Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, August 16, 2016

Kenapa wahabi wajib dibenteras ?

Apabila disebut sahaja WAHABI, ramai di antara kita kurang senang dan menganggap isu WAHABI ini hanya persoalan furu' atau khilafiyah seperti tidak bertahlil, berqunut, membaca ussholi, berzikir lepas solat dan sebagainya.Malah ada di antara mereka yang seolah-olah tidak suka kepada fahaman WAHABI tetapi masih juga menyanjung-nyanjung tokoh-tokoh WAHABI sebagai pendukung sunnah. 



Ada juga yang hanya mendiamkan diri bila isu WAHABI dilontarkan dan menganggap pembongkaran kesesatan WAHABI tidak sepatutnya dilakukan.Maksudnya biarkan sahaja kerana itu fahaman mereka, kenapa kita nak sibuk-sibuk!!!Tidak kurang juga di kalangan ustaz-ustaz yang menganggap isu WAHABI ini tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya melibatkan beberapa kerat orang sahaja.

Maka dengan itu tokoh-tokoh WAHABI yang dulunya hanya berselindung dalam menyampaikan fahaman mereka semakin berani, tambahan pula ada tokoh-tokoh mereka yang dinobatkan sebagai Tok Guru dan menjadi Mufti.Selain itu kemasukan tokoh-tokoh WAHABI ini ke Institut Pengajian Tinggi sebagai pensyarah dan sebahagiannya pula menjadi pegawai di beberapa Jabatan Agama dan ada juga yang mendapat tempat sebagai ahli politik menyebabkan fahaman ini semakin mudah disebarkan oleh kader-kader WAHABI. Tidak terkecuali juga dengan lambakan buku-buku berfahaman WAHABI, kemunculan tokoh-tokohnya di dada-dada akhbar dan telivisyen, menjadikan virus WAHABI ini semakin tersebar tanpa ada yang menyekatnya. Penyebaran fahaman ini semakin pantas melebarkan sayapnya dengan menggunakan aplikasi internet dengan menerbitkan blog-blog, web page dan video-video di Youtube, maka ia seperti satu penyakit barah yang sudahpun menjadi parah melanda umat Islam. Sokongan kuat dari tokoh-tokoh WAHABI dari luar juga membuatkan tokoh-tokoh WAHABI di negara ini semakin lantang menyampaikan fahaman mereka yang bathil.

Sewaktu dulu, saya juga seperti mereka-mereka yang saya sebutkan, tak payah kita nak sibuk-sibuk dengan isu WAHABI ini. Biarkanlah cara mereka dan kita dengan cara kita, itukan lebih mudah.Mungkin Allah mempertemukan saya dengan beberapa tokoh agamawan sehinggakan saya bertanya sendiri dan belajar dari mereka betapa bahayanya pembawakan WAHABI ini kepada umat sejagat.Rasanya tidak perlu disebutkan siapa tokoh-tokoh agamawan yang menjadi rujukan saya tetapi ia telah menjadikan saya semakin kuat untuk menentang penyebaran WAHABI ini ke atas umat Islam.
Jika dilihat secara zahir, ada juga beberapa tokoh agama yang tidak secara total membawa fahaman WAHABI ini, malah mereka juga menentang fahaman WAHABI ini. Tetapi malangnya beberapa tokoh-tokoh agama seperti ini masih lagi menyandarkan beberapa hujah-hujah mereka apabila mengeluarkan kenyataan dengan mengambil pendekatan yang dibawa oleh tokoh-tokoh WAHABI di luar negara. Nama-nama seperti Muhammad Ibn Wahab dinukilkan sebagai pendukung sunnah tetapi sebenarnya Muhammad Ibn Wahab inilah kepala WAHABI seluruh dunia. Ada juga yang mengambil fatwa yang dikeluarkan oleh Bin Bazz dalam menghuraikan beberapa masalah fekah seperti dahi yang tertutup dengan serban ataupun wanita yang memakai purdah, sah solatnya walaupun dahinya tidak dikenakan ke tempat sujud.Ada juga tokoh dari JAKIM sendiri yang tidak suka kepada WAHABI tetapi dalam masa yang sama menganjurkan Seminar yang membicarakan ketokohan Muhammad Ibn Wahab di Perlis bersama-sama dengan tokoh-tokoh WAHABI di sana.

Sebenarnya ramai umat Islam yang tidak mengetahui betapa bathilnya fahaman aqidah yang dibawa oleh tokoh-tokoh WAHABI ini. Jika pegangan aqidah kita dimasuki oleh fahaman WAHABI ini, maka rosaklah seluruh amalan kita. Fahaman aqidah yang dibawa oleh tokoh mereka yang dilabelkan sebagai Tok Guru, ternyata bertentangan dengan apa yang diikuti oleh jumhur ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tokoh-tokoh WAHABI dengan berani menyatakan "ALLAH ITU BERSEMAYAM DI ATAS ARAYS BERMAKSUD, ALLAH ITU DUDUK SELENDIK DI ATAS ARASY." Ada juga Tok Guru ini membawa fahaman dengan mengatakan "ALLAH ITU TEMPATNYA DI ATAS", "DUDUK ALLAH ITU TAK SAMA DENGAN MAKHLUKNYA", "TANGAN ALLAH ITU TAK SAMA DENGAN MAKHLUKNYA", "WAJAH ALLAH ITU TAK SAMA DENGAN MAKHLUKNYA", dan beberapa lagi kenyataan yang bathil lagi menyesatkan aqidah umat Islam. Jika yang demikian maka kenyataan mereka ini juga adalah menunjukkan 'ALLAH ITU DUDUK TAPI TAK SAMA MACAM KITA", "ALLAH ITU ADA TANGAN, TAPI TAK SAMA MACAM KITA"!!!!!!! Inilah dia aqidah yang telah menyesatkan umat Islam hasil pembawakan fahaman WAHABI di negara ini.

Bagi mereka yang hanya berpeluk tubuh tanpa memperdulikan kesesatan ini disebarkan, sebenarnya lupa bahawa mereka ini mempunyai zuriat, saudara-mara, teman-teman baik yang akhirnya akan termakan dengan fahaman WAHABI ini. Akibatnya penolakan kepada ilmu Tauhid yang dibawa oleh Imam Al-Asyh'ari dan Imam Al-Maturidi akan diganti dengan fahaman Tauhid 3 yang bathil. Lihat sahaja fenomena hari ini di mana begitu ramai umat Islam yang tidak perlukan kepada pengajian ilmu feqah untuk melaksanakan ibadat. Fahaman WAHABI inilah yang sering melaungkan-laungkan bahawa Islam itu mudah dan pengajian kitab Feqah itu membebankan umat Islam.Akibatnya berapa ramai yang dah bersembahyang walaupun bertahun-tahun, tetapi masih lagi tidak betul sebab pengajian ilmu feqah tidak dipelajari. Berapa ramai pula yang solatnya tidak sah kerana mengikut fahaman WAHABI tidak perlu niat sewaktu mengangkat takbiratul-ihram, cukup sekadar kita dah berniat sewaktu perjalanan ke masjid untuk melakukan solat. Berapa ramai pula yang wuduknya batal disebabkan fahaman WAHABI yang dibawa oleh Syeikh Nasuruddin Al-Bani membolehkan kita menyentuh kemaluan dan wuduk tidak batal kerana ia seolah-olah seperti menyentuh cuping telinga. Lihat juga bagaimana biadap golongan WAHABI yang berijtihad sendiri dengan melakukan solat zuhur sebelum umat Islam di masjid melaksanakan Solat Juma'at. Pendapat mereka mengatakan bahawa setiap Solat Jumaat yang diadakan di masjid adalah tidak sah dan tidak perlu dihadiri.

Jika fahaman WAHABI ini didiamkan tanpa ada pihak yang membongkar tentang kesesatan yang dibawa oleh mereka, kita takut generasi akan datang akan mengambil sikap bermudah-mudah dalam melaksanakan solat tanpa perlu mengikuti pengajian feqah. Begitu juga, akan datang, generasi kita akan beriktiqad dengan mengatakan "ALLAH ITU DUDUK DI ATAS ARASY SELENDIK MACAM KITA DUDUK ATAS KERUSI".....Nauzibillah.................

http://hanifsalleh.blogspot.my/2011/03/kenapa-wahabi-wajib-dibenteras.html

No comments: