Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, February 8, 2013

Tatacara sesiapa yg ingin menjadi ahli Sufi

Saya bagi sedikit tatacara sesiapa yg ingin menjadi ahli Sufi 

Jalan jalannya begini : 


A Ilmu Tauhid (sekadar fardu 'ain) 

i ) pelajari ilmu tauhid untuk mentahtiqkan aqidah. Supaya terjauh dari shirik Besar. 

ii) mengenal Siapa Tuhan yg disembah dengan sebenar benar kenal 

iii) supaya tenang hati kerana dengan mengenal Allah maka tenteram hati kerana kita tahu siapa diri kita (Hamba) 

iv) Supaya tidak tergelincir Aqidah / pegangan 

v ) Apabila sudah tahqiq aqidah, maka segala gerak geri hamba tidak akan lari dari suruhan dan tegahan Tuan Nya (Allah) 


B Ilmu Feqah (sekadar fardu 'ain) 

i ) Tujuan untuk mengesahkan ibadah, kerana beramal tanpa ilmu tidak diterima Allah ibadat seseorang. Bila Ibadat Tidak diterima, sia sia hidupnya dan tak mungking dapat pergi jauh lagi ke jalan Allah 

ii) Untuk mengelakkan daripada berbuat ibadah yg tidak diajar Oleh Allah dan Rasul. 

iii) Mengenal yg mana Sunnah dan yg mana bukan Sunnah 

iv Mengenal haram halal , Sunat , Makruuh dan harus 

C - Belajar Ilmu Tasauf 


1 ) Peringkat Pertama dinamakan Murid (Tasauf ) 

Benda benda yg nak kena belajar 

i ) Mengenal sifat Terpuji dan Tercela (Mahmuudah / Mazmuumah) 
ii) Mempelajari kelebihan kelebihan Ibadat Sunat 
iii) Mempelajari Selok belok bagaimana menjalani jalan Sufi 

Bila dah faham dan tau selok belok semua di atas barulah murid tadi masuk ke peringkat Saalik. 

Peringkat Saalik ini masih tak dinamakan Ahli sufi lagi. 

2 ) Saalik 

i ) Saalik ialah murid yg dah faham 3 perkara di atas. Mereka mula mendapat Ijazah ataupun amalan amalan seperti berzikir, Solawat dan Membaca Alquran. Selalunya zikir ialah Laa ilaa ha Illallah akan diijazahkan. Murid dikehendaki berzikir 12 ribu kali sehari. Solawat Seribu Kali dan membaca Al Quran sekurang kurangnya 1 Juz sehari. 

ii) Puasa Sunat Pada Hari Hari tertentu mengikut Sunnah Rasul 

iii) Tahajjud diwajibkan setiap murid 

iv) Murid diminta kurangkan bercakap kosong. Lebihkan Zikir, tasbih. solawat 

v) Bermujahaadah melawan Nafsu Ammarah sedaya mungkin 

vi) Murid murid akan dipantau oleh Guru mereka Mursyid. 


Dalam masa saalik inilah murid akan mendapat Waarid. Waarid berbeza pada setiap murid. 

**** peringatan ===> proses ini sangat mengambil masa. Ada setengah 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun hingga 40 tahun !!!!! 

jangan terpedaya dengan kata kata sesetengah orang, mereka berzikir 2 hingga 3 bulan mereka dah naik pangkat. Ada sesetengah mendakwa menjadi Wali atau maqam yg tinggi. 
Itu semua pembohongan. Golongan inilah yg telah menyebabkan Fitnah berlaku zaman berzaman 

Murid MESTILAH DENGAN BIMBINGAN GURU MURSYID . Tak harus murid mufaraqah dengan gurunya. Ini sangat bahaya ! 

Peringkat ini terbuka FITNAH (Ujian) YG BESAR DI DALAMNYA. Sebab itu tak dapat tidak Guru mesti membimbing mereka 

Apabila Murid tadi telah bersih Hatinya dari sifat tercela, Tahqiq dan jernih tauhidnya barulah ia dinamakan AHLI SUFI.....

No comments: