Allah? Jika puak wahabi tak mahu takwil ayat itu, ikutlah cara salaf yang sebenar. Bukan isbatkan muka juga pada Allah. Kita boleh jawab ikut cara salaf iaitu maksud muka itu hanya Allah saja yang tahu maksud sebenarnya. Kita hanya serahkan(tafwidh) saja maknanya pada Allah. Wallahu a'lam.

Ataupun kita jawab cara khalaf yang mentakwilkan makna wajah itu dengan maksud zat. Layak tak untuk kita takwilkan makna muka itu dengan maksud zat Allah taala? Sudah semestinya layak. Layak untuk kita katakan bahawa yang lain akan lenyap kecuali zat Allah sahaja yang kekal... Kalau wahabi kata muka Allah yang tak sama dengan makhluk itu kekal, mana pergi pula tangan Allah? Kaki? Mata? Takkan yang kekal hanya mukaNya saja?

Penulis memberi amaran kepada puak wahabi. Kalau tak mahu takwil ayat yang mutasyabihat, ikut cara salafus soleh dengan menyerahkan 100% maknanya pada Allah. Kalau nak takwil, ikut cara khalaf iaitu takwil kepada makna yang layak bagi Allah taala. Bukannya dengan mengisbatkan muka, tangan, mata atau segala bentuk jawarih yang lain kepada Allah taala. Allah taala suci cari semua jawarih itu! Memanglah kamu(puak wahabi) mengatakan muka yang tak sama dengan makhluk, tapi kamu tetap isbatkan bentuk2 jawarih itu pada Allah taala! Mana boleh menjisimkan Allah taala. Kamu marah bila kami kata kamu ini puak mujassimah. Nak marah kenapa? Memang hampa puak mujassimah pon! Kalau dah kata Allah berjisim, apa lagi hukumnya?

Sebab itu kita kena belajar tauhid cara ahlus sunnah wal jamaah iaitu mazhab Al 'Asyairah dan Al Maturidiah. Baru kita kenal Allah taala. Kalau belajar tauhid cara wahabi, zat Allah taala itu kita jisimkan lah.. Nau'zubillahi min zalik.

Penulis masih ingat lagi ketika penulis belajar kitab Taqribul ikhwan, tok guru penulis menyebut,

"Puak wahabi tu dok ngaku kata ikut mazhab salaf. Bukan mazhab salaf tuu.. Tu mazhab SALAH!(merujuk kepada wahabi yang mengaku ikut salaf)"

Sekali lagi penulis ingin tegaskan kepada puak wahabi di Malaysia terutamanya. Kalau nak ikut salafus soleh, ikut betul2. Bukan hanya sekadar guna nama salafi saja. Kalau nak tafwidh, tafwidh betul2 ikut cara salafus soleh. Kalau nak takwil, takwil ikut cara khalaf. Jangan sesekali mengisbatkan apa jua bentuk jawarih kepada Allah taala!

Untuk pengetahuan semua, ketika penulis berdebat dengan aktivis wahabi tegar itu, dia bertanyakan penulis belajar di mana. Tak sangka dia akan tanya penulis begitu. Asalnya penulis tak mahu tanya tentang pengajian. Sebab penulis tak suka pertikaikan kelulusan seseorang. Tapi oleh kerana dia yang mula dulu. Penulis jawab dan tanya dia balik. Penulis katakan padanya, penulis belajar di Universiti Al Azhar cawangan Mansurah. Kuliah Usuluddin tahun 2. Bila penulis tanya dia balik, belajar di mana? Dia kata, dia kelulusan akauntan..... Wassalam..



Rujukan : Kitab تهذيب علم الكلام بشرح الباجورى
Kitab تقريب الاءخوان

No comments: