Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, August 17, 2016

MEMAHAMI TAUHID 3 VERSI TAIMIYYAH/WAHABIYYAH YANG MEMBAWA AJARAN EKSTRIMIS

MEMAHAMI TAUHID 3 VERSI TAIMIYYAH/WAHABIYYAH YANG MEMBAWA AJARAN EKSTRIMIS

Pusat Fatwa Mesir dan al-azhar menjelaskan bahawa Pembagian Tauhid kepada Uluhiyyah dan Rububiyyah versi Taimiyyah/Wahabi ini adalah sesat yang mana  pembahagian ini  tidak pernah ada daripada generasi Salafus Soleh.

Orang pertama yang menciptanya mengikut pendapat yang masyhur ialah Sheikh Ibnu Taymiyyah.(semoga Allah merahmati beliau)

ANTARA TOKOH DAN ULAMAK AL AZHAR YANG MENOLAK AJARAN TAUHID 3 VERSI TAIMIYYAH/ALWAHABIYYAH INI

1) Al ‘Allamah al Mufassir al Muhaddith Sheikh Yusof al Dijwi RA, Ahli Lembaga Majlis Ulama Besar al Azhar.Beliau mengeluarkan fatwa penolakan al Azhar terhadap tauhid rububiah dan uluhiah. Kenyataannya ini dipaparkan dalam Majalah Nur al Islam edisi tahun 1933 lagi yang merupakan lidah rasmi al Azhar pada masa itu.

Fatwa yang dikeluarkannya ini, turut dipersetujui oleh ulama al Azhar yang lain tanpa adanya sebarang bangkangan. Sehingga hari ini, fatwa tersebut masih lagi segar.

Ini dapat dilihat dalam beberapa majalah yang diiktiraf oleh al Azhar. Antaranya, di dalam majalah al Muslim. Al Muhaddith al ‘Allamah Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim r.a telah mengeluarkan kembali fatwa ini dalam majalah tersebut.

2) Al Muhaddith al ‘Allamah Sheikh Salamah al Qudha’i al ‘Azzami al Syafi’i r.a dalam kitabnya al Barahin al Sati’ah fi Raddi b’ad al bida’ al Syai’ah.Kitab ini telah mendapat pengiktirafan dan pujian daripada muhaddith pada zaman tersebut iaitu al ‘Allamah Sheikh Muhammad Zahid al Kauthari r.a.

3) Al Allamah al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani, ulama besar di Mekah al Mukarramah dan bekas tenaga pengajar Masjid al Haram yang diakui ilmunya oleh ulama pada zaman ini.Beliau telah menulis penolakannya terhadap tauhid ini dalam kitabnya Huwallah.

4) Mufti Besar Mesir, Prof. Dr. Ali Jumu’ah.

Beliau menjawab soalan tentang seorang pemuda yang mengkafirkan seluruh penduduk kampung kerana bertawassul dengan mendakwa orang yang bertawassul tergolong dalam golongan musyrikin yang beriman dengan tauhid rububiah tetapi tidak beriman dengan tauhid uluhiah.

Beliau menolak sekeras-kerasnya pembahagian tauhid ini dengan mengatakan bahawa pembahagian tauhid ini adalah perkara rekaan yang tidak pernah datang dari Salafussoleh tetapi orang pertama yang menciptanya ialah Sheikh Ibnu Taimiyyah.

Beliau juga menyatakan bahawa pendapat yang menyatakan bahawa tauhid rububiah sahaja tidak mencukupi bagi keimanan seseorang adalah pendapat yang diadakan-diadakan dan bercanggah dengan ijmak kaum Muslimin sebelum Ibnu Taimiyyah.

5) Prof. Dr. Muhammad Sa’id al Ramadhan Bouti, Ulama Kontemporari Dunia Islam dari Syria.Beliau menyatakan dengan tegas bahawa pembahagian tauhid ini adalah bidaah

6) Prof. Dr. Isa ibn Abdullah Mani’ al Himyari - Mantan Pengarah Jabatan Waqaf dan Hal Ehwal Islam Dubai.

Beliau telah menulis mengenai kepincangan pembahagian tauhid ini di dalam kitabnya yang bertajuk ‘al Fath al Mubin fi Bara’at al Muwahhidin min ‘Aqaid al Musyabbihin.

7) Al ‘Allamah Abu Abdullah ‘Alawi al Yamani dalam kitabnya Intabih Dinuka fi Khatorin.
Kitab ini telah mendapat pujian dari lima ulama besar Yaman.

8) Al ‘Allamah Abu al Hasanain Abdullah ibn Abdur Rahman al Makki al Syafi’i, ulama besar Mekah.Beliau juga telah membahaskan masalah ini di dalam kitabnya al Qaul al Wajih fi Tanzih Allah Taala ‘an al Tasybih.

9) Dr. Sheikh Yusof al Bakhur al Hasani salah seorang ahli fatwa di Kanada.

10) Sheikh Sirajuddin Abbas seorang ulama unggul Indonesia, juga menghuraikan masalah ini yang ditulis dalam versi Melayu dalam kitabnya Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Beliau dengan tegas menyatakan bahawa tauhid ini merupakan iktikad rekaan puak Wahhabi dan bukannya iktikad ASWJ.

11) Al ‘Allamah Muhammad al ‘Arabi ibn al Tabbani al Hasani, Tenaga Pengajar di Masjid al Haram.Beliau juga turut menulis kepincangan tauhid ini di dalam kitabnya Bara’ah al Asy’ariyyin min ‘Aqaid al Mukhalifin.

12) Dr. Umar Abdullah Kamil, sarjana dan pakar ekonomi Arab Saudi serta ahli eksekutif Universiti al Azhar. Beliau turut membahaskan kepincangan pembahagian tauhid ini di dalam kitabnya yang bertajuk Kalimah Hadi’ah fi Bayan Khata’ al Taqsim al Thulasi li al Tauhid (Perkataan yang tenang dalam menjelaskan kesalahan pembahagian yang tiga bagi ilmu Tauhid).

13) Al Allamah Abdur Rahman Hasan Habannakah al Maidani.Beliau juga telah menulis masalah ini secara khusus di dalam kitabnya yang bertajuk Tauhid al Rububiah wa Tauhid al Ilahiyyah wa Mazahib al nas bi al Nisbah Ilaihima.

DEFINISI TAUHID 3 SERANGKAI VERSI TAIMIYYAH/WAHABIYYAH

Tauhid Rububiah didefinisikan dengan makna mengesakan Allah pada ciptaan, pemerintahan, takdir, pentadbiran dan perbuatanNya serta dalam memberikan suatu kesan.

Tauhid Uluhiah didefinisikan dengan makna mengesakan Allah dalam hal peribadatan tanpa mengambil seorang manusia pun bersama Allah sebagai sembahan.

Tauhid Asma’ dan Sifat pula didefinisikan dengan makna mengesakan Allah pada apa yang dinamakan dan disifatkan dengan diriNya, sebagaimana yang terdapat di dalam kitabNya atau yang didapati daripada lidah nabiNya yang telah menetapkan dengan apa yang telah ditetapkan bagi diriNya.

Melalui tauhid tiga serangkai ini didapati perekanya, Ibnu Taimiah dan pengikut-pengikutnya telah menyatakan bahawa:

1. Orang musyrik atau orang yang menyekutukan Allah adalah ahli tauhid (orang yang mengesakan Allah) dengan Tauhid Rububiah.

2. Tauhid orang musyrik ini samalah dengan tauhid sebahagian orang Islam yang bertawassul, beristighathah dan bertabarruk dengan para nabi dan orang-orang soleh.

Ini bermaksud orang Islam yang bertawassul (memohon kepada Allah melalui perantaraan), beristighathah (menyeru minta tolong) dan bertabarruk (ambil berkat) samalah dengan orang musyrik kerana tidak memiliki Tauhid Uluhiah kerana dianggap menyembah apa yang ditawassulkan.

ADAKAH PEMBAHAGIAN INI ADA NAS SYARAK DAN DALIL YANG MENJELASKANNYA ATAU PERKARA BARU YANG BARU DIREKA(BIDAAH)?

JAWAPAN PERTAMA

Ibnu Taimiyyah yang merupakan pereka pembahagian tauhid ini mendakwa dirinya bermazhab Hanbali.

Namun Imam Ahmad ibnu Hanbal r.a. sendiri, yang dikatakan menjadi tempat sandaran bagi orang-orang yang melakukan pembahagian tauhid bidaah ini, tidak pernah menyatakan bahawa tauhid itu mempunyai beberapa bahagian; tauhid rububiah, tauhid uluhiah dan tauhid asma' dan sifat.

Beliau juga tidak pernah menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengetahui tauhid uluhiah, tidak dikira makrifatnya tentang tauhid rububiah kerana tauhid rububiah ini telah diketahui oleh orang musyrikin.

Akidah Imam Ahmad ibn Hanbal r.a telah disusun di dalam kitab-kitab karangan pengikutnya sebagaimana di dalam kitab biografinya yang ditulis oleh Ibnu Jauzi dan lain-lainnya, tidak terdapat langsung pembahagian tauhid rekaan ini. Maka dari manakah Ibnu Taimiyyah mengambil tauhid ini?

JAWAPAN KEDUA

Tidak berkata walau seorang daripada Sahabat-sahabat Nabi r.a: "Sesungguhnya tauhid itu ialah tauhid rububiah dan tauhid uluhiah, dan sekiranya seseorang tidak mengetahui tentang tauhid uluhiah, maka tidak dikira makrifahnya tentang tauhid rububiyyah kerana tauhid rububiah ini telah diketahui oleh orang musyrikin".

Sila naqalkan pembahagian yang diada-adakan ini daripada sahabat-sahabat Nabi r.a, sekalipun dengan mengemukakan satu riwayat yang lemah.

JAWAPAN KETIGA

Tidak terdapat dalam sunnah Nabi SAW yang luas dan menjadi penjelas kepada kitab Allah, sama ada dalam kitab-kitab hadis sahih, sunan-sunan, musnad-musnad dan mu'jam-mu'jam yang menyebut bahawa Nabi SAW pernah bersabda dan mengajar sahabat-sahabatnya, bahawa tauhid itu terbahagi kepada tauhid uluhiah dan juga rububiah yang telah diketahui oleh orang musyrik.

JAWAPAN KEEMPAT

Telah tercatat dalam sunnah yang banyak, bahawa dalam dakwah Rasulullah SAW mengajak manusia kepada Allah, Baginda SAW menyeru mereka ke arah penyaksian kalimah syahadah: Tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Baginda SAW juga mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala.

Sekiranya tauhid itu terbahagi kepada tiga bahagian sebagaimana yang mereka perkatakan, maka sudah tentulah Nabi SAW menyeru sekelian manusia kepada tauhid uluhiah yang tidak mereka ketahui dan bukannya tauhid rububiah kerana mereka telah mengetahuinya.

JAWAPAN KELIMA

Di dalam kitab Allah yang ternyata tidak dicemari dengan kebatilan, tidak membezakan di antara tauhid uluhiah dan tauhid rububiah.

Begitu juga tidak dikatakan kepada mereka: Sesiapa yang tidak mengetahui tauhid uluhiah tidak dikira imannya, bahkan dia adalah lebih kafir daripada Firaun dan Haman. Tetapi Allah SWT memerintahkan dengan kalimah tauhid secara mutlak sebagaimana firman Allah SWT kepada Nabi-Nya dalam surah Muhammad ayat 19:

Ketahuilah, bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah. Begitu jugalah dengan keseluruhan ayat tauhid yang disebut di dalam al-Quran.

Sekiranya kamu kehendaki, maka bacalah surah al-Ikhlas yang menyamai sepertiga al-Quran. Adakah kamu mendapati di dalamnya ayat yang membezakan di antara uluhiah dan rububiah sebagaimana yang mereka sangkakan?

JAWAPAN KEENAM

Melalui pembahagian yang direka ini, memberi kefahaman kepada kita, seolah-olah Allah masih belum lagi menyempurnakan agama-Nya. Kemudian, datang seseorang yang kononnya untuk menyempurnakan agama Allah yang masih lagi mempunyai kekurangan dan menjelaskan tentang tauhid dan pembahagian
nya kepada manusia pada kurun ke-7 Hijrah.

Pada kurun ini, lahirnya pembahagian tauhid uluhiah, rububiah, asma' dan sifat yang dicetuskan oleh Ibnu Taimiyyah (661- 724 H). Seolah-olah semua umat tidak mengetahui tentang apa yang diperkenalkan oleh pemuka-pemuka pembahagian tauhid rekaan ini.

Sebenarnyq tauhid ini tidak mempunyai sumber yang sah daripada al-Quran dan hadis.

ADAKAH ORANG KAFIR AHLI TAUHID ?

Ada yang berpendapat  menyatakan bahawa orang kafir dan musyrik sejak zaman berzaman adalah ahli tauhid dengan Tauhid Rububiah dan para Rasul as  tidak diutuskan melainkan dengan Tauhid Uluhiah berdalilkan dengan firman Allah Ta’ala :

{ …وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ مَّنْ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلأَرْضَ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهَ }
(Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah"… (Luqman:25)

JAWAPAN

Hakikatnya, pendapat ini merupakan suatu perkara yang telah menutup pintu kebenaran dan hakikat, menyalahi akal dan syarak dan mendustai penjelasan daripada nas-nas Al-Quran dan Al-Hadis.

Perkara ini juga merupakan perkara bidaah yang sesat dan tidak terdapat pada umat salaf yang terawal. Tauhid seperti ini meruntuhkan akidah dan bersifat saling bercanggah.

Dalam satu masa, mereka telah menjadikan sekelompok orang Islam sebagai ahli tauhid dan bukan ahli tauhid. Ini suatu perkara yang pelik.

Sedangkan, realitinya ialah seseorang itu mesti berada di salah satu kedudukan, iaitu sama ada berada dalam kedudukan ahli tauhid atau pun musyrik. Tidak boleh seseorang itu berada di antara dua keadaan (tauhid dan kufur).

Kepercayaan mereka juga tentang ketauhidan orang musyrik dengan Tauhid Rububiyyah tidaklah benar. Bahkan dakwaan ini adalah suatu penipuan yang ditolak sama sekali oleh akal dan naqal.

a) Akal :

Jika mereka bertauhid Rububiyyah, mereka hendaklah beri'tiqad dengan i'tiqad yang jazam (teguh dan pasti) pada keesaan Allah swt dalam ciptaanNya, perbuatanNya, memberi manfaat dan mudarat.... sedangkan mereka juga menyembah selain dari Allah swt, mempercayai berhala boleh mendatangkan manfaat dan mudarat. Semua ini menafikan Tauhid Rububiyyah.

b) Naqal (Nas) :

Nas-Nas Syariat secara jelas, terang dan qath'i (putus) menyatakan bahawa orang Musyrik pada setiap masa dan tempat tidak bertauhid Rububiyyah, malah mereka tidak bertauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah, kerana kedua-duanya adalah perkara yang satu.

KESIMPULAN

1. Syirik dan Tauhid (Iman) tidak mungkin bersatu. Hal ini adalah 2 perkara yang berlawanan bagai siang dengan malam.

TIDAK ADA SEBUTAN UMMAT BERTAUHID BAGI YANG TAUHIDNYA BERCAMPUR DENGAN KUFUR, YANG ADA ADALAH “MUSYRIK” SECARA MUTLAK

2. Orang kafir di nas kafir tidak layak disebut bertauhid (dengan tauhid apapun) bahkan orang yang telah masuk islam tapi melakukan perbuatan yang membuat mereka kufur, itupun tak layak mendapat sebutan bertauhid dan di nas sebagai kafir mutlak

3. Iman itu yakin sepenuhnya dalam hati, diucapkan dgn lisan dan diamalkan dengan lisan. Orang hanya ucapannya saja itu tak layak disebut beriman/bertauhid

4.Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah tidak boleh terpisah dan keduanya saling memerlukan dan melazimkan di antara satu dengan yang lain. Pembahagian Tauhid kepada Tiga seperti ini tidak ada dalam generasi Salafus Soleh.

5. Wahabi memanggil orang yg di naskan kafir secara mutlak  oleh allah dan rasul dengan gelaran " umat bertauhid Rububiyyah".
sedangkan orang kafir tetap disebut kafir secara mutlak, tak ada satupun gelaran “tauhid” bagi mereka.

6. Adalah sangat bertentangan dengan ijmak bagi dakwaan yang mengatakan bahawa dengan Tauhid Rububiyyah sahaja, ia tidak cukup untuk menentukan keimanan seseorang.

7. Fitnah Takfir (kafir mengafir) yang timbul daripada pembahagian tauhid seperti ini adalah hakikat mazhab Khawarij (seperti mengafirkan orang yang bertawassul).

8. Tauhid Uluhiyyah yang dibicarakan boleh membawa kepada mengafirkan umat Islam yang bertawassul, bertabarruk, beristighathah dengan para Anbiya', Auliya', orang soleh dan lain-lain.

9. Tauhid Asma' Wa Sifat pula boleh mendorong untuk menjadikan ayat-ayat mustasyabihat sebagai asas tauhid dan membawa kepada aqidah tasybih dan tajsim.

10. Sesebuah badan autoriti agama boleh mengambil pendekatan dgn mengisytiharkan sesuatu fahaman itu sesat kerana menyimpang daripada ajaran Islam sebenar atau fahaman ASWJ dengan menggunakan kaedah takfir mutlak/nau’

Ianya bukanlah bermaksud memuktamadkan hukum murtad atau kafir kepada pengikut atau individu yang terlibat dengan fahaman sesat tersebut.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1405774702771029&id=100000155375547

No comments: