Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, February 27, 2013

Penjelasan_Ikhtiari_dan_Idhtirari

Bismillah 

Penjelasan Ikhtiari dan Idhtirari

Gerak hati ada 2 bentuk :

i) Idhtirari - Gerak rasa atau cetusan rasa atau disebut juga 'khatir' (lintasan perasaan) yang datang secara tiba2 tanpa diusahakan dengan kemahuan.

ii) Ikhtiari - Gerak rasa atau cetusan rasa yang terbit dari kemahuan diri atau kehendak diri.


Dalam syarak, perasaan atau dorongan nafsu kejahatan yang datang secara tiba2, bukan atas kemahuan diri, iaitu dorongan yang bersifat “Idhtirari” dimaafkan. Kerana ianya diluar kawalan seseorang. Seperti perasaan marah, benci, dendam, ria’, takabbur, cinta dunia, cinta berahi kepada lelaki/wanita ajnabi dan lain-lainnya.

Tetapi…..

Apabila ini berlaku (cetusan rasa hati yang mendorong kepada kejahatan atau menyebabkan kelalaian), maka wajib cepat2 istighfar dan kembalikan perasaan hati kepada kesucian hati dan Tauhid kepada Allah. Kerana gerak rasa kejahatan adalah bisikan nafsu dan Iblis. Maka wajib dijauhkannya daripada menguasai hati. Jika dia dapat berbuat demikian maka selamatlah hati dia daripada terjatuhn kedalam kejahatan bisikan nafsu dan syiatan.

Sebaliknya apabila seseorang yang didatangi gerak rasa kejahatan yg bersifat 'idhtirari' tidak berusaha membuangnya, sebaliknya melanjutkan/melayan rasa hati tersebut dengan berkhayal, merupa-rupakan perlakuan jahat, keji dsb. serta mengekali kelalaian hati maka masuklah ia kepada daerah "ikhtiari".

"Ikhtiari" adalah hal yang diusahakan dengan kemahuan diri, keinginan diri dan perlakuan tersebut berada didalam kemampuan dan usaha ikhtiarnya. Maka perlakuan seperti ini iaitu melanjutkan gerak hati kejahatan/ kekejian/kelalaian ini dengan adalah haram.

Kita bawa beberapa contoh :

Contoh 1 : Sifat Ria’

Sifat ria’ dalam amal (suka menunjuk2 atau keinginan untuk menunjuk-nunjuk) adalah perkara lumrah yang berlaku kepada orang2 Islam terutama mereka2 yang sangat rajin beribadat.

Asalnya ia Cuma lintasan perasaan, iaitu gerak rasa yang datang secara tiba2 (idhtirari). Maka ini di maafkan kerana ianya diluar kawalan seseorang. Tapi wajib hentikan perasaan tersebut pada ketika itu juga dan istighfar serta kembalikan hati kepada kesucian Tauhid.

Sebaliknya apabila dia melayani perasaan tersebut, melanjutkan lagi perasaan ria’ tersebut (ikhtiari) maka jatuh kepada syirik khafi yang merosakkan amal dan ibadah.



Contoh 2 : Perasaan marah.!

Dalam kehidupan harian adakalanya kita didatangi perasaan marah kepada seseorang atau pada sesuatu. Perasaan ini datang dengan dengan tiba2 tanpa disedari. Maka perasaan ini hasil dari gerak rasa, “idhtirari”.

Seseorang yang didatangi perasaan marah ini wajib segera menghentikan sifat marahnya dengan membaca ‘ta’awwudz’ atau segera berwudhu. Maka perasaan marah tadi dimaafkan kerana bersifat diluar kawalannya atas sifat kemanusiaannya.

Sebaliknya seseorang yang enggan berbuat demikian sebaliknya melanjutkan perasaan marah itu, maka jatuh haram dan berdosa kerana ‘melanjutkan perasaan marah’ adalah bersifat “ikhtiari” atas daya upaya nya yang boleh dihentikan. Mengapa berdosa? Kerana dia membiarkan syiatan munguasai hatinya sedangkan Allah memerintahkan untuk melawan pengaruh dan tipudaya syaitan.


Demikian halnya semua gerak hati yang dikeji pada syara' wajib dihentikan /diperangi seperti sifat marah, benci, dendam, takabbur, ujub dll



Wallahu A'lam

Oleh Pak Arab-www.Halaqah.net

No comments: