Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, February 7, 2013

Fatwa al Allamah Syeikh Ali Jumaah Tentang Keislaman Ibu bapa Nabi

Dewasa ini kita banyak dikejutkan dengan tsunami aqidah yang semakin 
berleluasa sehingga telah berjaya merobekkan dinding-dinding pertahanan Iman dan
kesatuan masyarakat kita yang tercinta. Antara fitnah ilmiyah terbaru yang cuba
dicetuskan golongan ini yang popular dengan gelaran 'wahabi' adalah dengan
mendakwa kononnya ibu bapa Nabi kita  adalah kafir dan akan  diazab di akhirat kelak.
Saya al haqir sebenarnya amat bersedih kerana orang yang mendirikan
propaganda ini tidak lain adalah orang yang terkenal dan dahulunya dipercayai
ketelusannya dalam bidang ilmu. Malangnya mereka termasuk di dalam golongan yang
terkesan dengan fahaman wahabi ini yang menyalahi jumhur majoriti ulama' lantaran
tafsiran mereka tarhadap Al Quran dengan megikut hawa nafsu, tidak dengan kupasan
ulama'. Yang lebih dikhuatiri bagi saya ialah para pendakwa ini merupakan pensyarah
dan pegawai institusi kerajaan yang mungkin akan mempengaruhi lebih ramai anak
belia dan para pelajar yang kemudian hari hanya tahu mengkafir dan merendahkan
kedudukan orang-orang yang mempunyai kedudukan disisi Allah dan RasulNya.
Bagaimanakah mereka berkata mahu membebaskan Palestin, Selatan Thai serta
negara-negara Islam lain yang masih dijajah kini, tetapi mulut mereka terlalu busuk
menghina kekasih-kekasih Tuhan dan menyakiti RasulNya dengan tkalam dan tulisan-
tulisan mereka. Bagai manakah akan datangnya pertolongan Allah jika begini
usahanya?! Bagaimana?!

Terpaksa saya lontarkan nama pendakwa disini, moga-moga orang-orang jahil
seperti saya ini dapat mengetahui individu-individu yang benar-benar membawa
Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah atau hanya pendakwa semata-mata; bagi menjaga
iman yang soheh dan benar berteraskan fahaman salafus soleh, bukan pendapat
individu tertentu sahaja. Mereka yang disebut sebentar tadi ialah Ust. Farid Ravi,
pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabnagsa Selangor (KUiS)
Moga-moga Allah membuka bagi kita pinta hidayah dan taufiq. Ya Allah
selamtkanlah dan jagailah iman kami dari kesesatan!


1) Ayat Al Quran
Firman Allah Taala :


Dikeluarkan oleh Ibnu Sa’ad di dalam Tobaqat al Kubra, dikeluarkan juga
oleh al Bazzar, al Tabrani dan Abu Nu’aim di dalam Dalail al Nubuwwah,
daripada Ibnu Abbas RA berkata:

“Dan (keturunan Rasulullah itu adalah keturunan) dari seorang Nabi kepada
seorang Nabi yang lain, kemudian kepada seorang Nabi sehinggalah
dilahirkan Rasulullah SAW sebagai seorang Nabi.”

Ibnu Abbas RA mentafsirkan firman Allah ini sebagai perpindahan benih
daripada sulbi seorang Nabi ke sulbi Nabi seterusnya ke dalam sulbi dari
kalangan para sajidiin (yang sujud dan beriman kepada Allah).

Maka dapatlah diketahui bahawa Rasulullah SAW dilahirkan
daripada benih insan-insan yang beriman dan mendirikan solat dari kalangan
zuriat Nabi Ibrahim AS.

Dalil ini juga telah dipakai oleh Imam Baijuri di dalam Hasyiah, pada
menyatakan keimanan ayahanda dan bonda serta seluruh nenek-moyang
Rasulullah 

2) Hadith
Diriwayatkan dari Watsilah ibn al Asqa’ bahawa Rasulullah bersabda :


‘‘ Sesungguhnya Allah Taala telah memilih Nabi Ismail di antara kalangan
anak-anak Nabi Ibrahim, Allah telah memilih Bani Kinanah di antara anak-
anak Nabi Ismail, Allah Taala telah memilih kaum Quraisy dari kalangan
Bani Kinanah, Allah Taala telah memilih Bani Hasyim di antara kaum
Quraisy, dan Allah Taala telah memilih daku dari kalangan Bani Hasyim.’’
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya Juz 4 m/s 107, Imam Muslim dalam
Sohehnya juz 4 m/s 17-82


Diriwayatkan daripada bapa saudara Nabi iaitu al Abbas, beliau berkata,
Rasulullah bersabda :
 

‘‘Sesungguhnya Allah telah menciptakan segala makhluk ini, dan Dia menciptakan daku daripada yang terlebih baik di antara segala makhluk, dan daripada sebaik-baik kurun mereka, Kemudian Allah memilih kabilah-kabilah dan dijadikan daku
daripada sebaik-baik kabilah. Kemudian Allah Taala memilih rumah-rumah maka dijadikan daku dari sebaik-baik rumah mereka. Maka aku adalah sebaik-baik jiwa dari kalangan mereka dan sebaik-baik rumah dari kalangan mereka.’’
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya, juz4 m/s165 dan Imam Tirmizi dalam Sunannya, juz5 m/s 584.

Rasulullah telah menyifatkan keturunan Baginda itu dengan ‘yang suci’ dan ‘yang baik,’ dan kedua-dua sifat ini menafikan sama sekali sifat kufur dan syirik; sebagaimana firman Allah Taala ketika menyifatkan orang-orang musyrikin :
…………………..
Diambil sepenuhnya dari fatwa Mufti Mesir al Allamah Dr Ali Jumah (moga-moga
Allah merahmatinya) di dalam kitabnya al Bayan al Qawim Litashih Ba'dhi al
Mafahim 

No comments: