Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, August 9, 2016

Syaukani di dalam kitab al-Fath al-Rabbani membungkam akidah Wahhabi Musyabbihah Hasyawiyyah Karamiyyah.

#Imam al-Syaukani di dalam kitab al-Fath al-Rabbani membungkam akidah Wahhabi Musyabbihah Hasyawiyyah Karamiyyah. Beliau menyatakan :

"Adapun al-Musyabbihah dan al-Karamiyyah maka sesungguhnya mereka mengharuskan melihat Allah SWT kerana iktiqad mereka Allah Ta'ala pada tempat dan arah".

#Akidah Wahhabi adalah akidah warisan golongan musyabbihah hasyawiyyah karamiyyah mujassimah di mana mereka berakidah Allah bertempat di langit atau duduk di arash dan mempunyai arah tertentu mengikuti zahir ayat Al-Quran dan Al-Hadith.

#Ternyata akidah Wahhabi bukan akidah para salafunassoleh. Jika mereka ingin mengatakan akidah mereka akidah salaf maka kita katakan ya akidah salaf yang sesat kerana pada zaman salaf juga telah wujud firqah (puak) yang sesat dan menyeleweng daripada perjalanan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah seperti Syiah, Hasyawiyyah dan Karamiyyah yang kita nyatakan ini.

#al-Karamiyyah : Mereka adalah pengikut kepada Abu Abdullah Muhammad bin Karam (wafat 255H) dia ialah orang yang menetapkan sifat (mengikut kepada zahir ayat Allah ada tangan, ada kaki, ada mata, ada betis, naik turun, bertempat di langit atau di arash) tetapi dia menegah pada penetapan berjisim dan persamaan dengan makhluk.

#Terang lagi bersuluh akidah Wahhabi jika diperhatikan kitab-kitab mereka dan syarahan mereka termasuk tokoh-tokoh di Malaysia, kita akan dapati persamaan akidah mereka dengan akidah al-Karamiyyah Al-Mujassimah dan Al-Musyabbihah al-Hasyawiyyah daripada puak Syiah.

#Peringatan! Kita lawan Wahhabi bukan hanya semata-mata kerana isu tahlil, isu talqin, isu qunut, isu hadiah bacaan Al-Quran kepada si mati, zikir berjemaah selepas solat, baca yasin malam jumaat etc tetapi yg lebih utama ialah kebathilan dan kesesatan akidah mereka yang membawa umat Islam mengsyirikkan Allah SWT dengan menetapkan sifat2 makhluk yg tidak layak bagi Allah Ta'ala.

Allahul Musta'an...

No comments: