Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, August 2, 2016

Siapa Yang Menciptakan Allah" ???


TERKEJUT !!! "Siapa Yang Menciptakan Allah" ??? Pemuda Ini Beri Jawapan Yang Bakal Mengejutkan Semua Orang!!!

wartawan jalanan   10:54:00 PTG

Ada seorang lelaki yang memasuki sebuah masjid, dia mengajukan 3 pertanyaan yang hanya boleh dijawab dengan akal. Maksudnya tidak boleh dijawab dengan dalil, kerana dalil itu hanya dipercayai oleh pengikutnya, jika menggunakan dalil (naqli) maka perbincangan ini tidak akan menghasilkan apa-apa...

Pertanyaan atheis itu adalah:

1. Siapa yang menciptakan Allah?? Bukankah semua yang ada di dunia ada kerana ada penciptanya?? Bagaimana mungkin Allah ada jika tidak ada penciptanya??

2. Bagaimana caranya manusia boleh makan dan minum tanpa buang air?? Bukankah itu janji Allah di Syurga?? Jangan guna dalil, tapi guna akal....

3. Ini pertanyaan ketiga, kalau iblis itu di perbuat dari Api, lalu bagaimana bisa Allah menyiksanya di dalam neraka?? Bukankah neraka juga dari api??

Tidak ada satupun jemaah yang mampu menjawab, kecuali seorang pemuda.

Pemuda itu menjawab satu per satu pertanyaan sang atheis :

1. Adakah engkau tahu, dari angka berapakah angka 1 itu berasal?? Sebagaimana angka 2 adalah 1+1 atau 4 adalah 2+2?? Atheis itu diam membisu..

"Jika kamu tahu bahawa 1 itu adalah bilangan tunggal. Dia boleh mencipta nombor lain, tapi dia tidak tercipta dari nombor apa-apa pun, lalu apa yang susah kamu fahami bahawa Allah itu Zat Maha Tunggal yang Maha mencipta tapi tidak boleh diciptakan??"

2. Saya ingin bertanya kepadamu, adakah kita ketika dalam perut ibu kita semua makan? Adakah kita juga minum? Kalau memang kita makan dan minum, lalu bagaimana kita buang air ketika dalam perut ibu kita dulu?? Jika anda dulu percaya bahawa kita dulu makan dan minum di dalam perut ibu kita dan kita tidak buang air di dalamnya, lalu apa yang menyukarkan kamu mempercayai bahawa di Syurga kita akan makan dan minum juga tanpa buang air??

3. Pemuda itu menampar sang atheis dengan kuat. Sampai sang atheis marah dan kesakitan. Sambil memegang pipinya, sang atheis pun marah-marah kepada pemuda itu, tapi pemuda itu menjawab : "Tanganku ini di lapisi oleh kulit, tanganku ini dari tanah dan pipi anda juga di lapisi oleh kulit iaitu dari tanah juga. Lalu jika keduanya dari kulit dan tanah, bagaimana anda boleh merasa kesakitan ketika saya tampar?? Bukankah keduanya juga tercipta dari bahan yang sama, sebagaimana Syaitan dan Api neraka??

Sang athies itu terdiam untuk sekian kalinya ..

Sahabat, pemuda tadi memberikan pelajaran kepada kita bahawa tidak semua pertanyaan yang di anggap mencaci atau merendahkan agama kita harus kita hadapi dengan kekerasan. Dia menjawab pertanyaan sang atheis dengan cerdik dan penuh bermakna sehingga sang atheis tidak mampu mempertikaikan lagi jawapan untuk pertanyaannya itu.

Itulah pemuda yang beriman, pemuda yang berbudi perkerti, berpengetahuan luas dan berfikiran bebas tapi tidak liberal. Tetap terbingkai manis dalam indahnya Aqidah.

Ada yang berkata bahawa pemuda itu adalah Imam Abu Hanifah muda. Rahimahullahu Ta'ala.

No comments: