Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, August 17, 2016

Sejarah kebangkitan wahabi

Kekejaman Wahabi
Bukan sekadar mengatakan itu bid’ah dan ini bid’ah, mazhab Wahabi sebenarnya mempunyai rentetan sejarah hitam yang sungguh tragis. Mereka menjadikan kuasa politik sebagai satu anjakan untuk menubuhkan gerakan bagi menyebarkan fahaman mazhab mereka. Apabila gerakan ini ditentang oleh pemerintah dan para ulama Ahli Sunnah, mereka mula bertindak ganas dan melancarkan peperangan.
Para kadi dan ulama Ahli Sunnah di Ta’if diseret dari rumah mereka, diseksa dan dibunuh. Penduduk Makkah dikepung dan diputuskan bekalan makanan sehingga ramai yang mati kelaparan. Umat Islam di timur Jordan disembelih seperti menyembelih kambing. Dan berbagai-bagai lagi pembunuhan dan penyeksaan yang dilakukan oleh tangan-tangan orang yang mendakwa membawa tajdid ad-din (pembaharuan agama).
Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya di hujung negeri ini ada satu kaum yang membaca al-Quran, namun tidak sampai melewati kerongkong mereka (tidak memiliki kesempurnaan hati/akidah). Mereka keluar daripada agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Mereka membunuh pemeluk Islam dan mengundang berhala-hala. Seandainya aku menjumpai mereka tentulah aku akan membunuh mereka seperti dibunuhnya kaum ‘Ad.”
Sejarah menjadi saksi bagi para ilmuan dan cendiakawan bahawa gerakan Wahabi bukanlah gerakan tajdid (pembaharuan). Lebih tepat lagi dan layak disebut sebagai gerakan ketenteraan menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah yang berselindung di sebalik slogan pembaharuan agama memerangi syirik dan khurafat. Senario ini dapat dilihat terhadap kesan pembunuhan yang dilakukan mereka ke atas para ulama Ahli Sunnah dan pengikutnya serta pembunuhan ke atas keturunan Nabi SAW.
Dengan alasan untuk membanteras penjahat, pasukan Wahabi menjalankan misi menghalau dan membunuh ramai keturunan Nabi SAW (1912 M.) di Makkah dan Madinah. Manakala yang selamat, ada yang melarikan diri ke Yaman, Jordan, Syria dan Iraq
Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran setelah peninggalanku hingga datang satu kaum dari Timur (Imam Mahdi) membawa bersama mereka panji berwarna hitam.”
(HR Abu Dawud, al-Hakim, Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan lain-lain)
Meskipun Dar’iyah tidak sedikit pun mengalami rintangan dan gangguan namun perjuangan Wahabi tidak akan berjaya tanpa pengorbanan gerakan Muhammad bin Abdul Wahab. Ia tercatat dalam sejarah dunia yang paling hebat.
Ia juga merupakan gerakan yang membawa perubahan besar yang mana banyak jiwa manusia dan harta benda menjadi korban. Walaupun mendapat sedikit tentangan daripada pihak luar, namun lebih banyak tentangan dihadapi dalam negeri terutamanya daripada tokoh-tokoh agama. Oleh sebab penentangan sudah dilancarkan oleh kaum musliman terhadap kerajaan Uthmaniyyah, maka kaum orientalis mengambil kesempatan untuk campur tangan dalam perselisihan antara ummah ini.
Para mufti yang dipengaruhi oleh pemikiran dan ajaran Muhammad bin Abdul Wahab telah memainkan peranan penting dan mengawal segala urusan agama pada abad ke-18M. Inilah faktor tercetusnya ekstremisme dalam Islam. Banyak hal yang diharamkan oleh mazhab ini diterapkan terhadap setiap anggota masyarakat.
Dengan melihat keadaan umat Arab di bawah pemerintah Uthmaniyyah ketika itu, Muhammad bin Abdul Wahab mentafsirkan sendiri secara radikal (ekstrem) ajaran Islam, khusus dalam hal jihad. Jihad bermaksud peperangan suci yang digunakan sebagai alat membentuk kerajaan yang ia sokong. Masyarakat dipaksa menyetujui idea politiknya yang berlandaskan dalil agama dengan tafsiran sembarangan.
Muhammad bin Abdul Wahab menghukum orang yang tidak sefahaman dengannya sebagai pengkhianat termasuk para penguasa (pemimpin daerah) yang tidak menyetujui idea-idea pembaharuan agama. Pemahaman sebegini dimanfaatkan oleh keluarga Saud untuk menyusun doktrin baharu bagi membentuk kerajaan yang kuat sehingga mampu menghapuskan segala bentuk perbezaan kabilah. Oleh sebab itu, ideologi mazhab Wahabi yang mengaku untuk menyelamatkan satu wilayah daripada penyelewengan agama, syirik dan khurafat hanyalah palsu.
Aliran Wahabi ini juga menolak tanggapan golongan Islam mazhab-mazhab lain yang mendakwa mereka (puak Wahabi) telah menyebarkan Islam yang menyimpang di masjid-masjid, sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi di seluruh Arab Saudi. Hingga sekarang, penguasa keluarga Saud menganugerahkan kuasa pengurusan tempat-tempat suci dan bersejarah kepada keluarga Muhammad bin Abdul Wahab.
Prof Berand Louis, Dekan Sejarah Kuliah Dirasat Afrika University London dalam bukunya, al-Gharabi wa al-Syarqi waa Wasati (Timur, Barat dan Tengah) berkata: “Gerakan Wahabi didirikan untuk menyatakan pemisahan daripada mengakui kepimpinan Kerajaan Uthmaniyyah di Turki.” Hemper seorang orientalis yang menjalin persahabatan dengan Muhammad bin Abdul Wahab berkata: “Tahun 1800 M., seluruh Semenanjung Arab dikuasai dan kepimpinan berubah menjadi kerajaan Arab Saudi.”
Pada bulan Zulkaedah 1217 H., tentera Wahabi mengepung Taif. Mereka menyerbu, menawan dan membunuh lelaki, wanita dan kanak-kanak kaum Muslimin. Tidak ada seorang pun yang terlepas daripada kekejaman ini. Mereka merampas dan merosakkan harta benda serta melakukan kekejaman.
Seterusnya, pada bulan Muharram 1218 H., tentera Wahabi berjaya memasuki kota Makkah dan menetap di situ selama 14 hari. Dalam tempuh itu, mereka melakukan kerosakan, merompak dan memutuskan bekalan makanan.
Kemudian pada akhir Zulkaedah 1220 H., tentera Wahabi memasuki Madinah. Mereka menceroboh bilik Nabi SAW dan mengambil semua harta benda. Kebanyakan ulama Ahli Sunnah melarikan diri daripada kekejaman tentera Wahabi. Kemudian mereka (tentera Wahabi) menghancurkan semua kubah di perkuburan Baqi’ seperti kubah Ahli Bait, isteri-isteri Nabi SAW dan anak-anak Nabi. Mereka cuba memusnahkan kubah makam Nabi SAW tetapi membatalkan niat mereka. Mereka memecahkan lampu-lampu di Madinah. Madinah pernah ditinggalkan beberapa hari tanpa azan, iqamat dan solat. Inikah slogan mereka: “Mari kita banteras syirik dan bid’ah.”
Mereka melarang para jemaah haji dari Mesir dan Syam memasuki kota Madinah. Mubarak bin al-Mudayyiqi adalah penguasa Wahabi dan pemerintahan ini berlaku kira-kira 7 tahun.
Muhammad Finati, mualaf Itali yang turut menyertai pasukan khalifah Uthmaniyyah yang mengalahkan tentera Wahabi berkata: “Sebahagian daripada kami yang jatuh hidup-hidup ke tangan musuh yang kejam dan munafik, dipotong kaki dan tangan serta dibiarkan begitu saja. Sebahagian mereka, kusaksikan sendiri, teraniaya dan mohon belas kasihan untuk segera mengakhiri hidup mereka.”
Kabilah yang tidak mahu mengikut mereka dianggap kafir dan “halal darahnya.” Mereka sebenarnya tidak cukup disebut sebagai perompak dan penjenayah, tetapi kaum “mujahid” yang secara teologi dibenarkan untuk membunuh kaum wanita termasuk kanak-kanak, merompak harta dan memperkosa isteri dan puteri-puteri mereka yang dianggap sah sebagai ghanimah (rampasan perang). Hanya sedikit yang dapat melarikan diri.
Sultan Muhammad Khan (khalifah Uthmaniyyah) mengutuskan Muhammad Ali Basha iaitu pemerintah kerajaan Mesir untuk menyediakan lapan hingga sepuluh ribu tentera untuk memerangi Wahabi dan pertempuran berlaku di perkampungan Khif (90 km dari kota Madinah). Peristiwa ini berlaku pada bulan Ramadan 1226 H./ 1805 M., tentera Tason Basha terpaksa berhadapan dengan 30 ribu tentera di bawah pimpinan penguasa Faisal hingga mengorbankan banyak nyawa tentera Mesir.
Pada tahun 1227 H., Muhammad Ali Basha dan tenteranya berjaya menguasai al-Safra’ dan al-Hudidah dan terus memasuki Madinah. Kemudian pada awal Muharram 1228 H., beliau menguasai pesisir pantai Jeddah dan seterusnya menuju ke Makkah dan menguasainya. Dia tinggal di Hijaz selama kira-kira 1 tahun 7 bulan sehingga misinya menghancurkan Wahabi selesai. Setelah penguasaan semula Hijaz, maka hanya beberapa golongan Wahabi yang berkeliaran di pelosok kabilah Badwi. Saki baki Wahabi ini tinggal di al-Dar’iyah dan melantik Abdullah bin Saud sebagai pemimpin baharu mereka.
Seterusnya pada tahun 1232 H. Ibrahim Basha sekali lagi bersama tenteranya untuk memerangi pusat kegiatan Wahabi di al-Dar’iyah. Di sana berlaku peperangan sengit dan Abdullah bin Saud berjaya ditangkap. Beliau dijatuhi hukuman mati (dipancung) di Babul Hamaayun, di depan Masjid Hagia Sophia, Istanbul pada tahun 1806 M.
Setelah lebih 100 tahun, kekejaman Wahabi masih berlarutan. Ketika memasuki Taif pada 1924 M., mereka melakukan pembunuhan selama tiga hari. Para ulama dan kadi diseret dari rumah mereka, diseksa dan dibunuh.
Pada tahun 1920 M., berlakunya tragedi yang amat menyayatkan hati umat Islam. Tentera Wahabi melakukan pembunuhan secara kejam terhadap umat Islam di timur Jordan. Kira-kira 3,000 orang Islam dibunuh kerana enggan mengikuti fahaman mazhab baharu ini. Kisah pembunuhan beramai-ramai oleh puak Wahabi ini boleh didapati dari bahan bacaan di perpustakaan di Jordan.
Kerajaan Inggeris membantu Wahabi dari segi kewangan dan keterampilan Wahabisme sehingga meluasnya kekuasaan Ibn Saud ke seluruh Semenanjung Arab yang berada di bawah kerajaan Uthmaniyyah. Tujuannya adalah untuk melemahkan pemerintahan itu.
Ternyata bahawa mazhab Wahabi mewarisi tradisi Khawarij yang mudah dan suka menumpahkan darah. Ini berikutan sebahagian ulama Ahli Sunnah “menghakimi” bahawa mazhab (Wahabi) ini memperaktikkan ajaran Khawarij ketika menumpahkan darah kaum Muslimin di Hijaz (kononnya dengan tekad membanteraskan tahyul, bid’ah dan khurafat) dan juga memberontak terhadap kerajaan Uthmaniyyah. Malahan antara British (pembonceng Yahudi), Wahabisme dan Amerika Syarikat (sekutu British dan Israel) merupakan mata rantai yang tidak dapat dipisahkan.

https://www.facebook.com/RawatanIslamKaedahSufi/posts/588566614564204

No comments: