IBN TAIMIYYAH : QADIM SELAIN ALLAH
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن واله.
أما بعد؛
1. Di antara akidah Ibn Taimiyyah رحمه الله تعالى yang menyalahi akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah ialah pada masalah menetapkan makhluk bersifat qadim (tidak ada permulaan bagi adanya) selain daripada Allah.
2. Kepada yang menguasai bahasa arab boleh membacanya di sini https://app.box.com/s/dxh8ndq66yxv9v81luwo419pq7qiv873
3. Risalah ini telah ditahqiq dan disyarah ibaratnya oleh Sheikh Said Abdul Latif Foudah حفظه الله pakar rujuk akidah pada masa kini.
4. Risalah ini ditulis oleh as-Sheikh al-Imam al-'Allamah az-Zahid Bahauddin Abdul Wahhab bin Abdul Rahman al-Ikhmimi As-Syafie al-Masri (700-764) رحمه الله تعالى. Biodata lengkap Imam al-Ikhmimi ada di dalam kitab ini.
5. Akidah yang sebenar ialah tidak ada yang bersifat qadim zaati selain daripada Allah Ta'ala kerana secara jelas Allah menyatakan ;
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ
"Dialah (Allah) yang tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran" (al-Hadid : 3)
اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ
"Allah pencipta bagi setiap sesuatu"
Tanbihun! Jika Allah yang menciptakan setiap sesuatu maka sudah pasti selain daripada Allah adalah makhluk yang bermula dengan tiada (ada permulaan kewujudan) maka terbatalah pandangan Ibn Taimiyyah yang mengatakan ada selain Allah bersifat qadim zaati (tiada permulaan kewujudannya).
6. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam doa Baginda ;
أنت الأول فليس قبلك شيء، وأنت الآخر فليس بعدك شيء
"Engkaulah yang awal maka tidak ada yang mendahului Engkau sesuatupun dan Engkaulah yang akhir maka tidak ada selepas Engkau sesuatupun". (Riwayat Imam Muslim)
7. Sebelum ini saya pernah menulis dan membawa rujukan daripada kitab Ibn Taimiyyah sendiri berkaitan dengan hal ini. Boleh rujuk untuk memahami isu ini.
8. Kita sayangkan Ibn Taimiyyah tetapi kebenaran lebih kita cintai. Tiada yang maksum melainkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Semoga Allah memelihara kita daripada akidah yang menyalahi akidah Al-Quran dan As-Sunnah.
Yang benar,
Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Akidah dan Falsafah
Universiti Al-Azhar Mesir
15.8.2016 Miri Sarawak.
https://m.facebook.com/ustazalamindaud/photos/a.421430861364745.1073741829.396124723895359/608127972695032/?type=3
No comments:
Post a Comment