Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, August 3, 2016

Mufti perlis Dr Maza ada mengatakan di sisi Imam Nawawi "Tidak wajib samak jika kena najis anjing"

Saya ada melihat dalam satu Forum Empat Mazhab yang diadakan di perlis baru-baru ini. Mufti perlis Dr Maza ada mengatakan di sisi Imam Nawawi "Tidak wajib samak jika kena najis anjing"

Sahabat- sahabat boleh lihat rakaman video pada minit ke 2.05.05 Dr maza ada mengatakan demikian. Ini nyata salah dan Dr Maza berbohong atas nama Imam Nawawi.

Sedangkan di dalam Kitab Minhajut Tolibin bagi karangan Imam An-Nawawi sendiri, Imam Nawawi menyatakan "Jika terkena suatu daripada najis anjing, wajib basuh tujuh kali basuhan dan salah satunya dengan air tanah"

Boleh lihat dalam Kitab Minhajut Tolibin pada muka surat 81.

Saya nasihatkan kepada Dr Maza supaya lebih berhati-hati dalam menaqalkan pandangan Ulama. Supaya tidak timbul fitnah kepada Ulama' tersebut. Apatah lagi Ulama yang di fitnah itu adalah seorang Ulama Muktabar seperti Imam An-Nawawi.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=856279897849344&id=100004020260775

No comments: